Rasanya sudah cukup SPR melakukan yang terbaik untuk menjamin proses PRU di negara ini berjalan lancar. Selama ini SPR berjaya mengendalikan Pilihanraya dengan berkesan dan ianya antara yang terbaik di dunia.
Namun puak pembangkang sentiasa menjadikan SPR sebagai kambing hitam dalam setiap kali pilihanraya terutamanya apabila mereka kalah. Pembangkang terbukti tidak mahu memberikan kerjasama kepada SPR. Pamirkanlah walaupun setahun daftar pemilih, mereka buat dek je, bukan mereka nak pergi menyemak pun.
Seorang Pengetua Sekolah menengah memberitahu Jokiden tidak beberapa lama dahulu "Jika SPR tidak menipu lama dah pakatan ini memenangi PRU dan memerintah negara ini.." Seorang yang berpengetahuan dan terdedah kepada maklumat, namun sedihnya itulah perkara yang dia percaya dan tertanam di dalam mindanya.
SPR sibuk memberikan taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihanraya, tanpa diketahui bahawa terdapat ramai penyokong pembangkang di hadapan mereka sedang mengikuti taklimat yang sama.
Mereka telah dilantik sebagai Pengurus dan Pen Pengurus, mereka di bayar elaun, tetapi mereka sebenarnya penyokong pembangkang. Mereka ini juga dibenarkan mengundi awal dan mereka ini jugalah yang bakal membawa segala cerita buruk tentang SPR. Ini telah berlaku sejak dahulu lagi terutamanya Pegawai dan Penolong Pengurus yang bertugas sebagai guru.
Kesian SPR. Dulu dituduh apabila kotak undi di bawa oleh helikopter dari kawasan pendalaman, sementara untuk sampai ke Pusat Pengiraan undi, maka heli akan berhenti di puncak gunung semata-mata untuk menukar peti undi. Kereta yang membawa kotak peti undi juga dituduh masuk ke dalam kawasan kelapa sawit dan di situ sudah tersedia kotak-kotak yang berisi undi untuk BN lalu ditukarkan. dan di bawa ke Pusat mengira undi.
Yang biasa menipu ialah mereka, sebab itu mereka sentiasa bimbang orang lain juga suka menipu. Yang biasa berbohong ialah puak mereka, sebab itu mereka ingat orang lain juga suka berbohong.
Yang tidak ada kredibiliti ialah puak mereka sebab itu mereka ingat orang lain juga tidak mempunyai harga diri. Maka dituntutlah supaya undi di kira ditempat mengundi di depan mata wakil mereka. SPR pun ikut dan laksanakan mulai PRU 1999. Adakah itu menyelesaikan masalah? Tidak juga.
Mereka akan menuduh lampu padamlah, aircond tidak berfungsilah. Dan dikatakan semasa lampu padam itulah petugas SPR akan menukarkan atau menambah undi-undi demi untuk kepentingan BN terutamanya undi Pos. Mereka membodohkan diri sendiri dan meletakkan tahap kecerdikan mereka di tempat paling bawah.
Padahal undi telah dikira ditempat mengundi dan pencacai mereka telahpun mengirimkan SMS kepada puak mereka menyatakan jumlah undi yang diperolehi oleh calon mereka. Di Dewan hanya proses penjumlahan undi sahaja lagi. Sebenarnya jumlah yang diperolehi calon sudah diketahui seawal jam 6 petang lagi.
Dikatakan juga apabila lampu padam, maka datang undi Pos maka calon mereka akan kalah. Pada hal lima enam peti undi Pos tersebut jika diberikan ke semuanya kepada puak mereka, BN masih menang dan majoriti masih besar. Mereka sengaja menimbulkan isu ini supaya SPR diragui ketelusannya. Memanglah pengikut mereka yang dikatakan 'cerdik' oleh Nuar tersebut akan percaya sepenuhnya.
Kesian SPR, 18 daripada 22 tuntutan puak mereka dipenuhi termasuklah jari kena calit dengan dakwat kekal, namun mereka masih tidak berpuas hati. Para pengundi kita semuanya mempunyai kad pengenalan, namun puak pakatan ingin kembali ke zaman jahilliah di mana jari perlu di calit seperti di India dan Indonesia.
Rupa-rupanya mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk mengkambing hitamkan SPR kelak. Ada jari yang telah tercalit dan mereka mampu membersihkannya dan dtg semula ke pusat mengundi setelah menanggalkan serban atau mencukur janggut lalu meminta kertas undi, sedangkan pada paginya dia telah mengundi.
Pastilah akan berlaku kekecohan di pusat mengundi nanti dan itulah yang akan mereka perbesar-besarkan supaya PRU dibatalkan. Mereka sudah tahu yang mereka hampir pasti akan kalah teruk kali ini, sebab itu sesuatu mesti dirancang selicin mungkin untuk menimbulkan keraguan. Pastilah SMS akan berlegar ke serata kawasan dalam tempoh yang singkat seperti yang berlaku di Sarawak di mana disebarkan bahawa mereka telah memenangi kerusi tertentu sedangkan jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Betul2 macam orang mabuk.
Penceramah pakatan ini hanya bijak membuat andaian iaitu terdapat pengundi hantu dalam daftar SPR. Tetapi apabila diminta menerangkan bagaimana 'hantu-hantu' tersebut boleh mengundi, mereka akan terkumat kamit dan gagal menjelaskannya. Begitu juga apabila diminta menerangkan bagaimana seseorang pengundi itu boleh mengundi berkali-kali, mereka juga tidak mampu menjelaskannya. Mereka hanya membuat andaian untuk penyokong dungu mereka.
Samalah di dalam setiap ceramah mereka, mereka akan membuat andai siapa yang menyuruh membunuh Altantunya, anak siapa yang dikandungkan oleh Altantunya, siapa yang mengarahkan mayatnya diletupkan... bla..bla.. semuanya menjurus kepada DS Mohd Najib atau DS Rosmah Mansur. Cara penyampaiannya seolah-olah dia berada di tempat kejadian itu.
Dah, kalau sudah yakin sangat dan nyata sangat yang PM terlibat kenapa tidak tampil membawa segala bukti tersebut ke muka pengadilan??? Kenapa mencari alasan lain pulak mengatakan polis di kawal, AG dikawal dan sebagainya. Bawaklah bukti itu, bawalah tv sendiri, bawalah wartawan dari dalam dan luar negeri, pergilah ke balai polis dan buat laporan.
Bukankah dengan cara mengheret PM ke mahkamah akan lebih memudahkan lagi Nuar nak menjadi Perdana Menteri. kenapa pulak Nuar memilih jalan berliku dan susah payah merekasaya segala fitnah sekiranya dia mempunyai jalan mudah.. Wahai Ambiga berhentilah jadi bega (Degil) hormatilah hak rakyat negara ini.
Kesian dengan SPR...
Di Port Dickson Petang tadi..
SPR siap sedia hadapi pelbagai kemungkinan pada PRU-13
LUMUT 24 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia berdepan pelbagai kemungkinan termasuk kekecohan atau proses perjalanan pilihan raya terganggu di pusat penamaan calon dan pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, cabaran mengurus pilihan raya kali ini berbeza kerana banyak perkara baharu akan dilaksanakan tambahan pula pilihan raya umum ini dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya', 'pilihan raya paling panas' dan 'pilihan raya paling sengit'.
"Banyak perkara baharu yang diperkenalkan akan dilaksanakan SPR pada pilihan raya kali ini yang merupakan pilot project seperti pengunaan dakwat kekal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Taklimat Ulangan kepada Pengawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus bagi negeri Perak di Segari di sini.
Beliau berkata, kekecohan atau proses pengundian boleh terganggu berhubung penggunaan dakwat kekal sekiranya pemilih tidak mematuhi peraturan atau undang-undang pilihan raya.
Ada beberapa keadaan yang menyebabkan pemilih tidak akan diberi kertas undi antaranya tidak mahu menunjukkan jari untuk diperiksa, tidak membenarkan jari dicalit (dengan dakwat kekal) dan jari telah dicalit dengan dakwat kekal, katanya.
Wan Ahmad berkata, elemen penggunaan dakwat kekal adalah wajib dan merupakan antara perkara penting yang perlu difahami semua parti politik dan rakyat.
Beliau berkata, sesiapa yang mengganggu kelancaran proses pilihan raya atau mencetuskan kekecohan serta menghalang proses itu di tempat pengundiaan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) iaitu didenda RM1,000 dan dipenjara.
"Jangan dengar ajaran songsang yang berfikiran mahu melakukan sesuatu yang boleh mengganggu gugat keadaan di tempat pengundian. Hak kita sebagai pengundi mesti dilaksanakan dengan masuk ke tempat mengundi, mengundi dan lepas itu keluar dari situ. Matlamat SPR adalah untuk mewujudkan proses pengundian yang lancar dan aman," katanya.
Beliau berkata, banyak penambahbaikan yang dilakukan SPR dalam usaha mewujudkan pilihan raya bersih, lancar dan aman antaranya penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen lebih 11 hari serta pelantikan pemerhati bebas pilihan raya yang mempunyai akses ke tempat pengundian dan memantau aktiviti kempen.
Selain itu, Wan Ahmad berkata, berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan dua hari lepas, Perak mempunyai 1,397,279 pemilih dengan 778 pusat pengundian termasuk pusat pengundian awal serta 2,667 saluran mengundi. - BERNAMA
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment