Tuesday, March 5, 2013

Mahpooozzz Bean Mohon Nak Masuk Jadi Tentera...? Biar Betul..


  

Petang ini Jokiden rasa relax sikit sambil mengikuti perkembangan dari semasa kesemasa mengenai operasi ketenteraan di Lahad Datu. Tidak seperti dua hari lepas, buka komputer salah, tak buka salah. Berbaring rasa tak selesa, bangun juga macam nak rebah,  baca laporan berdebar-debar, sekejap offkan hp, sekejap on kan semula. Hahaha...
 
24 jam tengok posting rakan-rakan. Cerita berkisar tentang itu juga. Namun tajuk posting yang pelbagai dan kreatif menyebabkan semua hendak di klik. Tetapi jika kita tengok berita di yahoo, pun begitu juga. Beritanya satu, cara penyampaianya oleh penulis yang berlainan amat berbeza. Berita diolah mengikut gaya dan persepsi sendiri. Sebab itu di Yahoo kita akan dapati beribu-ribu tajuk, pada hal ceritanya sama sahaja.

Sekiranya pasukan keselamatan negara berjaya dalam misi ini dengan cemerlang, maka kesan segeranya mungkin melonjakkan nama baik pasukan keselamatan di mata awam, di mata rakyat dan juga di mata dunia. Pasukan keselamatan negara akan dihormati oleh semua pihak.
 
Kesan segera yang kedua ialah rakyat akan memberikan mandat yang besar kepada kerajaan UMNO/BN dalam PRU13 kelak, kerana terbukti kebijaksanaan kerajaan dalam menangani kemelut ini dimana keselamatan rakyat diberikan keutamaan tertinggi. Pembangkang akan terkangkang.
 
Kesan segera yang ketiga ialah kemungkinan selepas ini rakyat akan berebut-rebut untuk menyertai perkhidmatan dalam pasukan keselamatan samada dalam Pasukan Polis ataupun Tentera. Kejayaan operasi Lahad Datu ini pastinya melonjakkan semangat anak watan untuk turut memberikan khidmat bakti dan bercita-cita untuk menjadi hero.
 
Jika selepas era pengganas Komunis berakhir, rata-rata warga negara berpendapat, memasuki pasukan polis atau tentera tidak ada bezanya dengan memasuki Perkhidmatan Awam yang lain. Mereka bangun pagi pergi kerja, petang balik kerja dan hujung bulan menerima gaji. Cukup tempoh pencen dan terima pencen bulanan.
 
Persepsi ini mungkin berubah selepas ini di mana jika menyertai pasukan polis dan tentera mereka berpeluang untuk berkorban jiwa dan raga hatta nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara. Ramai yang kini berkobar-kobar untuk memberikan khidmat bakti dalam pasukan bersenjata ini.
 
Pastilah juga ramai yang masih ingat bahawa jika PKR menang kelak, Nurul Izzah selaku pemimpin kanan dan mungkin juga Menteri Dalam Negeri akan memberhentikan pengambilan anggota baru dalam pasukan polis kerana sudah mencukupi bilangan mengikut jumlah keperluan penduduk. Dia lupa bahawa setiap hari orang pencen dan setiap hari pula orang baru akan lahir. Penduduk kian bertambah.
 
Justeru itu ramai yang bengkak dengan pemikiran Nurul Izzah ini dan pastilah pengundi muda akan menolak parti yang diwakilinya iaitu PKR dalam PRU13 akan datang.
 
 

 smgt begini yg kita nak.
lebih info dan update sini --> @[154171698074675:274:Pray For Sabah]
~md
 
 
 
Mari kita ikuti semangat seorang warga negara yang berkobar-kobar untuk menyertai pasukan tentera seperti yang berlaku di sebuah warung berhampiran Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi pagi ini:
 
Mahpoozzz berjalan laju tanpa menoleh ke kiri atau kanan. Di belakangnya terdapat sebuah beg sandang. Ketika melalui sebuah gerai di tepi jalan dia dipanggil oleh rakannya yang sedang pekena teh tarik dan roti canai.
 
Din: Oii Mahpooozzz, ekau nak komano laju bona tu.. maghi sini kono teh aaa..
 
Mahpooozzz: Oii Din, tak apolah, nak copek ni.. kang tolopeh bas kang..(meneruskan langkah)
 
Kusam: Nak copek komano..bas molambak, tak ado kang den bulih anta.. kau nak poie mano, comeh yo ni??
 
Din: Singgah dulu, bobughak, coghito sodap ni.. Bom dah molotup kek Kg Tanduo..(Akhirnya Mahpooozzz singgah juga  apabila nama Kg Tanduo disebut oleh Din, dia melabuhkan punggung di sebelah dua orang rakannya.)
 
Kusam: Ni comeh yo, bawak beg sandang.. ekau nak poie mano ni..??
 
Din: Iyo Pooozzz, nak komano??
 
Mahpooozzz: Banyak hal ni.. macam2 aaa. Eden nak poie IPK Somban, lopeh tu den nak poie Kem Rasah..(katanya penuh semangat yang membuatkan Din dan Kusam berpandangan)
 
Din: Poie IPK nak buek apo?? apo hal eaa??
 
Mahpooozzz: Kek IPK den nak buek report polis pasal Ah Beng monghino polis, sial boto deh..ado ko patut dio cakap polis yang moninggal tu bosandiwara, bolakun,.. den tak bulih tahan  ni.. mondidih daghah den ni.. (suaranya meninggi sambil tangannya menghentak meja, menyebabkan beberapa pelanggan lain menjeling ke arah mereka.)
 
Kusam: Soba Pooozzz, soba, bawak botonang, mintak air teh dulu.. mintak ghoti banjir dulu..
 
Din: Iyo, minam dulu Pooozzz, jangan comeh.. Ah Beng tu kan ko kawan kito..ati-ati sikit..
 
Mahpooozzz: Den tak poduli, dlm bab ni den tak kigho kawan, polis jangan dihino macam ni.. dio dah molampau, kok den jumpo dio sokaghang, lughuh gigi tupai eaa yang dua batang tu.. den lutu dio..
 
Kusam: Soba Pooozzz, soba, minam dulu..Mahpooozzz menghirup air dan menjamah roti.. mukanya masih serius)
 
Din: Yang ekau lopeh tu nak poie Kem Rasah nak buek apo pulak..?
 
Kusam: Hah apo hal kek situ..??
 
Mahpooozzz: Eden nak amik borang..
 
Din: Borang apo, ado tender kantin koluar ko??
 
Mahpooozzz: Tak lah, eden nak amik borang nak mohon jadi askar..
 
Kusam: Amik borang??, untuk sapo, anak ekau sumo ea pompuan?? (Din dan Kusam kehairanan)
 
Mahpooozzz: Untuk edenlah, eden nak mohon jadi askar ni, apo ekau ingat eden tak layak ko ?? eden ado sijil SRP ni..( Kah..kah..kah.. kih..kih..kih..Kusam dan Din tak mampu lagi menahan gelak) 
 
Din: Ekau memang ado sijil SRP, tapi jangan lupo Pooozzz, umo kau dah sotongah abad..ekau tak layak doh..simpan yolah somangat kau yang bokoba-koba tu.. PRU pun dah dokek aaa..
 
Kusam: Apo dalam beg kau tu?? sijil ko??
 
Mahpooozzz: Tak.. ni ghambut palsu den.. kang masuk ko balai kang den nak pakai.. takut ado oghang kona den kang..
 
Kah..kah..kah..kih..kih..kih.. Mereka bertiga ketawa serentak..  Hanya untuk selingan, tak suka jangan baca dan jangan marah saya.

Tahniah dan syabas juga kepada anggota keselamatan kerana mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Selepas ini kita tunggu pula sumpah seranah puak pakatan di atas kejayaan pasukan keselamatan ini. Maklumlah bagi puak-puak tersebut, tak serang salah, serangpun salah. Anggota mati salah, puak lanun matipun salah. Bagi puak pembangkang ni hanya mereka sahaja yang betul atas muka bumi ini.
 
 
 
 
 
AIRFORCE.... HAHAHA.
 
 

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Syabas Safwan Yusuf. Jiwa kamu dihargai.

    ReplyDelete