George Bush didapati bersalah
KUALA LUMPUR 11 Mei - Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang bersidang hari ini memutuskan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush bersalah atas kesalahan melakukan jenayah perang dan penyeksaan terhadap tahanan perang di Iraq dan Afghanistan.
Selain Bush, tujuh individu lain iaitu bekas Naib Presiden AS, Richard Cheney; bekas Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld; peguam kepada Presiden Bush, Alberto Gonzales; Penasihat Utama kepada Naib Presiden, David Addington; Penasihat Utama kepada Setiausaha Pertahanan, William Haynes II; Penolong Peguam Negara, Jay Bybee; dan bekas Timbalan Penolong Peguam Negara, John Choon Yoo turut didapati melakukan kesalahan serupa.
Para panel hakim diketuai Presidennya yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Lamin Mohd. Yunus membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan Bush dan sekutu-sekutunya melampaui keraguan munasabah sepanjang sesi pendengaran mulai Isnin lalu hingga hari ini.
Jokiden terkeluar dari suasana politik semasa untuk seketika. Namun posting ini masih berkaitan dengan politik dan kuasa juga.
Semalam kita agak terkejut juga apabila Presiden Obama telah melahirkan sokongan terbuka kepada perkahwinan sejenis. Lantak dialah.
Suatu ketika dahulu manusia yang paling berkuasa atas muka bumi ini iaitu GW Bush dan sekutunya Tony Blair The Lier telah mengada-adakan alasan untuk menyerang Iraq. Dunia menyaksikan berlakunya kekejaman yang tiada tolok bandingannya dan hari ini dunia juga mengakui bahawa alasan WMD hanyalah rekaan Bush dan Blair.
Suatu ketika dulu juga jika Bush pergi kemana sahaja dalam dunia ini dia akan disambut dengan demontrasi, tanda protes, waima dia pergi ke Israel negeri sahabat karibnya sekalipun. Di Thailand dia disambut dengan demo, begitu juga di Singapura dan Indonesia.
Satu-satunya negara di dunia yang menyambutnya tanpa demontrasi dan protes ialah Malaysia, negara yang diperintah oleh BN dan diketuai oleh UMNO. Panjang juga kisah ini. Malangnya Bush tidak memijakan kakinya di bumi bertuah ini.
Sekarang negara hebat ini telah membicarakan Bush. Dia di dapati bersalah dan dia dibenarkan merayu. Jadi apa lagi tunggu, Ambiga atau Lim Chee Wee sila ambil perhatian.
Posting ini untuk arkib Jokiden atas dasar menghargai peranan mantan Perdana menteri, mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kepada UMNO mereka menyandarkan harapan..
Jasa mu dikenang..
Bilalah puak pencacai pembangkang nak spin kenyataan Tun M ni tentang Tun mengakui kehadiran bersih3 sebanyak 250,000 orang??
No comments:
Post a Comment