Selalunya bab-bab Felda ni dialah yang terkehadapan. Dialah yang nyaring melalak. Jangan ada sahaja berlaku sesuatu yang tidak diingini oleh warga Felda maka dia akan sgera bangun menentang. Dia kononnya pembela tegar warga Felda.
Namun dalam kes Felda Sahabat 17 ini dia membisu pulak. Dia senyap sunyi seperti tikus jatuh ke beras. kemana suara langtangnya yang selama ini kononnya mengambil berat tentang nasib warga Felda. Tindakan menyepi beliau ini menjadi tanda tanya kepada My Kmu. Baca di sini. http://www.mykmu.net/?p=27332
Mazlan Aliman sepatutnya memberikan perhatian serius kepada permasalahan yang berlaku di Lahad Datu ini. Nuar Brahim telah membuat kenyataan yang dia tidak terlibat langsung dalam agenda pencerobohan lanun Sulu di Kg Tanduo. Dia tidak tahu menahu walaupun sering menyanyikan lagu tentang kehilangan Sabah dalam setiap ceramahnya.
Ingatkan dulu Nizar Lambai@Nizar Lilin sahaja yang kuat meroyan, rupanya Nuar Brahim pun sama. Suka benar dia dengan lagu 'Sabah Nak Hilang' dan di ajaknya pendengar totoknya sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Ish..ish.. meluat betul.
Dia mengaku tidak terlibat, tetapi sejak dulu dia jugalah yang sibuk mengwar-warkan tentang autonomi tentang Sabah. Apa maksud autonomi. Kenapa Jeffry Ketinggan, walaupun kini sudah gustan (undur) begitu teruja suatu waktu dulu dengan idea ini. Kenapa suka sangat membakar semangat penduduk Sabah tentang royalti minyak dan sebagainya??
Taliban destar besar sekurang-kurangnya telah membuat kenyataan dan sanggup menjadi tentera jihad untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan Lahad Datu, felda Sahabat, Kg Tanduo dan Sabah. Mungkin juga nama Mazlan Aliman termasuk ke dalam senarai yang akan berjihad ke sana nanti.
Tian Chua juga telah membuat komen dengan menuduh bahawa apa yang berlaku tersebut hanyalah sandiwara UMNO/BN nak menakut-nakutkan rakyat Sabah supaya terus bersama kerajaan. Dia dibelasah kiri dan kanan termasuk olek bekas-bekas pegawai kanan polis sehinggakan terpaksa menukar nombor telefonnya kerana terlalu banyak 'gangguan' yang masuk tanpa diundang.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Shafie Afdal dan Datuk Ahmad Mazlan juga telah membuat kenyataan tentang peristiwa ini. Tinggal lagi yang masih membisu ialah Anak Felda dan Mazlan Aliman.
"Atau Mazlan Aliman takut untuk bersuara demi nak menjaga hati sekutu politiknya yang disyaki cuba memberikan kuasa autonomi pada Sabah dan mengeluarkan negeri itu dari Malaysia? Takut digugurkan dari calon kerana mengecam gerakan sulit pemimpin tertinggi Pakatan Haram?
Sehingga kini, saya belum lagi mendengar sebarang kenyataan dari individu yang banyak menabur “jasa” untuk masyarakat Felda itu. Kononnya dulu dia sanggup dilokap demi membela nasib para peneroka (padahal dia ditahan dalam lokap kerana berceramah tanpa permit!).
Inikah yang dikatakan sebagai “pejuang anak Felda”?
Mazlan Aliman mungkin sedang merangka strategi baru ingin “menjajah” tanah-tanah rancangan Felda di Johor. Penceroboh menjajah dengan senjata, Mazlan Aliman sebok nak masuk tanah rancangan dan menjajah minda warga Felda?
Tidakkah Mazlan Aliman rasa dia patut memberikan sokongan moral yang tinggi pada pihak berkuasa dan kerajaan BN demi kesejahteraan sebilangan para peneroka di Lahad Datu?"
Mungkin Mazlan Aliman tengah membuat strategi tertentu dan beliau mungkin akan keluar dengan kenyataan-kenyataan canggih beliau ataupun apa yang selalu beliau momokkan selama ini iaitu Felda Bankrap, peneroka kena tipu dan sebagainya.
Mungkin dia kini sedang membuat analisa tentang kerugian yang bakal menimpa Felda Sahabat. Berapa banyak rumah yang musnah, berapa ribu pokok kelapa sawit yang tumbang terkena bom atau peluru motar. Berapa jalur jalan yang rosak akibat dilalui oleh kereta perisai. Ladang yang musnah tidak boleh dibaik pulih lagi kerana racun yang dikeluarkan oleh bom menyebabkan kesuburan tanah lenyap dan pokok baru tidak boleh tumbuh lagi.
Berapa banyak buah sawit yang busuk dan tidak dapat dikeluarkan akibat daripada kemasukan anggota polis dan tentera ke kawasan tersebut dan berapa lama lagi hasil tidak dapat dikeluarkan. Dia dan barisan peguamnya kelak mungkin membuat tuntutan yang setimpal bagi pihak peneroka.
Akhirnya rumusan dia nanti mungkin menjurus kepada FGVB kerugian berbillion ringgit dan sohihlah Felda telah muflis dan peneroka akan menerima nasib malang. Dia akan menyalahkan kerajaan, UMNO/BN dalam isu ini nanti.
Mykmu, sama-samalah kita nantikan apa yang bakal terkeluar dari mulutnya.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
No comments:
Post a Comment