"Kemana semuanya 'melingkup' ni?? Tak mahu datang mendengar ceramah 'jom ubah' pakatan. Takkan semuanya berduyun-duyun ke ceramah BR1M sahaja.." Letihlah macam ni.
Ini di Bukit Rokan Utara 26/2/13 30 orang.
Pulau Tiga, Kg Gajah Pasir Salak 26/2/13 40 Orang
Kes di Bangi, Seremban, Bachok, Pasir Salak dan Bukit Rokan, menyaksikan ceramah pakatan haram dalam satu malam, tidak langsung mendapat sambutan.. Selain ceramah Mat Sapu di Bachok kesemua ceramah di atas dihadiri tidak sampai 50 orang, pada hal yang datang tu 'tokoh-tokoh' pembangkang juga.
Jelajah Treler Pas di Putrajaya malam ini belum tentu, mungkin nasib yang serupa memandangkan Putrajaya ini kubu kuat Tengku Nan.
Nik Aziz sudah memberitahu, jika nak buat ceramah kena sediakan hamPas kelapa dan jerami padi, baru lembu-lembu Pas tu nak datang. Nasihat yang baik ini tidak pernah diambil peduli oleh unit kempen jentera Pas.
Sudahlah tidak menyediakan hamPas kelapa dan padi untuk hidangan ayam dan lembu yang bakal datang mendengar ceramah, sebaliknya ayam dan lembu yang datang tersebut pula dipaksa memberikan hamPas dan padi kepada penceramah Pas.
Jika dulu alasan untuk mengutip derma tersebut dikatakan sebagai derma jihad yang membawa ke syurga, kini mungkin mereka mendapat satu idea lagi iaitu untuk menampung duit tol dan minyak treler tersebut. Tertipu lagi nampaknya ayam dan itik Pas.
Semasa PI Bala berceramah di Bangsar tempoh hari diumumkan kutipan pada malam tersebut hampir RM7,000 banyaknya. dua kali kutipan dibuat kononnya kutipan pertama tidak mencapai sasaran. tertipu lagi ayam dan itik mereka.
Jika dikaji sejak 40 tahun atau 50 tahun lalu, cara ceramah pakatan ini sebenarnya tidak berubah. Isinya sama. Gayanya sama. Kutuk, maki hamun, caci, fitnah pemimpin UMNO/BN dan kerajaan. Rakyat akhirnya muak dengan kisah menunjukkan mereka sahaja yang hebat, yang betul, yang maksum, yang tidak rasuah, yang tidak kroni, yang tidak rakus dan mereka sahaja yang membela rakyat.
Pemimpin UMNO/BN dan kerajaan digambarkan bertentangan dengan apa yang mereka amalkan. Tidak ada sesuatu yang baik yang dilakukan oleh kerajaan. Jika nyawa juga menjadi pertaruhan mereka tetap tidak sensitif dan menuduh itu sandiwara UMNO/BN yang takutkan mereka.
Rakyat sudah masak dengan apa yang ingin mereka perkatakan. jika tidak pergipun mereka masih boleh mendapat maklumat daripada SMS, fb, twitter, blog, Harakah, Roket dan dari pelbagai sumber lagi. Lalu apa perlunya mereka bersusah payah untuk menghadirkan diri ke mana-mana ceramah pembangkang. Tahu dah..
Jadi jentera kempen Pas atau pakatan, belajarlah dan akurlah dengan kata-kata Nik Aziz jika nak ajak ayam dan lembu ke ceramah mereka maka sediakanlah hamPas kelapa dan padi atau jerami. Dan jangan kutip duit lagi kerana kutipn tersebut seolah-olah memaksa rakyat untuk bersubahat dalam menegakkan kemungkaran yang mereka lakukan.
Ingat tu, memberi lebih baik dari menerima. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Jangan berselindung di sebalik agama untuk menghalalkan segala kemungkaran pakatan.
Dalam ceramah Pas mungkin juga taktik begini akan digunakan. Rakyat harus berhati-hati, takut nanti semua sumbangan tersebut tidak sampai ke pihak yang sepatutnya, sebaliknya masuk ke kantung pemimpin Pas seperti Tabung Memali. Meraka ni bukan takutpun dengan dosa, selamba je dia makan duit anak yatim ni besuk. Berhati-hati sebelum terkena. Esok nampak lidah Abby terjelir-jelir minta derma, lupa dunia pulak penyokong tegar dan tanpa banyak soal terus memberikan derma.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment