Saturday, May 12, 2012

Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju..Muktamad..Faham Tak???

Tak reti bahasa kah..?? berapa kali saya mahu cakap??


Malam ini Kapal Sinki muncul lagi di TV. Kata-katanya bukan sahaja memedihkan hati penyokong PAS tetapi juga memedihkan hati penyokong UMNO. Walaupun kenyataan dia menempelak Hj Hadi, namun orang Islam merasakan Kapal Sinki juga sebenarnya menghina Islam.

Tetapi perbuatan Kapal ini mungkin dimaafkan oleh puak PAS kerana Kapal Sinki bukan Islam dan 'dia tak faham Islam', walaupun dalam dolak dalih puak PAS mereka mengatakan Kapal Sinki dan pemimpin tegar DAP yang lain 'sudah faham Islam.'

 hudud

Buatlah apa alasan sekalipun, kemukakan apa hujah sekalipun untuk meringankan sedikit kebencian terhadap Kapal ini, hakikatnya ialah beliau terus terang menolak Islam. "Oklah Kapal menolak Islam sebab dia bukan Islam, ini yang mengaibkan ialah orang UMNO menolak Islam.." Ayat tersebut selalu sangat diulang-ulang oleh puak PAS.

Dalam media statemen tadi jelas Kapal mengingatkan Hj Hadi, bahawa tidak ada perbincangan dan persefahaman tentang hudud antara pakatan pembangkang. Jelas kapal menjadi hero DAP.

Di satu pihak lagi, Hj Hadi dan Nik Aziz akan menyanyikan semula isu hudud ini menjelang pilihanraya. Semua faham tu, Kapal faham, LKS faham, LGE faham, LKY faham, Nuar pun faham. Lalu Hj Hadi dan Nik Aziz muncul pula sebagai hero puak PAS. Seperti yang Hassan Ali pernah dedahkan.. akur dulu.. yang penting Putra Jaya...

Apakah mereka ini sebenarnya berlakun??? Dalam lakonan tersebut DAP mestilah dilihat sebagai pihak yang mesti menang. Tidak mengapa, biarkan mereka berlakun. Cuma cara Kapal mengherdik Hj Hadi adalah keterlaluan. Kapal mengunkit-ungkit kisah lama, persetujuan lama, persefahaman lalu dan mengingatkan bahawa mereka 'telah bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan perlaksanaan hukum Islam sekiranya memegang kuasa kelak. Siapa sebenarnya yang mereka hendak bodohkan ini..??

Memutar belitkan ayat, yang mudah jadi susah, yang lurus jadi bengkok. Cakap berpusing-pusing. Cara penyampaian dalam ceramah juga begitu. Pokoknya ialah DAP tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud dan PAS juga sebenarnya tidak ingin untuk berbuat demikian. Isu hudud timbul ialah untuk mengekalkan undi kepada PAS sahaja. Untuk mengkaburi mata, PAS pindalah sedikit sebanyak enakmen di Kelantan, Kedah dan Terengganu, namun apa yang penyokong mereka dapat???

Yang menimbulkan masalah ialah setiap kali Kapal membuka mulut, mengherdik Hadi samada wajahnya mencuka atau tersenyum selamba, Hj Hadi terus akan tertunduk, tergamam dan bisu. Bila tersedar kembali mulalah dia akan fokuskan kepada "itu semua salah UMNO dan putar belit media UMNO." Itu sahaja yang dia mampu lakukan dan secara tidak sedar dia juga menjadikan Kapal Sinki sebagai Hero.

Pernah kah kita dengar Kapal mengherdik Presiden dan Timbalan Presiden MCA??? Pernah dia maki hamun Presiden Gerakan atau Presiden PPP?? UMNO pernah juga dia herdik sekali sekala. Namun yang sepanjang masa mengatakan UMNO ini begitu, UMNO ini begini ialah PAS dan PKR.

Walaupun Hj Hadi mungkin boleh menerima herdikan Kapal, LGE dan LKS, namun sebahagian besar orang Melayu sukar menerimanya lebih-lebih lagi yang menghubung kaitkan Islam. Seruan untuk kesekian kalinya Tuan Guru Hj Hadi Awang, bawalah penyokong dan ahli PAS bersatu dengan UMNO menjelang PRU13 ini. Biarkan PKR dan DAP terkincit-kincit. Kemudian mintaklah jawatan Menteri ke, Exco ke, GLC ke selepas PRU13 nanti. Ini bukan dari hati Jokiden seperti yang pernah disuarakan dulu, ini hanyalah semata-mata strategi politik untuk survival Melayu dan Islam di negara ini. Jangan kemukakan banyak sangat syarat atau bertarunglah dalam PRU13 kelak tanpa bai'ah. Boleh bai'ah tetapi bukan menceraikan isteri. Boleh cerai isteri, tetapi bukan talak tiga..Cari yang lebih logik sedikit. 

Keluar dari pakatan haram sekarang supaya tidak dituduh sebagai menikam dari belakang kelak. Jika perlu mandat ahli, ada masa lagi untuk memanggil persidangan atau muktamar luar biasa dan kemukakan usul.

Cubit paha kiri paha kanan sakit juga. Sebusuk-busuk daging, dicecah dimakan juga.


No comments:

Post a Comment