Dia baru balik dari Mekah. Beribu-ribu menyambut dia. Masih belum sampai ke rumah dan terus ke stadium. Di depan pintu stadium dia diminta berucap.
Tidak ada sesiapa yang memprovok dia. Wartawan belum bertanya pun, tetapi itulah intipati ucapan dia yang dengan keras mengatakan penerima BRIM umpama ayam dan lembu.
Mungkin dalam perjalanan dari airport menuju ke stadium ada seseorang bersama dia dalam kenderaan itu yang memberikan laporan terkini tentang politik negara dan di beritahu rakyat sudah hampir 99.99 % bertukar arah disebabkan oleh pemberian BR1M.
Mungkin tetiba sahaja hatinya bergolak, jiwanya mendidih, nadinya berdenyut kencang seperti kencangnya denyut piston kereta yang dinaikinya kerana terlalu marah dan membuat keputusan bahawa dalam ucapannya nanti dia akan belasah UMNO/BN dan kerajaan cukup-cukup.
Oklah lah tu kerana dia bertanggung-jawab menjaga kepentingan partinya. Dia bertanggung-jawab membela partinya dan bertanggung-jawab menjaga kesetiaan penyokongnya. Sesuatu yang gempak mesti dilontarkan supaya penyokong kembali kecut dan takut seterusnya akur dengan segala kata-katanya.
Seperti dulu untuk mempastikan penyokong dan pengundi tidak lari dan terus mengundi partinya maka disebutlah berulang kali bahawa sesiapa sahaja yang menyokong parti lawan adalah kafir. Ini amat menggerunkan penyokong totoknya. Penyokong atas pagar ketawa je. Tidak pedulipun kerana mereka sedar itu fatwa songsang.
Tetapi di dalam semangat hendak membelasah pihak lawan kenapa harus membuat perbandingan yang menghina dan diluar batasan. Sanggup dia menghina sebanyak 7 juta penerima BR1M termasuk penyokong totoknya. Diumpamakan seperti binatang iaitu ayam dan lembu, mungkin ada diantara penyokongnya yang tersinggung. Mungkin juga masih ramai yang tak kisah dengan perbandingan tersebut dan menerima seadanya hinaan tok guru mereka kerana mereka selamanya sudah bersedia untuk di hina dalam apa bentuk sekalipun demi 'perjuangan Islam' Mereka tidak peduli jika mereka diperbodohkan.
Buktinya ialah tidak ada yang menjerit ketika itu, tidak ada yang meninggalkan majlis dan semuanya terus akur seolah-olah tidak ada apa yang tok guru lakukan. Mereka tolon yo apo yang Tok Guru hamburkan.
Bukankah masih ada perbandingan yang waras atau lunak untuk melanyak UMNO/BN, kerajaan dan BR1M. Umpamanya dia boleh mengatakan penerima BR1M adalah seumpama peminta sedekah. Atau untuk lebih keras lagi penerima BR1M adalah seumpama pengemis jalanan yang tidak ada maruah. Pemberi BR1M adalah umpama menggalakan rakyat menjadi pemalas atau pemberi BR1M menggalakkan budaya pengemis. Semua itu samada pemberi atau penerima masih lagi manusia dan bukannya binatang.
Namun kiasan di atas tidak ada dalam kamusnya mungkin disebabkan oleh kerana terlalu marah. Lalu kiasan dan perbandingan yang tidak masuk akal dibuatnya iaitu ayam dan lembu. Benang yang sudah basah sukar untuk ditegakkan. Inilah yang berlaku. Pusinglah dan putarlah ikut manapun itulah yang dia katakan dan didengar oleh lebih 1000 orang ketika itu.
Kata orang terlanjur kata buruk padahnya. Ini bukan kali pertama dia mengeluarkan kenyataan yang mengundang kontroversi, sejak 40 tahun dahulu mungkin sudah beribu kali dia tersasul. Nak minta maaf?? lupakan.. tiada dalam kamus dia perkataan maaf.
Hairanya puak-puak pencacai mengatakan dia tidak berkata begitu, puak pencacai suruh dengar baik-baik video dia. Puak pencacai mengatakan itu semua putar dan belit UMNO/BN. Anihnya pulak ada pencacai yang mengesahkan kenyataan dia termasuklah Azhar Idrus mempertahankan pulak kenyataan dia.
Dia sendiri apabila ditemu ramah oleh TV dua hari kemudiannya, masih mempertahankan kenyataan dia itu. Malah Hj Hadi juga turut menyampuk dan bersetuju dengan kenyataan dia, dan Hj Hadi tambah lagi dengan perkataan 'bodoh'. Kemudian Hj Hadi umpamakan pula dengan Firaun.
Dah, kalau Hj Hadi sudah mengiakan, Azhar Idrus sudah mengiakan dan dia sendiri mempertahankan kenyataan dia, apa perlunya puak-puak pencacai pulak yang sibuk-sibuk mengatakan semua itu fitnah UMNO/BN. Terima jelah dan tengoklah daripada 400,000 penerima BR1M dari Kelantan tersebut berapa ramai kelak yang masih kekal dan bersetuju diumpamakan dengan binatang ayam dan lembu.
Sama-sama kita tengok kesannya nanti. Jika Kelantan jatuh ke tangan UMNO/BN maka maknanya rakyat bersetuju dengan skim BR1M ini. Mereka tidak kisah walaupun Pas menyamakan mereka dengan haiwan.
Ini pantun yang dikirim oleh Cucu Atok, Jokiden ambil dari SMS Utusan Malaysia:
Dalam rumah ada kelambu,
Dalam kelambu ada orang,
Tak kira ayam atau pun lembu,
Orang Pas yang ramai isi borang.

Takut-takut lepas ni dia keluarkan fatwa baru pulak iaitu sesiapa yang telah mengambil BR1M adalah 'haram dan berdosa' dan untuk menebus dosa tersebut mereka kena kembali mengundi Pas.. hahaha.. boleh blako!!!
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment