Friday, March 1, 2013

Ekau Yolah Yang Hebat Khalid...


Tak habis-habis Khalid ni nak menghina orang Melayu, bangsanya sendiri. mula-mula naik jadi MB dulu yang pertama dia nak lakukan ialah menghapuskan DEB. Kemudian terus menerus mengikut rentah tari DAP.
 
Arak yang telah dirampaspun di suruh pulangkan balik. Isu DUMF, pemurtadan orang Islam, disalaknya Jais.
 
Kemudian dia nak ikut cara LGE mentadbir Pulau Pinang, semua hendak besar, semuanya hendak mahal dan semuanya hendak hebat.


 


  
 
 
 
Mentadbir sebuah negeri tidak sama dengan mentadbir sebuah syarikat atau organisasi koperat. Seribu satu macam perkiraan terpaksa dibuat dan diberi perhatian dalam kancah politik ini. Dalam sektor koperat lain, yang diutamakan ialah untung rugi dan kepentingan pemegang saham.
 
Pada mula-mula idea Datum Jelatik ini diperkenalkan dulu, berlaku pergeseran kuat antara Assmin Ali dan Khalid sendiri. Bukanya untuk kebaikan tetapi untuk kepentingan kroni siapa yang mendapat laba yang paling banyak.
 
Sesuatu yang besar yang hendak dilakukan, mestilah diterangkan dan dinyatakan dengan terperinci supaya rakyat faham. Seperti penyenaraian FGVB, puas Felda menerangkannya dan menyatakan apa faedah yang yang bakal diperolehi oleh para peneroka. Akhirnya peneroka bersetuju.
 
Ini projek Datum Jelatik ni promosinya pun di buat di Singapura. Memanglah kerajaan PKR nak menjual projek ini kepada warga Singapura. Tidak salah tetapi jangan rendahkan maruah rakyat tempatan. jangan dihina rakyat yang memberikan kuaso kek ekau.. sok kok nyosa.
 
Jangan ekau mudah yo ngobaan oghang yang monontang dan menolak ni sobagai bofikran sompit. Ekau yolah Khalid yang bofikiran luas, yang hebat.
 
Samolah macam Tian Chua rakan taghi monaghi Nurul Izzah tu. Sodap mulut yi dio ngatoan kerajaan merekasaya isu Lahad datu ini samo macam isu Al Ma' aunah di Jenalik dulu.
 
Di Jenalik rakyat tempatan, tetapi di Lahad datu ini melibatkan orang luar dan warga negara asing. Kenapa melihatnya dari sudut politk dan kenapa tidak melihatnya dari sudut pencerobohan rakyat asing.
 
Khalid!!, tempoh yang tinggal untuk menjadi MB sudah semakin singkat. Dah tingga kodek-kodek ea yo laie.  Daripada terus-terusan menghina rakyat Selangor, lebih baiklah mula minta maaf dan menginsafi segala keterlanjuran.
 
Tengok contoh MTEM, selepas kecoh-kecoh bosnya menyuruh Pegerusi Petronas meletakkan jawatan, diapun umumkan nak buat kondo mewah di Pantai Lido sebanyak 4000 unit. Harga cuma RM300,000 seunit. 1000 unit yang pertama, 700 adalah untuk Melayu, baki 300 dikongsi oleh bangsa asing.
 
Hari ini beli esok orang Melayu dah menjadi jutawan kerana harga pasaran untuk seunit kondo mewah tersebut bernilai lebih daripada satu juta. Khalid sepatutnya mempunyai idea yang serupa bukannya mengatakan orang Keramat berfikiran sempit.
 
 


Tolak projek Datum Jelatek fikiran sempit - MB Selangor

KUALA LUMPUR 1 Mac - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan golongan yang menentang projek pembinaan pangsapuri mewah, Datum Jelatek sebagai golongan berfikiran sempit akibat kelemahan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
 
Jelas Abdul Khalid, pembinaan projek pangsapuri ikonik berskala besar berdekatan Taman Keramat itu merupakan anjakan paradigma dalam meningkatkan nilai pemilikan harta golongan bumiputera. "Kita mahu terangkan ini satu anjakan paradigma, satu kelemahan DEB adalah kita meletakkan bumiputera dalam keadaan yang mereka mendapat kek yang kecil.
 
"Kita sekarang mencari jalan bagaimana mahu besarkan kek itu, kalau dulu orang Melayu mendapat harta hanya RM30 hingga RM40 juta, sekarang kita besarkan harta itu supaya masyarakat Melayu terbuka kepada RM500 ke RM700 juta," katanya kepada pemberita selepas program Forum Ekonomi Datum di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
 
Baru-baru ini, sekumpulan penduduk yang diwakili Badan Bertindak Datum Jelatek menuntut pembatalan projek itu kerana bukan sahaja bertentangan dengan matlamat asal yang dijanjikan kerajaan negeri bahkan menafikan hak penduduk memiliki kembali hartanah di kawasan tersebut.
 
Harga unit kediaman itu bernilai antara RM700,000 dan RM11.5 juta yang mana harga tersebut adalah mustahil dibeli mana-mana rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini.
 
Kritikan juga dilontarkan terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana dilihat lari daripada matlamat asal penubuhannya iaitu menyediakan kediaman kos rendah kepada rakyat di negeri itu. - UTUSAN



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment