PART ONE
Hantu sedang membuang undi, tak siapa nampak..cuma kamera boleh rakam
Setiap kali tibanya pilihanraya di negara kita ini banyak isu ditimbulkan bagi menyemarakkan mood pengundi dan ini dilakukan untuk mengubah pendirian pengundi supaya berpihak kepada mereka. Mengapa isu ditimbulkan? Salah satu sebabnya ialah bagi menutup sebanyak mungkin kudis atau kelemahan parti yang bertanding tidak kira dari kalangan BN mahupun pembangkang.
Antara isu yang menarik untuk dijadikan modal kempen ialah isu hudud dan pengundi hantu. Dalam PRU kemampuan pemimpin untuk pergi kemerata tempat adalah terhad. Sebab itu jentera di peringkat kawasan masing-masing adalah penting. Isu ditimbulkan dan dijawab. Jika gagal menjelaskan akibatnya pengundi atas pagar akan memberikan undi kepada pihak lawan dengan andaian isu yang ditimbulkan adalah benar.
Bagi penyokong totok atau tegar sesebuah parti, sebarang isu selalunya tidak beberapa berkesan untuk mengubah pendirian mereka. Ceritalah pasal skandal sex Nuar atau Azmin sampai tak cukup kertas, penyokong totok tidak akan mengubah pendirian mereka sebab mereka mempunyai alasan lain kenapa perlu menyokong Nuar, Azmin atau Nik Aziz.
Begitu juga penyokong setia UMNO/BN pembangkang boleh kutuk apa sahaja, cerita perkara benar atau fitnah, cerita pasal rasuah, kroni, kejam dan sebagainya, penyokong totok BN tetap akan undi BN kerana mereka mempunyai sebab lain kenapa mereka memilih BN.
Pengundi yang tidak berpihak, yang atas pagar, kata Hassan Ali ada sekitar 3 juta orang. Mungkin tak sampai kot. Mereka ini tunggu dan lihat. Mereka boleh memberikan undi kepada kiri atau kanan. Mereka bebas. Undi kepada pembangkang boleh, kepada BN juga boleh.
Yang boleh mengubah pendirian pengundi antaranya ialah faktor calon yang bertanding. Pengundi atas pagar tidak peduli, mereka ingin lihat calon dahulu. 40 tahun dahulu benar, jika BN letak songkok bertanding mewakili parti pun boleh menang. hari ini jangan wei!! nahas. Contoh jika Ummi Hafilda bertembung satu lawan satu dengan Azmin Ali di Parlimen Gombak, soheh Azmin akan menang selesa dan majoriti bertambah. Jika Hassan Ali pulak bertembung satu lawan satu dengan Azmin Ali di Parlimen Gombak, soheh Hassan Ali akan menang walaupun tidak selesa. Sebab-sebabnya... kita cerita kemudian.
Faktor saat akhir yang mempengaruhi pengundi atas pagar ini ialah rasa benci dan marah pengundi. Parti mana yang paling dibenci oleh pengundi atas pagar ini pada pagi hari mengundi, maka sah parti itu tidak akan mereka pangkah. Calon mana yang mereka lebih suka di pagi hari mengundi, soheh calon parti berkenaan lah yang mereka akan pangkah. Ada sesiapa yang boleh menjelaskan kenapa budak kecik yang tidak pernah berjasa kepada nusa dan bangsa, tidak pandai Berbahasa Kebangsaan selain daripada membuat rakaman video meneruis kamera teleponnya akhirnya tetiba je boleh jadi MP di Kelana Jaya. Ce citer..
Faktor sehari dua sebelum hari mengundi juga memainkan peranan. Parti mana yang dilihat oleh pengundi tidak bersungguh-sungguh pasti akan ditolak. Parti yang bilik gerakannya muram, pudar, tidak aktif juga boleh menyebabkan pengundi hilang selera untuk memberikan undi. Ini termasuklah kurang ceramah, kurang jamuan, kurang kunjungan rumah ke rumah dan kurang poster. Semua itu mamainkan peranan. Sebab itu Tayiiiiiippp Endorgan siap cat bas dalam kempennya. Parti yang bilik gerakannya ditutup sebelum daripada hari membuang undi soheh akan kalah.
Faktor di pagi hari mengundi juga turut melibatkan wang atau RM. Parti mana yang menyediakan duit minyak bagi pengundi luar berkemungkinan besar memperolehi undi. Cara duit minyak diberikan juga boleh memusingkan undi. Contohnya di bilik gerakan sesebuah parti yang terletak jauh sedikit dari pusat mengundi didatangi oleh pengundi luar, lalu minta duit minyak.. seorang petugas berkata dengan sopan santun, "pergi undi dulu..lepas selesai mengundi datang sini, kita bagi" Prosidur mungkin begitu tetapi kesannya mungkin berlainan. Dia pergi ke peti undi dengan hati yang bercampur geram, lalu memangkah parti yang satu lagi. Kemudian dia datang kembali dan giliran dia pula untuk tersenyum.. "Ok dah selesai.. meh duit minyak.." Petugas memberikan duit minyak, no hal punya tetapi parti sudah kehilangan satu undi. Ada juga kes pengundi tadi tidak datang kembali dan terus berlalu setelah membuang undi. Soheh jika itu terjadi undi dia telah pergi ke pihak lawan.
Petugas yang kasar di tempat menyambut pengundi juga menjadi faktor kepada pengundi atas pagar membuat keputusan. Sesungguhnya di pagi hari mengundi tersebut semua kelakuan, pertuturan, tindakan serta sindiran atau gurauan akan membawa kesan. Kita berurusan dengan manusia.
Jangan dilupkan faktor IT di pagi hari mengundi. SMS, Tweet, telefon bimbit dan Facebook pastinya memainkan peranan kali ini. Penghebahan berita palsu bertujuan untuk mempengaruhi pengundi di tempat lain akan berlaku seawal jam 10 pagi pada hari mengundi. Contohnya mereka sudah menang tanpa bertanding, calon lawan tak datang, calon salah isi borang, kita hanya perlu 25 kerusi sahaja lagi untuk ke Putra Jaya. Berita palsu ini boleh merebak dan berterbangan di alam masa dalam waktu yang amat singkat kelak. Ialah maxis pun akan buat duit pada pagi berkenaan.
Faktor takdir, juga akan dijadikan sms yang akan berlegar di pagi berkenaan untuk mempengaruhi undi pada saat akhir. jangan terkejut jika semua nombor telefon bimbit pengundi ketika ini semuanya sudah ada dalam data base parti-parti politik. Contohnya tak undi parti tertentu akan masuk neraka, tak undi PAS akan ditimpa bala, atau anak ditimpa bala.. maka dalam 10 minit sahaja penyedia rankaian telefon bimbit akan mendapat laba dan penghantar mesg benar-benar dapat bala. Satu sms kena 50 sen, jika hantar 10 sms bil sudah jadi RM5. Dijangkakan untuk tujuan PRU13 ini kelak sebanyak 4 billion sms akan dihantar atau diterima.
Berbalik kepada isu-isu yang sering dimainkan setiap kali menjelang PRU. Nampaknya isu hudud masih tetap relevan bagi mengekalkan sokongan orang lama di Kelantan. Apabila pengundi luar kembali pada pagi hari mengundi atau sehari sebelumnya mereka akan melihat suasana dan keterujuaan mereka ketika itu akan menentukan parti mana yang mereka akan pilih.
Selalunya pengundi luar dari Kelantan bila kembali akan memberikan undi kepada PAS. Mungkin Dr Awang Adik atau Tok Pa boleh mengesahkan perkara tersebut. Sebabnya??? kita cerita kemudian.
Isu pengundi hantu lebih merupakan isu se Nusantara dari Perlis hingga ke Sabah. Di tempat-tempat tertentu isu ini tidak diperbesarkan sangat oleh pembangkang kerana mereka juga terlibat dengan undi hantu ini. Mana kita pernah dengar isu pengundi hantu ditimbulkan Di Permatang Pasir, di Anak Bukit, di Bukit Bintang dan di Ipoh Timur? Kenapa mereka diam sahaja ditempat-tempat tersebut??
Pernah tak kita terfikir kenapa banyak kesilapan berlaku dalam daftar SPR??? Petugas SPR yang dilantik oleh SPR adakah semuanya jujur. Berapa ramai orang-orang dari parti pembangkang yang bertugas dengan SPR, samada secara kontrak mahupun sebagai kakitangan tetap. Apa peranan mereka di sana??
Bolehlah dikatakan isu pengundi hantu setiap kali menjelangnya PRU atau PRK adalah sesuatu yang wajib ditimbulkan. Jika tidak ada isu ini Pilihanraya tidak meriah. Ia samalah seperti isu lemang dan rendang semasa musim menyambut.......
IKUTI SAMBUNGAN PENGUNDI HANTU..PENGALAMAN JOKIDEN INI DI POSTING SETERUNYA KELAK. PART TWO.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment