Friday, March 8, 2013

Menggemparkan..Gencatan Senjata Akhirnya Berlaku..Dan Berita Sensasi Untuk Rekod..Hahaha..


  
  
Blog sudah mula menyiarkan berita yang 'menggemparkan' ini. Ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan telah menukar haluan, membuat pusingan U atau 360 darjah dan mungkin ini merupakan 'gencatan senjata' yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.
 
Karpal Singki akan ketawa di dalam hati bila berita ini tiba ke pengetahuannya. Hj Hadi akan termenung dan termanggu. Sementara Nik Aziz mungkin  pitam kerana berasa amat lega. Bagaimana pula dengan peguam bela yang baru iaitu Datuk Yussoff?? Sama-sama kita nantikan.
 
“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
 
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.
 
Itulah antara intipati 'gencatan senjata' antara pasukan Nuar yang diketuai oleh Johari Abdul dengan pasukan Saiful Bukhari yang diwakili oleh bapanya.
 
Minta maaflah Jokiden sedikitpun tidk teruja dan tidak terusik dengan PC ini dan isi kandungannya. Azlan boleh berkata apa sahaja atas sebab apa sahaja, namun ia tidak akan dapat mengubah pendirian Jokiden dalam hal ini. 
 
Kita sedia maklum dan selalu diperkatakan bahawa Nuar ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya. Faham dah. Ini mungkin salah satu daripada usaha beliau untuk membersihkan dirinya. Dia perlu melakukannya walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak.
 
Jika orang UMNO/BN yang berbuat begini, sahlah tuduhan akan segera dilemparkan bahawa berjuta-juta terpaksa dibelanjakan untuk tujuan berkonspirasi.
 
Menegakkan benang yang basah tidak mudah, malah mustahil. Ini yang cuba dilakukan oleh Azlan. Kita tengok nanti sejauh mana kejayaannya.
 
Persoalannya di sini ialah dia ingin memberitahu dunia bahawa apa yang terjadi 4 tahun dahulu adalah konspirasi UMNO/BN terhadapa Nuar Brahim. Pegawai Perdana Menteri  Khairil Anas Jusoh secara khusus disebut sebagai antara orang yang terlibat merekasaya cerita ini.
 
Kejadian liwat tidak mudah untuk direka dan untuk dikonspirasikan. Menjadi tanggung-jawab berat kepada ayah Saiful iaitu Azlan untuk membuktikan bahawa semua ini adalah rekaan. Jokiden masih boleh ketawa dengan tuduhan terbaru Azlan ini.
 
Sebaiknya perkara ini tidak terlalu diperbesarkan sehingga melenyapkan isu Lahad Datu atau isu Kalimah Allah. Biarkan masa menentukan apakah UMNO/BN yang berkonspirasi atau Nuar, Azlan dan Johari Abdul yang berkonspirasi. Biarkan mereka mengusung kisah ini dalam setiap ceramah mereka. Mereka akan terkantoi sendiri kelak.
 
PRU bila-bila masa dari sekarang. Penyiksaan yang dialami oleh rakyat di selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan selama 5 tahun ini yang sepatutnya menjadi bahan kempen utama dan bukannya isu konspirasi ke atas Nuar.
 
Biarkan penyokong tegar pakatan berseronok dengan perkembangan terbaru ini. Biarkan. Perdana Menteri ketika itu masih lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kenapa pembangkang tidak menuduh Pak Lah yang berkonspirasi sebaliknya menuduh pula DS Mohd Najib.. Pakatan akan gagal.
 
 
Macam nilah sukarnya tugas Azlan selepas ini nanti..
   

Anwar tukar pendirian sedia sokong operasi Lynas

KUALA LUMPUR 7 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sikap seperti 'sesumpah' selepas menyatakan kesediaan membenarkan operasi kilang nadir bumi, Lynas Corporation Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan, Pahang.
 
Bercakap kepada portal berita The Sydney Morning Herald (SMH), Anwar memberitahu, beliau bersedia menyokong operasi kilang itu sekiranya siasatan awam baharu mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.
 
Kenyataan Ketua Pembangkang itu berbeza dengan ucapan beliau dalam Himpunan Hijau membantah Lynas di Kuantan, tahun lalu, yang mana beliau memberi jaminan kepada penyokongnya pakatan pembangkang akan menghentikan operasi kilang berkenaan.
 
Malah, jaminan itu turut dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan baru-baru ini.

DAP biadab hina masyarakat India

KUALA LUMPUR 7 Mac - Kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta 'arak' dianggap sebagai sangat menghina dan menjijikkan.
 
Bekas Ketua Cawangan Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang kononnya membela nasib semua kaum, Koo Ham tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar tersebut.
 
"Mengapa beliau 'menuduh' kami dengan begitu keji? Adakah harga maruah kami hanya dengan sogokan sari dan todi? Mungkin Koo Ham tidak senang duduk melihat sokongan India berkurangan di kawasannya sehingga terdesak mengeluarkan kenyataan sebegitu hina.
 
"DAP sudah semakin melampau. Ini juga bukan pertama kali mereka membuat kenyataan seperti ini. Masyarakat India perlu mengajar pemimpin biadab seperti ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


766 aduan dibuat di seluruh negara terhadap Naib Presiden PKR

Sebahagian ahli pergerakan Wanita komponen BN menyertai perarakan membantah kenyataan kontroversi Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut, semalam.
 
KUALA LUMPUR 7 Mac - Pelbagai pihak terus membuat laporan polis dan demonstrasi aman terhadap kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah dengan jumlah laporan di seluruh negara meningkat kepada 766 setakat ini.
 
Sehingga pukul 6 petang ini, Selangor mencatat bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 252 diikuti Kedah (122), Terengganu (91) dan Kelantan (59).
 
Di Petaling Jaya, Pertubuhan Anti Jenayah Bersatu Malaysia membuat lima laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
 
Presidennya, Datuk Dr. A. Balakrishnan berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak Tian Chua menarik balik kenyataannya yang disifatkan biadab dan tidak sensitif terhadap keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban.
 
"Ia nyata tuduhan semata-mata apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar tidak akan membenarkan walau seinci tanah pun akan diserahkan kepada pihak pengganas Sulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Di Kepala Batas, enam lelaki yang mendakwa ahli Pas membuat laporan di IPD Seberang Perai Utara terhadap Tian Chua.
 
Menurut wakil kumpulan itu, Mohd. Nabi Bax Mohd. Nabi Abdul Sathar, 61, berkata, sebagai ahli Pas, beliau kecewa dan malu dengan parti politik itu yang masih ingin bekerjasama dengan PKR.
 
Sebelum itu, Mohd. Nabi Bax yang juga bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Gombak bersama ahli kumpulan membakar bendera PKR dan DAP serta gambar Tian Chua.
 
Di Jerantut, kira-kira 200 ahli sayap Wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) Parlimen itu menyertai perarakan semalam bagi mengecam tindakan pembangkang yang mengaitkan insiden pencerobohan di Sabah sebagai sandiwara UMNO.
 
Perarakan yang disertai ahli Pergerakan Wanita, Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Wanita MCA dan MIC Jerantut itu bermula di pekarangan bangunan Mara di sini, dan berakhir di IPD Jerantut.
 
Mereka kemudian membuat laporan polis ke atas Tian Chua pukul 4.20 petang.
 
Di Pulau Pinang, kira-kira 150 ahli UMNO Bahagian Bukit Bendera berarak sejauh 500 meter ke Balai Polis Kampung Bahru, Air Itam di sini bagi membuat laporan polis.
 
Mereka berarak dari Balai Giat Kampung Bahru sambil menyanyikan lagu Barisan Kita dan membawa sepanduk mengecam tindakan Tian Chua.
 
Di Batu Pahat, Persatuan Polis Pencen Negeri Johor (P
PPNJ) dan gabungan NGO Daerah turut membuat laporan di IPD Batu Pahat mengecam tindakan biadab pemimpin itu.

29 ahli dan penyokong Pas sertai UMNO

KUBANG PASU 8 Mac - Kira-kira 29 ahli dan penyokong Pas Padang Sera, Jerlun di sini hari ini mengambil keputusan menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap parti berkenaan.

Kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir pada majlis Ceramah Perdana Selamatkan Kedah di Padang Sera di sini.
 
Yang turut hadir pada majlis itu ialah bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani.
 
Seorang bekas ahli Pas dari Kampung Baru, Jalan Guar Napai di sini, Ahli Rashid Ahmad, 64, berkata, dia mengambil keputusan untuk menyertai UMNO kerana perjuangan Pas kini tersasar jauh dari landasan Islam.
 
''Saya tawar hati dengan Pas, sebelum mereka memerintah Kedah macam-macam mereka janji, tapi bila mereka dah dapat Kedah, kita nak minta bantuan macam-macam alasan mereka bagi.
 
Katanya, dia juga dituduh pembelot hanya kerana Mukhriz datang ke rumahnya untuk memberi bantuan kepada cucunya.
 
''Jadi hari ini saya buat keputusan untuk sertai UMNO kerana yakin UMNO boleh bantu rakyat,'' jelasnya.

Sementara itu, C.N Al-Afghani dalam ceramahnya turut mendesak kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat tentang penyelewengan tabung Memali.
 
''Saya sibuk pasal tabung ini sebab tangan ini yang menulis, mata ini yang melihat, ini tanggungjawab saya.
 
''Saya pernah guna saluran dalam Pas untuk selesaikan masalah tabung ini, saya hantar surat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tapi tiada tindakan yang diambil.
 
''Sebab itu saya ambil keputusan untuk mendedahkan perkara ini kerana ini merupakan tanggungjawab saya. Kalau tak buat bagaimana saya nak menjawab di depan Allah nanti,'' katanya. - UTUSAN



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG TAYANG VIDEO TU, I SAMAN YOU.
 

No comments:

Post a Comment