Thursday, March 7, 2013

Walaupun Ramai Yang Tak Suka, Saya Tetap Sayangkan PM...


 

PM tinjau operasi di Lahad Datu


LAHAD DATU 7 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meninjau dengan lebih dekat Op Daulat yang dilaksanakan di sini oleh pihak keselamatan ekoran pencerobohan Pengganas Sulu.
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin dalam sidang akhbar bersama berkata, Perdana Menteri mahu melihat sendiri operasi itu serta memantau keadaan pasukan keselamatan yang bertugas.
 
"Kunjungan beliau akan memberi semangat kepada anggota polis dan tentera yang terlibat. Beliau juga akan bersua muka dengan pasukan keselamatan yang bertugas," katanya.


Jika di luar negara, tajuk seperti di atas tidak akan keluar punya. Lawatan seseorang tokoh atau pemimpin negara ke mana-mana zon peperangan tidak akan diumumkan sehinggalah pemimpin berkenaan selamat meninggalkan kawasan bergolak tersebut.
 
Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa PM akan melawat zon perang. Nasib baiklah tarikh dan masa sebenar tidak dinyatakannya.
 
Pagi tadi tembak menembak dilaporkan masih berlaku di Kampung Tanduo. Ini bermakan saki baki lanun Sulu tersebut masih ada yang bersembunyi atau bertahan di sana. Takkanlah bunyi tembakan tersebut merupakan tentera kita sedang memburu ayam denak. Tidak mungkin juga anggota keselamatan kita hanya menembak angin.
 
Lagi tidak mungkin ialah tembak menembak berlaku antara anggota keselamatan dengan unit Amal Pas yang tersilap komunikasi. Kemungkinan yang besar ialah tembak menembak berlaku antara lanun Sulu dengan  pasukan keselamatan.
 
Ini bermakna situasi masih belum terkawal sepenuhnya dan keadaan berbahaya masih ada. Jika lawatan PM dapat dihidu oleh pihak musuh seribu kemungkinan boleh terjadi.
 
G.W Bush pernah melawat tentera Amerika yang sedang bertugas di medan tempur di Iraq. Kehadirannya hanya diketahui oleh dua tiga orang pegawai kanan, selebihnya semuanya terperanjat dengan kedatangan Bush. Media dunia pula hanya mengetahuinya di saat Bush sedang melambai tangan ketika hendak memasuki pesawat untuk pulang.
 
Presiden Barrack Obama juga pernah ke Afghanistan untuk melihat Taliban atau untuk melihat rumah Osama bin Laden. Tidak ada yang mengetahuinya sebelum dia berangkat balik.
 
Begitulah sepatutnya contoh teladan yang sepatutnya diikuti oleh Menteri Pertahanan Malaysia. Ketibaan PM tidak perlu dihebohkan kepada umum. Kenderaan yang membawa beliau juga walaupun akan dikawal rapi, tetapi kemungkinan untuk di sabotaj masih ada.
 
Rakyat sudah pasti bimbangkan keselamatan PM. Rakyat bimbang sesuatu akan berlaku kepada, mungkin helikopter yang dinaiki oleh PM. Jika lanun Sulu sanggup memakai baju berlambang BN, maknanya mereka mempunyai pelbagai cara untuk menyamar diri. Berhati-hatilah.

Terkini Datuk Hisham pula dilaporkan berkata:

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak akan berada di Sabah hari ini untuk meninjau sendiri perjalanan Op Daulat di pantai timur negeri itu.

Datuk Seri Hishammuddin berkata beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.

Selain itu, beliau juga akan meninjau keadaan dari segi keperluan logistik, kebajikan dan kemudahan yang disediakan sepanjang Op Daulat operasi

P/s Lagi sekali Datuk Zahid ulang berita ni, saya saman dia..

 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

No comments:

Post a Comment