Wednesday, February 27, 2013

Bila Tun Mahathir Tanya..Dah Tak Ada Modal Politik Ke.. Habis Kau Nuar..


Tun M ni, konsisten dalam apa yang dia kata dan apa yang dia buat. Sejak tak jadi PM, kalau ke Masjid Negara di ruang inilah dia bersembahyang.
 
 
Tongkang pakatan kelihatan sudah semakin hampir nak pecah akibat menempuh badai dilautan bergelora. DAP dengan masalah rasis dan keegoannya. Pas dengan masalah keyakinan, sementara PKR terus dengan masalah caca marbanya.
 
Harapan kita ialah agar kapal tersebut selamat dan sempat berlabuh di mana-mana pelabuhan supaya dapat anak-anak kapalnya mneyertai pesta meriah yang bakal diadakan tidak lama lagi iaitu PRU13.
 
Tidak usahlah menuding jari menyalahkan pihak lain yang menyebabkan kapal mereka rosak teruk dan hampir berkecai. Salahkan diri sendiri dan salahkan pemimpin sendiri. Keretakkan dalam pakatan ini memanglah menguntungkan UMNO/BN kerana rakyat menjadi semakin muak dengan retorik, sandiwara dan lakonan mereka. Tetapi kita juga harus bersimpati sekiranya dalam keadaan sedemikian mereka menyertai PRU13, takut-takut hanya menang 7 kerusi sahaja nanti. selebihnya 215 kerusi di menangi oleh BN.
 
Untuk menutup segala kelemahan dan kepincangan yang sedang melanda pakatan ini, maka beberapa pemimpin ulung mereka berusaha mencari jalan dan selalunya jalan mudah bagi mereka ialah menyalahkan pihak lawan iaitu UMNO/BN dan kerajaan.
 
Untuk mengalihkan isu Majlis Syuro, akar umbi dan Kalimah Allah, Pas dengan sesuka hatinya sahaja menyifatkan penerima BR1M sama seperti binatang iaitu ayam atau lembu. Jika ini terkeluar dari mulut Ibrahim Ali atau Hassan Ali, maka kita tidak tahu apa kesudahanya.
 
Kemudian DAP setelah begitu kalut para ahlinya mempertikaikan isu pemilihan CEC mereka dimana terserlah sifat rasis kerana tidak memberi ruang kepada orang Melayu dan India dalam pembuat dasar parti mereka maka mereka cuba mengalihkan perhatian dengan menimbulkan pula isu Kalimah Allah dan percakaran dengan kepimpinan PKR di peringkat negeri seperti apa yang berlaku di Johor dan Sabah.
 
PKR, parti yang entah apa-apa ini, yang tidak kita tahu hujung pangkalnya, yang berjuang untuk siapa, memilih untuk terus menyerang Tun Dr Mahathir dan keluarganya bagi mengalihkan isu kekalutan dalam parti anak beranak Sdn Bhd ini.
 
Adalah silap besar jika Nuar Brahim masih ingin memainkan emosi rakyat seperti apa yang dia pernah lakukan pada tahun 1998 dulu dengan menuduh Tun M berkonspirasi untuk menjatuhkan atau menamatkan karier politik dia.
 
Rakyat sudah mengetahui segala dakyah dan fitnah berniat jahatttttttttt Nuar terhadap Tun M. Ketika itu oleh kerana sentimen simpati ke atas mata lebam, maka bolehlah pakatan mendapat sedikit keuntungan di mana Pas dapat menawan Terengganu.
 
Nuar mungkin merasakan bahawa masih ramai rakyat yang marahkan Tun Mahathir, sebab itu dia cuba menghidupkan kembali sentimen lama. Jadikan Tun dan keluarganya sebagai modal untuk menaikan  kebencian rakyat. Silap kau Nuar, strategi ini mungkin senjata akan makan tuan nanti.
 
Beria-ia Nuar dalam ceramahnya memberitahu penyokong tegarnya yang masih 'cerdik' tersebut bahawa kononnya semua orang dalam negara ini takut apabila dia berkuasa kelak dia akan menghereeeereeeeeettttttttttt!!!!  semua pemimpin UMNO/BN yang rasuah, yang rakus, yang mempunyai kroni ini kemuka pengadilan.. Hek eleh.. Nuar, mahu bohong sape???

Kononnya bila mendapat kuasa nanti dia akan membongkarrrrrrrrrrrrrrrr segala salah laku pemimpin UMNO/BN termasuk Tun M dan inilah yang kononnya amat menakutkan Tun M dan pemimpin UMNO/BN yang lain.
 
Hereeeettttlah sekaranggggggggggg!!!, kenapa nak tunggu lama-lama.. Kenapa pilih jalan susah nak jadi Perdana Menteri kalau ada jalan mudah???? Selepas semua pemimpin UMNO/BN yang rasuah ini dipenjarakan bukahkah rakyat akan menjadikan Nuar sebagai hero dan dia terus dengan senang lenangnya dinobatkan ke Putrajaya.

Tidak puas dia pada tahun 1998/1999 dahulu membuat fitnah jahat terhadap Tun M, kini dia cuba mengusik sarang tebuan kembali dengan harapan masih ada sisa-sisa simpati terhadapnya dan menaikan sedikit markahnya serta ratingnya yang jauh merudum.

    

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.


Dah tak ada modal politik lagi ke dah??  Tun M tanya Nuar secara sinis. Klik untuk bacaan seterunya.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment