Monday, March 4, 2013

Nuar Brahim Nampak Tak Ni??!!!!... Siapa Lebih Patriotik..??


Kurang ajar, siapa yang mengajar budak ni bersikap begini??
 
 
 
Cina ni takkan berani menjadi begitu kurang ajar sekiranya tidak ada orang yang backing dia selama ini. Semua pihak dihinanya, Melayu, Islam atau Raja. Ini rakan tari Nurul Izzah ni.
 
 

Bekas Pegawai Kanan Polis Vs Bekas Pegawai Kanan Tentera.
 
Puak pembangkang dikatakan teruja sangat dan bangga sangat dengan penyertaan 4 orang bekas pegawai kanan tentera bersamapembangkang kononnya untuk membongkar segala salah laku kerajaan. Penyertaan 4 bekas jeneral tersebut kononnya membuktikan perjuangan pakatan mendapat dokongan dan sokongan pihak tentera. Cheh..
 
Hari ini Bekas Pegawai Kanan Polis yang telah bersara kini sudah hilang kesabaran mereka dengan tindak tanduk pemimpin pembangkang. Bukan senang mereka hendak keluar berkumpul begini menyatakan kemarahan mereka kepada pemimpin pembangkang terutamanya Tian Chua bahlol tersebut.
 
Demontrasi aman ini dan lokasi yang dipilih amat simbolik. Keluarga anggota polis sudah tidak dapat lagi menahan kesabaran dengan segala dakyah songsang tentang polis yang ditohmahkan oleh pembangkang selama ini.
 
Bekas pegawai kanan ini dan juga anggota keluarga mereka adalah merupakan manusia biasa yang mempunyai hargai diri dan perasaan. Keputusan mereka untuk berhimpun di Tugu Peringatan lambang pengorbanan anggota keselamatan ini tidak boleh dipandang enteng oleh Nuar dan kunco-kunconya terutamanya Tian Chua, Ngeh Ko Ham, Sivarasa dan Tony Phua.
 
Semasa bertugas dahulu mereka ini telah muak dimaki hamun dan difitnah oleh puak pembangkang dengan pelbagai gelaran yang menyakitkan hati. Mereka dipanggil barua UMNO, anjing kerajaan, pemakan rasuah, zalim, kejam terhadap peserta demontrasi.
 
Kawan-kawan mereka di sepak terajang sesuka hati oleh puak pembangkang. Kenderaan mereka dijahanamkan dan khidmat bakti mereka dicerca semaunya. Mereka dituduh dengan bermacam tuduhan yang menghinakan. Hari ini untuk pertama kalinya mereka bangun menyatakan bahawa tidak selamanya mereka boleh diperlakukan begitu rupa.
 
Terkorbannya beberapa orang anggota polis, dianggap mati katak oleh pencacai pakatan dan dianggap sandiwara oleh Tian Chua, semata-mata kerana mereka menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dan diperlekehkan oleh pembangkang, membuatkan anggota keselamatan samada yang masih bertugas atau telah bersara tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan mereka.    
Tahniah Tan Sri Shamsuri, Tan Sri Norian Mai, Tan Sri Zaman Khan dan ramai lagi hero-hero polis yang menyatakan perasaan mereka di Tugu Peringatan Negara hari ini. Habis kau pakatan..

Jumlah 300 orang ini bila-bila masa sahaja mampu menjadi 3,000 orang ni jika mereka mahu.

Sementara itu dua bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata bahawa kenyataan Tian Chua adalah memburukkan keadaan.
 
"Kalau anda tuduh-menuduh antara satu sama lain, ini bermakna anda membuka ruang kepada musuh untuk masuk.
 
"Dalam situasi wilayah negara dicerobohi, kita sebagai rakyat yang setia mesti membantu kerajaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Musa menambah, tindakan beberapa ahli politik pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan keupayaan pihak polis dalam menangani krisis tersebut boleh melemahkan semangat pasukan keselamatan negara.

"Sekiranya Yang Berhormat Kit Siang hendak mengetuai satu pasukan yang menggunakan peluru getah, teruskan. Lepas itu kita tengok apa yang akan berlaku," katanya secara sinis.
 
Tian Chua juga turut disamakan sebagai haiwan politik yang tidak layak menjadi Ahli Parlimen oleh seorang lagi bekas KPN iaitu Tan Sri Rahim Noor. Beliau menyifatkan tahap pemikiran Tian Chua lebih rendah daripada budak sekolah yang berada di darjah dua. Inilah yang dijadikan oleh Nuar sebagai kawan dia dalam PKR.
 

300 pesara polis demonstrasi selar Tian Chua

 
SHAMSURI Arshad menyampaikan ucapan ketika mengadakan demostrasi aman bagi membantah tindakan Tian Chua mempersendakan insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara kerajaan di Tugu Negara, Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
 
KUALA LUMPUR 4 Mac - Kira-kira 300 pesara polis mengadakan demonstrasi aman di Tugu Negara di sini hari ini menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan menangani pencerobohan bersenjata di Sabah selain menyelar kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.
 
Demonstrasi itu diketuai bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad dan turut disertai pesara komando polis VAT 69, pesara Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), pesara Cawangan Khas, pesara Pasukan Polis Hutan (PPH), Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa).
 
Demonstrasi sejam itu turut disertai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai; dua bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz dan Tan Sri Husin Ismail, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan serta bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Khoo Ah See.
 
Peserta demonstrasi membawa sepanduk mengutuk tindakan Ahli Parlimen Batu itu dan meminta beliau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan pada Jumaat bahawa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara UMNO untuk 'mengalih perhatian dan menakutkan rakyat'.
 
Lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.
 
Shamsuri berkata, Tian Chua tidak boleh menyatakan kematian anggota keselamatan itu adalah sandiwara kerajaan.
 
"Dia (Tian Chua) tidak boleh mempermainkan kematian dengan menyatakan ia adalah drama kerana ini hanya menambah kesedihan keluarga anggota polis berkenaan.
 
"Nyawa tidak boleh diganti dengan wang ringgit dan ia pengorbanan terbesar sebagai perwira negara," katanya.
 
Shamsuri menegaskan, warga pesara polis sentiasa menyokong dan yakin dengan tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dalam usaha menangani pencerobohan di Sabah.
 
Shamsuri turut menyelar kenyataan yang tersiar di sebuah akaun laman sosial Facebook di bawah nama 'Jonathan Lin' yang menyamakan dua anggota polis yang terkorban di Lahad Datu itu sebagai "dua polis anjing UMNO".
 
"Ini satu penghinaan terhadap kira-kira dua juta warga polis termasuk yang masih berkhidmat. Ia tidak patut dikeluarkan mana-mana individu yang hidup dalam keadaan aman hasil khidmat bakti polis," kata Shamsuri. - BERNAMA




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment