Bebarpa hari atau minggu lagi Parlimen akan dibubarkan. Tidak mungkin rasanya Parlimen akan terbubar sendiri. Mood rakyat juga sekarang ini adalah mood pilihanraya. Perkara lain sudah diketepikan. Semuanya menunggu dengan penuh debaran.
Tidak dinafikan mood rakyat sekarang ini adalah menjurus untuk memberikan sokongan kepada BN. Ini adalah hasil kerja keras dua pemimpin yang tidak mengenal erti penat lelah iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kesungguhan mereka berdua ini tiada tolok bandingannya. Mereka bekerja selama 18 jam sehari dengan hanya sedikit rihat dan amat sedikit masa untuk keluarga. Rakyat melihatnya dengan penuh simpati.Dua tokoh ini tidak mahu sejarah terukir di mana di zaman mereka menerajui kerajaan dan parti keramat orang Melayu iaitu UMNO, puak pembangkang berjaya mengambil alih terajui pemerintahan negara.
Benar, mereka sedaya mungkin akan cuba untuk menyakinkan rakyat bahawa pilihan terbaik untuk kemakmuran negara, untuk kesejahteraan rakyat dan keharmonian kaum di negara ini akan tercapai sekiranya rakyat terus memberikan mandat kepada BN.
PM dan TPM bukan sahaja mahu mengekalkan BN untuk memerintah Malaysia, tetapi juga untuk agenda yang lebih besar iaitu menuju ke distinasi menjadi negara maju pada 2020, BN mestilah mendapat mandat yang besar kali ini.
Tanpa mandat besar segala perancangan atau program pembangunan boleh jadi terbantut. Kestabilan politik akan tergugat sekiranya kedudukan parti pemerintah tidak kuat. Justru itu mereka berdua nampaknya bekerja kuat menemui rakyat, mendengar denyut nadi rakyat dan memenuhi tuntutan rakyat.
Pendekatan yang mereka ambil dengan turun sendiri ke kawasan sasaran nampaknya telah membuahkan hasil. Ini sudah tentu tidak menyenangkan pembangkang. Namun pembangkang juga tidak mampu menghalangnya kerana mereka juga telah terlebih dahulu melakukan perkara yang sama sejak kemaruk mendapat kuasa yang tidak sengaja pada PRU12 yang lalu.
Oklah PM dan TPM turun padang sejak dua tiga bulan ini kerana puak pembangkang telah turun padang menabur fitnah sejak lima tahun yang lalu tanpa henti. Apa yang tidak mereka ceramahkan? apa yang tidak mereka hamburkan? apa yang tidak mereka fitnahkan? semuanya mereka lakukan namun mereka masih menuduh kerajaan ini zalim dan menyekat kebebasan mereka.
Oleh kerana kegigihan PM dan TPM telah mula menampakkan hasil dan rakyat telah mula memberikan keyakinan semula kepada kerajaan UMNO/BN, maka ramailah pemimpin BN yang merasa seronok dan teruja. Ramai juga yang sudah berani mengatakan bahawa mereka juga berusaha gigih untuk menawan semula hati rakyat. Kembalinya sokongan rakyat kini juga dalah merupakan jasa mereka dan pucuk pimpinan mestilah 'menghargainya'
Yang nyata sekarang ini ahli UMNO yang berjumlah melebihi 3 juta orang, telah kembali semula kepangkuan UMNO. Jika pada 2008 dahulu ramai yang meragam sehinggakan kawasan yang dimenangi dengan majoriti 11,000 atau 17,000 pun boleh kalah, kini mereka nampaknya sudah kembali menyayangi UMNO.
Kaki tangan kerajaan sudah kembali menginsafi kesilapan lalu. Peneroka Felda, nelayan dan petani di desa juga sudah kembali menyayngi UMNO/BN. Golongan muda dan pengundi baru majoritinya hari ini bersama UMNO/BN. Golongan atas pagar yang juga merupakan majoriti senyap rasanya sudah berkira-kira untuk memberikan undi kepada UMNO/BN.
Pengundi India yang nyata tertipu dengan agenda pembangkang pada PRU12 2008 yang lalu yang hanya ingin menggunakan mereka sebagai batu loncatan, sudah lebih 80% kembali kepada BN.
Pengundi Cina yang sentiasa sukar diramalkan, nampaknya apabila melihat ke solid an Melayu dan India kini telah mula menampakkan sokongan dan rasanya 25% telah bersedia untuk beralih semula kepada BN.
Golongan peniaga dan golongan koperat yang suatu ketika berasa sangsi atau skeptikal dengan kemampuan Perdana Menteri nampaknya terpaksa menerima hakikat bahawa di bawah kepimpinan DS Mohd Najib, ekonomi Malaysia berkembang pesat tanpa tergugat oleh kemelut ekonomi dunia.
Golongan pendidik di semua peringkat, jika pada tahun 2008 dahulu hampir 50% membuang undi kepada puak pembangkang, kini jumlahnya sudah tidak sampai lagi 20%. Ini amat melegakan. Begitu juga dengan pesara kerajaan walaupun ada yang masih tegar mengikut haluan pembangkang, namun dengan keperihatian kerajaan terhadap kebajikan mereka, nampaknya suara-suara sumbang yang mengkritik kerajaan sudah amat berkurangan.
Bagaimana pula dengan undi penyokong Pas yang rasional, kemana undi mereka hendak dihalakan. Mengundi Pas adalah haram mengikut fatwa ulama pondok Kelantan. Mesti ada kesan sedikit sebanyak tu. Samada mereka tidak keluar mengundi, merosakkan kertas undi atau memberikan undi kepada UMNO.
Bagaimana pula dengan undi penyokong Pas yang rasional, kemana undi mereka hendak dihalakan. Mengundi Pas adalah haram mengikut fatwa ulama pondok Kelantan. Mesti ada kesan sedikit sebanyak tu. Samada mereka tidak keluar mengundi, merosakkan kertas undi atau memberikan undi kepada UMNO.
Di bawah dasar tranformasi yang diperkenalkan oleh DS Mohd Najib, seolah-olah tidak ada golongan yang terpinggir. Semua nasib rakyat terbela dan ramai yang pastinya bersyukur.
Kini jentera BN amat bersemangat. Pemuda bersemangat. Wanita bersemangat. Puteri juga bersemangat. Semuanya seolah-olah sudah tidak ada lagi sengketa. Semuanya berikrar akan berjuang habis-habisan untuk kejayaan parti dan BN. Jentera parti akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan untuk memilih siapa sahaja yang akan menjadi calon kelak.
Lalu apa risikonya?? Mereka, pemimpin yang suatu ketika dahulu yang sudah berura-ura untuk mengundurkan diri kerana telah terlalu lama, 4, 5 dan 6 penggal bertanding, yang telah otai-otai, kini telah kembali bersemangat dan merasakan diri mereka juga adalah winnable candidate.
Potret hiasan.. tak ada kena mengena dgn posting..
Ada yang menang tipis dan tinggal nyawa-nyawa ikan pada tahun 2008 dahulu, kini apabila melihat jentera UMNO/BN yang tersusun, mantap dan bersemangat tinggi, maka mereka sudah mula merasakan kembali bahawa jika mereka sekali lagi bertanding, maka mereka juga akan disokong dan mereka juga akan menang besar kali ini. Tokoh-tokoh ini walaupun dulu sebenarnya merupakan labiliti kepada parti, kini sudah mula merasakan itu dulu tsunami politik berlaku bukan disebabkan olehnya tetapi keseluruhan mengalami kejutan walau dimanapun.
Pemimpin sebegini jika tidak juga insaf, maka ia akan menyusahkan pucuk pimpinan untuk menentukan calon UMNO/BN kelak.
Ada yang telah menyuarakan untuk bersara seperti Raja Ideris, Tan Sri Shahril Samad, Tajol Rosli, Ong Ka Ting dan Rafidah Aziz, namun terdapat sekitar hampir 200 orang yang masih membisu tanpa membuat sebarang reaksi yang sepatutnya memberi laluan kepada tokoh lain untuk bertanding.
Jika transformasi politik ingin menampakkan hasilnya dan rakyat menerima baik perubahan tersebut, maka separuh daripada otai politik ini terpaksa disarakan. Tinggal lagi separuh sahaja. Sementara pengganti kepada separuh yang disarakan tadi terpaksa pula mengambil kira calon dari pelbagai golongan dan latar belakang.
Golongan muda, golongan koperat, golongan pendidik, peniaga, daripada kaki tangan kerajaan yang mempunyai potensi, tok-tok imam, pendakwah bebas dan juga dari tokoh-tokoh lama yang masih disukai oleh penduduk setempat harus juga diberikan peluang. Ini sememangnya memeningkan PM dan TPM.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment