Sunday, February 24, 2013

Khalid.. Inilah Sebab Sebenar Saya Tidak Mahu Menunaikan Janji..

 
 
"Sei dah agak dah.. Pas mesti hina penerima bantuan ni punya, sobab itu sei tak topati janji dulu.."
 

Khalid Gagap nampaknya begitu teruja dan ceriah menjelang pembentangan manifesto pakatan esok di Shah Alam. Manifesto tersebut merupakan janji terbaru pakatan jika mendapat mandat memerintah. Dia faham sangat kerana manifesto tersebut bukannya sesuatu yang perlu ditunaikan. Dalam erti kata lain manifesto itu hanya satu bentuk penipuan yang bertulis.
 
Khalid mungkin berpendapat sekiranya dia menunaikan janji-janji PRU12 dahulu akhirnya rakyat Selangor akan dikatakan bodoh oleh Hj Hadi dan disamakan dengan haiwan ayam itik dan lembu oleh Nik Aziz.
 
Sekurang-kurangnya apabila semua janji tidak ditepati oleh Khalid ia sudah menyelamatkan maruah rakyat Selangor daripada dihina oleh Nik Aziz dan Hj Hadi.
 
Antara janji yang jika Khalid Gagap tunaikan yang mungkin rakyat Selangor dianggap sebagai binatang sembelihan ialah, bantuan persekolahan, bantuan tadika, bantuan untuk ibu tunggal, bantuan warga emas dan bantuan kemasukan pelajar ke Universiti.
 
Jika begitu alasan Khalid, maka dia memang benar-benar seorang yang 'berpandangan jauh' dimana dia mungkin sudah menduga bahawa Nik Aziz dan Hj Hadi akan menempelak rakyat Selangor yang menerima bantuan dengan begitu hina sekali.
 
Lagi pandangan jauh Khalid, dia mungkin sudah merasakan yang dia hanya Menteri Besar sepenggal sahaja sebelum nasib politiknya turut dipenggal oleh musuh-musuhnya. Buat apalah susah-susah nak menepati janji PRU.
 
Pada hal bukan susah sangat jika semua janji tersebut hendak ditepati kerana Selangor mempunyai 'dana simpanan yang besar'. selangor negeri kaya, pelaburan Selangor berbillion ringgit, setiap hari ada sahaja pembangunan berlaku. Semua itu mendatangkan hasil kepada kerajaan. Ciput je jika hendak diberikan kepada mereka yang layak, bukan ramai manapun.
 
Sebab itu dia bersungguh-sungguh mengatakan bahawa manifesto PRU bukannya janji yang harus ditunaikan. Jikapun hendak ditunaikan para penuntut seperti ibu tunggal mestilah membuktikan bahawa mereka sebenarnya telah mengundi pakatan.
 
Khalid juga mungkin akan mencadangkan dalam manifesto baru ini supaya SPR menyediakan CCTV di setiap PDM atau pusat mengundi untuk merakamkan segala kegiatan memangkah oleh para pengundi untuk dijadikan bukti dikemudian hari kelak yang mereka benar2 mengundi pakatan.
 
Atau Khalid Gagap juga mungkin meminta SPR menyediakan mesin photostat di setiap tempat mengundi dengan dua orang petugas khas untuk membolehkan pengundi membuat salinan pendua ke atas kertas undi yang telah dipangkah. Salinan asal akan dimasukkan ke dalam peti undi sementara salinan pula akan di bawa balik untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah kelak. 
 
Sekalung tahniah kepada Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor yang telah berjaya menyelamatkan pengundi Selangor daripada dihina oleh Nik Aziz dan Hj Hadi.
 
 
Utz Jah Kuala Balah.. "Den tak kigho, ayam ko, lombu ko.. den amik yo BR1M ni..
 
  
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment