Saturday, March 2, 2013

Chua Jui Meng Ni Sengaja Tersasul Atau Betul-betul...


Orang menyambut jenazah mukanya sedih sikit, tapi Khalid ni riang sangat, rupanya ini puncanya.
"Hahaha.. Jui Meng juga tersasul macam aku dulu.. suruh undi BN.. kah..kah..kah."
  

Dulu Khalid tergagap dan tersasul semasa PRK Ijuk, dia dalam kempennya bersungguh-sungguh menyuruh pengundi Ijuk ketika itu supaya esok keluar beramai-ramai dan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional sedangkan dia bertanding atas tiket PKR.
 
Pendengar di bawah ketika itu menegur dia.. "salah tu..salah tu.." dia tidak peduli dan degan semangat yang berkobar-kobar itulah dia menamatkan ucapannya. Hahaha... akibatnya dia kalah.
 
Malam tadi di Muar Chua Jui Meng pulak tersasul atau sengaja tersasul untuk memberitahu Nuar yang juga hadir bahawa jika tidak menyebelahi dia, maka dia akan berpaling tadah. Chua dilaporkan telah meminta pengundi India dan Cina supaya memberikan undi kepada BN dalam PRU13 kelak.
 
Jokiden selalu berkata apa yang keluar daripada mulut secara spontan itu adalah lambang pernyataan hati. Bila Karpal Singki tersasul dalam ucapannya mahukan LGE sebagai Perdana Menteri, maka itulah sebenarnya apa yang dia selalu fikirkan dan inginkan.
 
Kini Chua Jui Meng telah melebamkan muka Nuar di Muar dengan meminta supaya pengundi Cina memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN kerana dia sesungguhnya yakin hanya BN yang mampu membela nasib orang Cina dan india di Muar.
 

Jui Meng minta pengundi sokong BN

MUAR 2 Mac - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mungkin masih 'sayangkan' Barisan Nasional (BN) apabila meminta rakyat menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
Beliau yang kini Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, tersasul meminta orang ramai berbuat demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana Demi Rakyat di perkarangan Pejabat PKR Muar di sini malam tadi.
 
Nyata Jui Meng yang berjuang selama 23 tahun dalam MCA masih dibayangi kebaikan serta jasa BN kepada rakyat sehingga tersasul meminta sokongan diberikan kepada parti pemerintah tersebut.
 
"Di Parlimen Muar, orang India diharap bersama pengundi Cina untuk mengundi Barisan Nasional," katanya sambil disambut sorakan penyokongnya sebelum segera memperbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan bukan BN yang dimaksudkan tetapi pakatan pembangkang.
 
Kenyataan Jui Meng itu menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berada di atas pentas terkejut dan kemudian tersenyum sinis.
 
Ceramah anjuran parti pembangkang tersebut dihadiri kira-kira 1,000 orang dan kebanyakannya kaum Cina walaupun kawasan itu dihuni majoriti Melayu.
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang diminta mengulas kenyataan Jui Meng itu percaya, kata-kata bekas pemimpin MCA tersebut lahir daripada hatinya yang ikhlas.
 
"Sebenarnya di hati Jui Meng, beliau lebih ikhlas dengan BN tetapi disebabkan mahu kuasa, dia pilih pakatan pembangkang. Jika kita teliti, sebenarnya kepercayaannya lebih kepada BN, sebab itu dia tersasul apabila berucap," katanya.
 
Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Jui Meng kerana pada penghujung ucapannya selama kira-kira 20 minit itu, beliau meminta rakyat menyokong dan mengundi BN. - UTUSAN




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment