Tuesday, May 8, 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan Kena Rujuk Dulu Ambiga..Nik Aziz

Itu dulu, kini boleh belako!!!
 

Tak tahu kenapa Jokiden cepat sangat sensitif dengan apa yang dikatakan oleh Nik Aziz. Wartawan pulak suka sangat mendapatkan komen atau bahan berita dari dia. Sebabnya semakin banyak dia bercakap semakin jelas ketersasaran beliau.

Terkini ada ke patut dia mintak Majlis Fatwa Kebangsaan rujuk terlebih dahulu Ambiga Penganjur Bersih dan dapatkan keterangan lanjut, sebelum membuat sebarang fatwa. Ish..Ish..Ish..Baca kenyataan media dia di bawah seperti yang disiarkan oleh Akhbar Sinar harian dan dipetik oleh Blog Panglima Perang Cyber.

 
"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya," kata beliau.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka "suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"
Malah, soal beliau, pernahkah Majlis Fatwa Kebangsaan memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara.
"Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar prokerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur Bersih 3.0 sebelum membuat pertimbangan.
"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.
Nik Abdul Aziz menambah, huru-hara tercetus apabila perhimpunan yang diadakan dihalang.
"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.
"Jika Bersih berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?" kata beliau.

Nik Aziz ni pura-pura tidak tahu, salah maklumat atau sengaja cari pasal. Pertamanya daripada lapan tuntutan bersih, 7 sudah diterima oleh SPR, tunggu proses perlaksanaan saja lagi. 7/8 dan hanya satu yang belum diterima takkan masih tak berpuas hati.

Duduk, diam, bantah memang beradap dan aman, tetapi setelah dihasut oleh Nuar, Azmin, Cikgu Bad, Tian Chua dan ramai lagi pemimpin pakatan haram perasuah serta rakus kuasa, maka mana ada duduk diam lagi?? Mana ada aman setelah menerima isyarat??? Dia ni tak tengok video kot..?

Keduanya seperti orang lain dia juga percaya wujud pengundi hantu dan penipuan dalam pilihanraya. Jadi Kelantan kekal di bawah PAS selama 22 tahun soheh dengan bantuan pengundi hantu. Hantu juga akhirnya bosan, fade up, muak. Tunggulah dalam PRU13 kelak 'hantu' tidak mahu lagi mengundi PAS dan akan mengundi BN pulak.

Ketiganya apakah keperluan Majlis Fatwa terpaksa pula mendapatkan penjelasan daripada penganjur bersih iaitu Ambiga yang menyokong murtad dan menyokong LGBT?? Mahir sangatkah Ambiga ni dalam soal agama dan hukum hakam?? Kalau diminta penjelasan dari Ambiga tentulah Ambiga mengatakan yang baik-baik sahaja tentang bersih. Lagipun Majlis Fatwa tidak merujuk secara total kepada   penganjuran bersih. Yang dirujuk ialah demontrasi jalanan, contohnya bersih3. itu saja.

Keempatnya perhimpunan di dataran Merdeka tempoh hari patut sangat dihalang, kerana ianya jelas melanggar perintah mahkamah. Kalau di Stadium siapa nak halang??

Kelimanya, di Gua Musang itu barulah dinamakan contoh, datang duduk dan dengar. Tak ada siapa nak menimbulkan hura hara dan penyokong juga tidak dihasut untuk merempuh sesiapa. jadi amanlah. Kenapa itupun tidak mahu faham. Kalau hari tu Tengku Razaleigh Hamzah menghasut penyokongnya supaya memusnahkan segala perkampungan orang asli yang ada di situ, barulah polis akan bertindak. 

Keenamnya, hukum perhimpunan Presiden UMNO di Gua Musang dan RTC, samalah hukumnya dengan ribuan perhimpuan yang PAS, DAP dan PKR adakan sepanjang masa dan sepanjang tahun. Umpamanya perhimpunan di Kota Baru bulan lepas, perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam, perhimpunan HJ Hadi di Terengganu yang disertai oleh Kadiaq dan perhimpunan lain yang dianjurkan oleh Nuar di seluruh negara. Sama dari semua segi dan sama matalamat.  

Banyak sangat dah kepincangan Kerajaan Kelantan dimana rakyat tidak mendapat pembelaan selama 22 tahun, sebab itu kerajaan Kelantan perlu ditukar kepada kerajaan BN. "salah apa..??" Memanglah ada yang sentiasa bahagia di bawah pentadbiran PAS, soalnya isu airpun dah lama sangat berlarutan dan kerajaan negeri yang gagal mentadbir hanya asyik  menyalahkan Kerajaan Pusat sahaja. Tak ada duit dah bagi duit, duit ambil, tapi  projek entah kemana. Dalam duniapun dah tak berapa ramai lagi dah pemimpin terus ingin memimpin apabila usia melebihi 80 tahun. Mandela pun berhenti.


Related Story:





"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

2 comments:

  1. Bertahun jadi MB tak tahu apa itu demokrasi. Apa jadi MB saja saja di lantik atas ke kalifahan ke?

    Cara beradab yang di benarkan ialah di DUN dan Dewan Rakyat.

    Dah lah bersuara dan jadi MB atas asas demokrasi. 20 tahun memerintah Kelantan masih tak faham demokrasi. Yang jelas antara PAS sibuk DemoKeras Anu sesama sendiri. Itu prinsip demo keras yang PAS faham.

    Macam ugama mereka ambil separuh separuh yang mengikut nafsu mereka umpama Yahudi dalam demokrasi pun ambil separuh separuh juga.

    Orang jahat ni selalu umur panjang hehehehe tapi otak makin nyayuk.

    ReplyDelete
  2. lebih 20 thn pas dpt menang kat kelantan sebab pengundi hantu dan undi pos.. sila kaji.. Spr da kene beli ngan pas.. pengerusi spr tu ahli pas seumur hidup.. sbb tu sblum ni klantan memang takkan dapat kat bn.. tp la ni, depa da suh bersihkn spr dan pilihanraya, nampak gayanya kat kelantan ada peluang bn menang.. hahaha... try to think otherwise.. asyik menuduh org, tp muka da depan cermin pun tak nampak lagi ada taik lalat, asyik duk picit jerawat jek.. haha.. peace~

    ReplyDelete