Wednesday, February 27, 2013

Ini Belum Betul-betul Tipu...Ini Baru Acah-acah.. Tunggu!!!!


  

Akhbar dan blog melaporkan bahawa Nuar Brahim selaku Kotuo UMUM, melahirkan rasa ketidak-puashatian terhadap manifesto pakatan yang diumumkan semalam. Dia berpendapat manifesto itu tidak mampu menumbangkan UMNO/BN.
 
Nuar akan mengkaji semula manifesto berkenaan dan akan menunggu pula manifesto BN supaya dapat dibuat pengubahsuaian dimana perlu nanti. Maknanya dia nak meniru apa yang UMNO/BN akan lakukan lah.
 
Menipu ini memang kerja utama pembangkang. Penipuan dalam manifesto PRU12 dulu belum reda sudah mahu pula membuat penipuan yang baru untuk PRU13. Yang dibentangkan semalam sudah tentu hanya untuk melihat respon rakyat. Segala maklum balas akan dikaji dengan teliti dan tidak mustahil Manifesto baru yang lebih menipu akan dikeluarkan kelak.

Jika  kad keahlian PKR atau DAP boleh digunakan di mana-mana PLaza Tol, maknanya tidak adalah rancangan untuk menghapuskan tol. Plaza tol akan terus beroperasi dan sesiapa yang menjadi ahli DAP atau PKR akan melalui tol tanpa perlu membayar dan hanya menyintuh kad sahaja.

Rakyat yang tidak menjadi ahli DAP dan PKR seperti biasalah, terpaksa juga membayar tol. Berapa banyak wang yang bakal disediakan oleh pakatan untuk menampung tol ahlinya setiap hari kelak.?? Nasib rakyat dan pengguna tol yang lain terbiar juga. Tipu betul..

Tidak ada langsung rasa malu dan rasa bertanggung-jawab apabila membuat manifesto yang menjanjikan itu ini, menghapuskan itu ini, menutup itu ini dan segala-galanya percuma. Hebat sangat ke pakatan ni. Sejarah telah membuktikan bahawa segala janji pakatan bukanlah untuk ditepati, sebaliknya untuk mengaburi mata sahaja.

Terbuailah minda orang Melayu Pas Pulau Pinang dengan pertambahan peruntukan agama Islam setiap tahun. Meningkat dari RM16 juta, RM24 juta, RM33 juta sehingga RM64 juta. Dijajalah ke seluruh negara oleh pencacai Pas tanpa rasa malu sebaliknya dengan penuh bangga dalam setiap ceramah mereka mengatakan kerajaan DAP sangat perihatin dengan agama Islam. Hahaha... ramailah pula yang menyahut takbir apabila isu itu disentuh.

Agenda halus DAP tidak mahu mereka fikirkan atau renungkan sebaliknya asyik memuji pemerintahan LGE adalah yang terbaik di dunia ini. Ishh..ishh..ishh malunya puak-puak pakatan ini.

Tidak syak lagi apabila semua maklum balas diterima nanti manifesto ini bakal dirombak semula atau akan dibuat tempelan di sana sini bagi mencantikkannya.

Hj Hadi yang bersemangat sangat dulu yang mengatakan jika sekongkolan ini merugikan Pas maka Pas tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan pakatan. Nak tinggalkan macam mana, Bas dah beli, poster dah cetak, treler dan berjalan dan gambar Nuar sudah terpampang di dinding treler, mana boleh berpisah.

Oleh kerana pemertabatan Islam tidak terdapat dalam manifesto tersebut, maka wajarlah Hj Hadi mengotakan kata-katanya untuk keluar daripada pakatan. Kok ditunggu pun tak ado apo faedah eaa doh, baiklah cabut dan bertanding sendirian.  Untung sabut timbul, untung batu tongolam.

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment