Wednesday, March 6, 2013

Kantoi!!! Blog Pembangkang Sahkan Hubungan Pakatan Dgn Penceroboh..


 
 
 
Mana mau lari..
     

Oooo patutlah tidak ada yang hadir, rupa-rupanya nak menjaga hubungan baik dengan rakan sekongkolan mereka dari Sulu, Tawi-tawi dan Mindanao. Disebabkan nak menjaga hati rakan sekongkolan di sana, kematian perwira negara sanggup dihina, dipolitikkan dan ditohmahkan.
 
Perasaan rakan sekongkolan dari Sulu lebih penting untuk dijaga daripada perasaan para waris anggota keselamatan yang terkorban. Inilah kesannya apabila segala-galanya hendak dipolitikkan oleh pembangkang.
 
Jadi selain daripada PKR, DAP dan PAS, kini rakan sekongkolan mereka yang bakal membantu mereka dalam PRU13 kelak ialah waris-waris Kesultanan Sulu, kaum Tausug dan ahli MNLF. Hebat.

Patutlah pencacai puak pakatan kini sudah mula meroyan mengatakan tindakan serangan yang dilakukan oleh pasukan keselatan sebagai kejam dan membazir, rupanya ada udang di sebalik batu. Mereka ingin membela puak sekongkolan mereka dari Sulu rupanya.

Sudah tentulah sokongan tersebut akan diberi ganjaran atau balasan yang setimpal. Jika rakan sekongkolan di sini dijanjikan dengan pelbagai jawatan glamour, maka rakan sekongkolan di sana mungkin dijanjikan sebuah negeri pula. Kuasa autonomi dan royalti minyak. Terdesak sungguh puak-puak pakatan ini.
 
Nasib baik Exonopone dihambat keluar. Jika tidak binawe tu juga ingin melibatkan diri dalam PRU13 dan mungkin juga sudah dijanjikan dengan habuan yang entah apa pula.
 
Kenyataan blogger pakatan ini membuktikan kepada kita sememangnya wujud jalinan kasih mesra antara kesultanan Sulu dan Nur Misuari dengan pakatan. Malu, malu. Tunggulah pendedahan atas ke kantoian yang lebih besar kelak.
 
Kita juga masih menunggu pendedahan tentang siapakah 'individu' tertentu yang ingin ditemui oleh wakil penceroboh tersebut semasa rundingan dengan anggota keselamatan tempoh hari. Kenapa individu tersebut begitu penting untuk ditemui???
 
Kita juga ingin tahu mengapa secara tiba-tiba Nur Misuari yang kena pecat dari Govenor ini ingin menjadi orang tengah. sedangkan beberapa hari lalu angkuh sangat dia nak menghantar bala tenteranya ke Lahad Datu.
 
Semalam juga akhbar melaporkan dan mengeluarkan gambar Nur Misuari dengan Karam 3 suku begitu teruja bergengaman tangan sebelum Karam 3 suku membakar kemenyan. Apakah semua ini tidak ada kaitan langsung dengan kisah pencerobohan lanun di Lahad datu ini.
 
Apa perlunya nak menghantar 10,000 orang lagi sekiranya yang sudah sedia menunggu di Sabah ada sekitar 800,000 orang. Semua ini akan terbongkar dengan sendirinya kelak. Pembangkang memang kuat bersandiwara.


     
Bongkar Rahimi..jangan tak bongkar..



Cuba kita cari ada ke pemimpin pemimpin utama pembangkan mengucapkan takziah kepada para perwira yang gugur Syahid...nak nampak mereka pergi ziarah jauh sekali.Dalam blog mereka kata kerana nak jaga hati Nurmisuari....lepas tu kata pula..nuar tak terlibat...menggong...
 
 
Blog jawab isu tidak ziarah anggota polis terkorban
 

KUALA LUMPUR 6 Mac - Sebuah blog propembangkang cuba menjawab persoalan tentang ketiadaan pemimpin dari parti itu menziarahi para anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
 
Suara Pakatan Rakyat antara lain berkata, salah satu sebab para pemimpin terbabit tidak menziarahi mangsa-mangsa serangan hendap pengganas itu adalah kerana mahu menjaga hubungan mereka dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina.
 
“Untuk menjaga hubungan akrab antara pemimpin pakatan rakyat dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina, antaranya Nur Misuari sendiri memandangkan isteri Nur Misuari juga adalah antara yang menuntut hak Kesultanan Sulu ini.
 
“Selain itu ketiadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam upacara pengkebumian jenazah Inspektor Zulkifli Mamat di Terengganu juga atas alasan yang sama. Lagipun sudah ada ramai orang yang boleh menguruskan majlis tersebut dan kehadiran beliau tidak begitu penting sangat," kata blog ini dalam entri terbaharunya hari ini.
 
Blog itu turut menganggap ketidakhadiran pemimpin pembangkang memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa insiden berdarah di Lahad Datu itu bukan isu yang besar yang perlu dibincangkan.
 
Sebanyak lapan anggota keselamatan gugur selepas diserang hendap oleh anggota pengganas Sulu yang menceroboh negara ini di Lahad Datu dan Semporna.
 
Daripada jumlah itu, dua terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu manakala enam lagi di Kampung Srijaya, Semporna.
 
Blog itu turut mendakwa, para pemimpin pembangkang juga berkecil hati kerana ada pihak yang mengaitkan penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam insiden pencerobohan tersebut selain keengganan kerajaan mengadakan perbincangan meja bulat. - UTUSAN ONLINE



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAYOU.
 

No comments:

Post a Comment