Oii melalak lah pulak Hj Hadi semasa menyampaikan ucapan di Konvensyen Pakatan kali ke 4 serentak dengan perasmian 'Manisfeto Untuk Menipu' di Shah Alam dengan mengatakan Firaun juga sudah memberikan BR1M sejak 6,000 tahun dahulu.
Dua hari sebelumnya dia melalak lagi di Terengganu dengan mengatakan penerima BR1M adalah orang bodoh. Sesuai ke ulama bercakap terjerit-jerit ni, kok Mat Sapu lainlah..
Tuan Guru Hj Hadi ini sudahkah menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan oleh Cikgu Non yang mengajar abc tersebut. Ada beribu-ribu pertanyaan yang dia kena jawab. Jika dia tak mampu atau tidak mahu menjawab segala perkara yang dibangkitkan oleh cikgu abc itu memadailah dia menjawab perkara pokok sahaja iaitu satu soalan cepumas cikgu abc, "Kafirkah aku??"
Cikgu Non bertanya apakah dia menjadi kafir kerana masih mempertahankan amanat Hj Hadi kerana asas kepada doktrin tersebut ialah kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC. Dia berpegang sungguh-sungguh dengan amanat itu.
Kini dia ingin tahu kedudukan dia setelah Pas menghalalkan kerjasama dengan musuh Islam iaitu DAP. Dia keliru, dia tiada kepastian dan dia mahu Hj Hadi berkata sesuatu.
Atau apakah dia menjadi kafir kerana sudah tidak lagi berpegang kepada amanat Hj Hadi. Apakah dia menjadi kafir setelah dipecat dari Pas. Bingung dia, dia keliru, maklumlah dia cuma guru yang mengajar abc. Dia mohon bantuan Hj Hadi untuk membuat keputusan.
Ikut manapun dia merasakan dia berada dipersimpangan. Dia rasa dia tidak betul jika meninggalkan amanat tersebut. Dalam masa yang sama dia juga merasakan dia tidak juga betul sekiranya ingin terus berpegang kepada amanat tersebut.
Jadi sebelum Hj Hadi memekik-mekik tentang soal lain eloklah dia putuskan soal akidah pengikutnya yang masih ramai yang keliru termasuk Cik Non abc. Jawablah tuan Guru.
Atau Tuan Guru hendak menjawab secara selamat iaitu " soal kafir atau tidak kafir ini bukan saya yang menentukan, ini hak Allah swt.. begitu juga soal syurga dan neraka bukan hak saya atau Pas atau mana-mana makhluk untuk mementukannya. Ia hak mutlak Allah swt."
Tidak perlulah Hj Hadi terayu-rayu nak minta diberi peluang sekali lagi. Rakyat dah bagi dah Terengganu pada tahun 1999, mala petaka jadinya. Tercatat dalam sejarah betapa rekod terbanyak lesen menebang balak di keluarkan dan menjalar kereta mercedes exco ketika itu.
2008 rakyat dah bagi peluang dah pakatan yang tidak bijak memerintah ni untuk memerintah Penang, Selangor dan Kedah. Hancus semuanya. Namun biasalah bila tidak reti menari maka dikatalah lantai jungkang jungkit, nak mengaku kelemahan sendiri jauh sekali.
Terburuk rasanya apa yang berlaku di tiga negeri tersebut. Balak tanpa kawalan, bukit bukau menjadi gondol, lombong pasir menyebabkan beratus buah tasik buatan wujud. Rakyat terpinggir di Pulau Pinang dengan dasar-dasar DAP yang masih berkiblatkan perkauman. Ladang babi terbesar di Asia. Pusat hiburan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Selangor dan Kedah. Malu..malu..malu..
Apa yang pakatan tuduh UMNO/BN lakukan dulu kini semua perkara itu mereka pulak yang melakukannya tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa malu. Kini buat lagi manifesto baru, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menipu rakyatlah tu. Berhentilah menipu ni.. Tak baik..
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
PERISYTIHARAN 8-JANUARI-2013 MASIH TERNGIANG-NGIANG DI TELINGA....NON-MUSLIM DIBENARKAN GUNA KALIMAH "ALLAH" DALAM BIBLE....ALLAH JESUS-ALLAH MARY-ALLAH ROHUL QUDUS-ALLAH TIGA BERANAK....KTONG KTONG KTONG
ReplyDeleteHati;hati pegang senapang tu nanti tertembak burong sendiri pulak....
ReplyDeleteyang menulis ni sah sah baca dan dengar berita tak habis .. so jadi camni ler... pencacai ke??
ReplyDelete