Pantun lama:
Ke Teluk sudah ke Siam pun sudah,
Ke Mekah saja yang aku belum,
Ku peluk sudah, ku cium sudah,
Nikah sahaja yang aku belum.
Kah..kah..kah..kah..
Konvensyen pakatan kali ke empat tidak mendapat sambutan. Rakyat tidak dijemput? rakyat lambat datang? rakyat datang tapi hanya hisap rokok di luar? atau rakyat memang sudah tidak peduli lagi dengan pakatan carca marba ini. Bagi mereka mungkin berkata, buat apalah pergi sekiranya ingin mendengar Hj Hadi menggelar kerajaan sebagi Firaun semata-mata. Lebih baik pergi bercuti.
Satu demi satu kekalutan dilakukan oleh puak mereka yang kesemuanya tidak membawa keuntungan sebaliknya merugikan persekongkolan ini. Nyata saat-saat menjelangnya PRU13 ini DAP, PAS dan PKR saling memerlukan antara satu sama lain dan ugutan Hj Hadi untuk meninggalkan pakatan tersebut skiranya 'merugikan' Islam hanyalah helah untuk menarik simpati daripada dua rakan yang lain.
Perasmian Treller Pas oleh Presiden parti, Pas nampaknya mengorak satu langkah lagi kehadapan meniru gaya kempen yang dijalankan di Amerika dan Turki. Syabas Pas kerana sanggup berubah walaupun perubahan tersebut ibarat meludah le langit akan menimpa muka sendiri. Perubahan yang pastinya menambahkan duka nestapa kepada pejuang tegar Pas seperti Cikgu Non.
DAP, PAS dan PKR melalui cara kempen terkini seperti yang diamalkan oleh negara maju, mungkin ingin menunjukkan kepada rakyat betapa mereka berkemampuan. Mereka mempunyai dana yang besar untuk PRU13 kelak. Mereka mungkin juga akan menempah iklan digital di merata tempat kelak. Perkara ini pernah Jokiden sebut dalam posting pada 27 May 2012 di sini.
Pembelian Treler, lori dan bas untuk tujuan berkempen ini sedikit sebanyak akan terus mengikat persekongkolan ini. Sebab itu rakyat tidak yakin dengan retorik Hj Hadi yang Pas akan keluar dari pakatan sekiranya terus diperbudak-budakkan oleh DAP dan PKR. Mereka akan terus bersama, timbul bersama dan tenggelam bersama.
Berbalik kepada pantun di atas, kini chap gome sudah berlalu, mengadap Sultan sudah, pengistiharan atau pelancaran manifesto sudah dilakukan, konvensyen juga sudah, bila lagi Khalid ni nak membubarkan DUN Selangor ni.?? Bila lagi dia hendak membuktikan ke jantanannya??
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment