Thursday, February 28, 2013

Jika Terlupa Saya Tolong Ingatkan.. Saya Benci Kerajaan Ini..



 
 
 
Deepak kantoi ... Haramjadahkah menipu... elok latu .. sama2 sengal...

dengar pula apa kata lawyer altantuya.. 
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ax-Hxhz-JNs

Ada orang boleh disuruh itu ini. Ada orang tidak boleh. Ada orang boleh dibeli dengan wang ringgit sebagai upah samada untuk melakukan sesuatu yang betul atau yang salah.  Ada orang boleh dipaksa dan ada orang memang tidak makan saman.
 
Buktinya dalam video di atas Datuk Zulkifli Nordin, tidak mahu langsung apabila dipaksa oleh Nuar supaya merekasaya sesuatu untuk mengaitkan PM dengan pembunuhan model Monggolia Altantunya.
 
Sementara dalam potongan akhbar di atas pula atas sebab-sebab tertentu ada pula orang yang sanggup membuat cerita yang dia sendiri tidak tahu atau tidak pasti.
 
Jika diikutkan logik akal pula, naluri seorang wanita rasanya tidak akan berani untuk pergi sejauh 3 kilometer ke dalam hutan semata-mata hendak menyaksikan orang meletupkan orang.
 
Ada  orang suka membenarkan dirinya untuk mempercayai sesuatu yang tidak betul dan dia seboleh-bolehnya ingin orang lain juga seperti dia mempercayai benda-benda yang tidak pasti.

Mempercayai sesuatu yang mistri, yang tidak jelas adalah hero, sebaliknya mempercayai yang benar adalah macai, tak hebat, tak bahagia. Ada orang macam ni di negara ini.
 
Ada orang seperti Cikgu Bad, suka membuat andaian-andaian dalam ucapan dia yang menjurus kepada kehendak hatinya dan membiarkan pendengarnya membuat keputusan seperti yang dia inginkan.
 
Kembali panasnya isu Altantunya ini setelah kali pertama ianya dimainkan pada PRK Ijuk dulu menunjukkan bahawa puak pakatan mengharapkan darjah kebencian terhadap PM dan keluarga akan kembali segar.
 
Jokiden sudah menyebut sebelum ini, jika mengikut gaya mereka membawa isu ini seolah-olah mereka memang berada di tempat kejadian, mereka layak menjadi saksi atau mereka sudah cukup bukti  untuk memenjarakan PM dan isteri. Jangan jadikan alasan takut pada polis, pada AG atau pada hakim. Berceramah tidak takut pulak. Mengajak orang supaya membuat keputusan yang PM bersalah tidak takut pulak mereka.
 
Menjerit-jerit ke arah polis dengan pelbagai provokasi seperti malam tadi tidak takut pula. Untuk tampil ke balai polis dengan bukti-bukti slide takut pulak. Jokiden juga sudah sebut jika ada cara mudah Nuar nak ke Putra Jaya kenapa pilih jalan berliku.
 
Mengangkat-angkat bukti atau kertas atas pentas, goyang-goyangkan, itu semua cara Nuar sejak dahulu. Pada hal yang dia goyang-goyangkan itu cuma kertas kosong. Dia tipu je. Dia tipu telifon orang itu, orang ini.. tipu je. Macam dia buat manifesto.. itu tipu je..
 
Malam tadi Jokiden mengikuti 'ceramah' PI Bala ni. Dia juga akan ke KB, JB dan KK. Semasa mendapat bayaran daripada Razak Baginda dulu pandai pula dia menyuruh RB supaya membuat laporan polis bila diancam oleh Altantunya. kini dia kenapa tidak membuat laporan dengan bukti-bukti yang ada. Dia ada Suresh, dia ada Deepak, dia ada cikgu Bad dan ramai lagi yang boleh menjadi saksinya nanti.
 
Kes ini telah terlalu lama berjalan dan mewarnai politik negara. Rasanya tidak sesuai lagi ia diulang tayang. Yang bersalah telah menerima hukuman dan menunggu proses rayuan. Jika nak mencari suspek baru, biarkan polis melakukannya dan bukannya cikgu bad atau PI Bala.
 
Bala ni cerita semua malam tadi walaupun tersangkut-sangkut. Dia jumpa Deepak, dia jumpa Nazir, dia nampak personaliti tv3, dia pergi ke Getah Asli, dia pergi ke Rawang, dia dapat RM20,000, dia dapat RM200,000 dan RM100,000 sudah berada dalam akaun isterinya dan bla..bla..bla..
 
Akhirnya yang Jokiden tidak sanggup dengar ialah apabila dia berkata "saya memang benci dengan kerajaan ini, saya memang benci sejak saya berumur 14 tahun.."    Oooo patutlah..lost my word.. 
   
"Sei memang menyampah kek kerajaan..."
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment