Tuesday, May 8, 2012

Durian Runtuh!!! FELDA Disaman Lagi..

Felda Jengka 8..8/5/12

Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bonus kepada peneroka Felda dan juga kepada kakitangan Felda  hari ini. Ianya disambut dengan tepukan gemuruh oleh sebahagian yang sempat hadir sebanyak 50,000 orang.

Sok sek pembangkang telah mula kedengaran dan komen-komen negatif telah berlegar di alam maya. Ada yang kata, mana nak cari duit RM1 billion lebih tu. Setengahnya kata RM15,000 tu sikit sangat, sepatutnya setiap peneroka dapat RM50,000. Semua itu telah dijangkakan kerana mereka semuanya terdiri daripada spesies yang tidak bersyukur dan tidak pernah merasa puas. Buatlah apapun, sebaik manapun mereka tidak akan berpuas hati.

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah peneroka yang membawa kes ke mahkamah tersebut yang berjumlah 8 orang. Mereka dalam delima, nak ambil salah tak ambil rugi pulak. Telan mati mak, luah mati bapak ni..

Tak ambil nanti RM15,000 bukannya sikit, nak ambil rasa malu pulak bila PM cakap sebaiknya mereka tak yah ambil kerana mereka menentang penyenaraian tersebut. Menentang satu hal, menghasut peneroka lain supaya menentang lagi satu hal. Ish..Ish..


Tergadai...tergadai..tergadai.., tergadai tanah peneroka... itulah modal hasutan mereka. Dia ingat senang-senang ke kerajaan nak gadaikan tanah orang..  Punya susah payah kerajaan nak menjaga warga Felda ni, dengan mudah je pulak nak digadaikan..Tak masuk akal langsung..

Tapi mereka ini kaki pusing, nanti mereka pusinglag sama seperti kes BR1M, kutuk, maki, caci, rasuah, haram, tetapi mereka sapu jugak. Mereka akan berselindung di sebalik slogan.."Itu hak mereka.." Samalah dengan kaki tangan kerajaan yang mendapat segala imbuhan tetapi pada masa yang sama menikam kerajaan dari belakang atas alasan itu hak mereka.

Jadi kita mungkin dengar kumpulan 8 orang tersebut mungkin menyaman Felda lagi kerana terpengaruh dengan hasutan bahawa mereka sepatutnya dapat RM50,000.00 dan bukannya RM15,000.00. Saman jangan tak saman.  Hahaha.. 




"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment