Monday, March 4, 2013

Selamat Berjuang Perwira Ku..



Ayah, muga bertemu lagi.. dua kali air mata menitis dek gambar ini.
   


              
323 Orang RAMD dari Kota Bharu. Ini ke yang Lim Kit Siang suruh bubarkan dulu?? Semuga semuanya selamat.

Hargailah sebuah keamanan. Begitulah yang selalu dipesankan oleh pujangga. Kita tidak mengalami seperti yang di alami oleh penduduk Palestine. Kita jauh daripada merasai penderitaan yang siang malam yang menyelubungi Afghanistan.
 
Apa yang berlaku di Syria, Libya, Somalia, Selatan Thai, Gaza, Tebing Barat dan Algeria hanya kita tatapi melalui paparan di skrin TV atau komputer. Kesengsaraan sebenar penduduk di sana sesungguhnya tidak pernah kita alami.
 
Peristiwa di Kg Tanduo Lahad Datu ini sebenarnya jauh lebih kecil daripada apa yang berlaku di negara-negara bergolak tersebut, di mana bunyi letusan senjata automatik dan dentuman bom memagari kehidupan seharian mereka.
 
Baru sekelumit yang berlaku di negara kita inipun sudah menyebabkan ramai diantara kita yang tidak tidur malam atau lena tidur. Rakyat yang perihatin, rakyat yang berjiwa patriotik mengikuti peristiwa ini dengan penuh debaran. Lainlah manusia seperti Tian Chua yang tidak berhati perut atau Jason yang tinggal di Singapura yang mengatakan perwira kita sebagai mati katak.
 
Menuju ke medan tempur, risikonya ialah kehilangan nyawa. Benarlah jika sudah sampai ajal, di manapun boleh meninggal. Namun sengketa dalam apa bentuk sekalipun jika dapat dielakkan, hindarkanlah.
 
Peluru tidak bermata dan tidak kenal siapa. Setakat posting ini ditulis sebanyak 8 orang sudah terkorban. Janganlah ada lagi. Anak sudah kehilangan ayah dan tentunya tidak ada galang gantinya. Isteri kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata.
 
Ibu kehilangan anak. Azmi Awang Kelana Jaya kehilangan jiran dari USJ. Siapa menjangka dan menduga. 
 
Dalam sejarah pertempuran moden, kemusnahan jiwa yang sedikit berlaku hanya dialami oleh tentera Amerika. Mereka bukannya berperangpun. Mereka tidak pernah bertempur. Mereka hanya menyerang sebelah pihak sahaja. Dalam ertikata sebenarnya mereka hanya membuli dari jarak jauh.
 
Mereka menggunakan kapal terbang untuk menggugurkan berjuta-juta bom, memusnahkan hospital, pusat siaran media, sekolah, jalan raya, landasan kapal terbang, telaga minyak, istana Presiden dan memusnahkan pencawang elektrik. Mana risikonya. Sesiapapun berani berperang seperti itu. Mereka semuanya selamat kembali ke Pangkalan samada di darat atau atas kapal di tengah lautan yang dilengkapi radar tercanggih. Jika adapun kemusnahan adalah disebabkan oleh kecuai sendiri, mungkin kerana terlebih teruja, gembira atau riak.

Akibat daripada pengeboman tersebut sesebuah negara itu akan jadi padang jarak, padang terkukur dan kemusnahan infrasruktur tersebut membuatkan sesebuah negara terpaksa melutut kepada Amerika. Lain pula kisahnya dengan bom-bom yang digugurkan ke atas kubu kuat Taliban di Afghanistan. Mereka mengebom batu dan gua serta sungai. Mana ada infrasruktur, yang musnah batu batan, anggota Taliban tetap selamat.
 
Yang menerima kemusnahan terbesar ialah masyarakat setempat yang kehilangan segalanya samada harta benda atau kehilangan ketenteraman jiwa.
 
Di Lahad datu, untuk menyelamatkan harta benda sendiri, kedai-kedai dilaporkan banyak yang tutup. Siapa peniaga berkenaan dan siapa pemiliknya tidaklah kita ketahui kerana kita jauh di Semenanjung ini. Penutupan kedai-kedai dan pusat membeli belah juga sudah pasti meresahkan penduduk yang memerlukan bahan bekalan seharian.


  
Bukankah menyusahkan semua orang..
 
 
Sebab itu pemimpin selalu sangat mengingatkan rakyat supaya jangan bermain dengan api. Jika negara ini huru hara tidak ada sesiapa yang untung, malah pasti mengalami kerugian dalam pelbagai bentuk. Keamanan negara jangan dijadikan pertaruhan. Tutur bicara jangan keterlaluan dan setiap tindakan mestilah ada batasannya.
 
Para pemimpin jangan keterlaluan dalam menaikkan sentimen dan emosi rakyat. Jika rakyat sudah hilang pertimbangan dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun menyeberangi lautan luas untuk memenuhi tuntutan dan cita-cita pemimpin, maka kemusnahan sudah pasti tidak dapat dielakkan.
 
Peristiwa Lahad Datu ini sewajarnya dijadikan iktibar oleh pemimpin politik di negara kita agar berwaspada dengan tindak tanduk. Elakkan daripada menyebarkan fahaman politik kebencian dan jangan menghasut rakyat. Apabila rakyat bertindak ganas dan berdepan dengan pihak berkuasa, pemimpin selalunya menyelinap menghilangkan diri dan hanya muncul selepas keadaan kembali terkawal. Ini merupakan pemimpin yang tidak bertanggung-jawab.

Masih tergiang di telinga betapa kata-kata kesat terkeluar daripada mulut busuk peserta demontrasi bersih di Kuala Lumpur, mengatakan polis barua UMNO, polis anjing kerajaan dan sebagainya. Kini sedarlah mereka betapa besarnya pengorbanan anggota polis dalam mempastikan keamanan negara ini supaya mereka boleh tinggal senang lenang dengan anak isteri dan keluarga tanpa rasa tidak selamat. Sementara polis terpaksa menyabung nyawa.
 
 
 Ya Allah..kiranya mereka terpisah d duniaMu atas nama syahid maka satukanlah mereka semua d syurga Mu..aminnnn
Jokiden hanya mampu berdoa agar ayahmu selamat pergi dan selamat pulang.
  


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment