Friday, May 11, 2012

Penghinaan Paling Dasyat Di Abad Ini....

Kesian dua-dua tak berani angkat muka bila kena sound dgn king. Terpeleot!
   

Jika lah PRU diadakan dalam waktu terdekat ini, bermakna PAS mengharunginya dalam keadaan paling hina. Yang menghina pula ialah rakan kongsi mereka DAP. Sebab itu sebelum tulisan ini pergi jauh, saya menyarankan kepada Presiden PAS dan keseluruh kepimpinannya..lupakan bai'ah dan bersatulah dengan UMNO tanpa syarat. Rakyat  pasti menyokong.

Jika persekongkolan dengan PKR pun penyokong boleh terima, apa lagi penyatuan dengan UMNO. Cumanya jangan banyak sangat syarat-syarat, bersatu dulu, bincang dari dalam. Seperti sekarang ini PAS terpaksa melupakan dulu perjuangan asal mereka, demi untuk mengejar kuasa dan demi untuk ke Putra Jaya.

Dapatkan Putra Jaya dulu, yang lain-lain boleh cerita kemudian. Itu pendekatan yang diterima pakai oleh PAS sekarang.

Ingatan harus diberikan kepada Hj Hadi dan keseluruhan ahli PAS bahawa DAP tidak akan sekali-kali membenarkan PAS berbuat sesuka hati dalam perkongsian kuasa tersebut. belumpun DAP mendapat kuasa penuh mereka telah sewenang-wenangnya menghina rakan kongsi mereka tanpa belas ihsan.

Apakah Hj Hadi selepas ini ingin menafikan bahawa beliau berkata begitu dan ingin mengatakan bahawa akhbar arus perdana tersilap lapor, atau itu semua fitnah UMNO??? Maruah.. maruah.. tuan Haji. Kapal Sinki bukan sahaja menghina Presiden PAS tetapi sebelum itu pernah menghina Nuar Brahim dengan menyarankan supaya Nuar segera bertaubat.

Nik Aziz juga pernah di hina oleh Kapal Sinki ni.. Insaflah wahai Presiden PAS, bawalah penyokong kepada penyatuan dengan UMNO dalam BN. Ia lebih baik dan lebih bermakna daripada terus-terusan menerima penghinaan daripada DAP. Merajuklah sekarang dan datanglah kepada UMNO.

Ini hanya saranan Jokiden, bukan kehendak hati Jokiden.  

"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Banyak blog telah mengulas petikan di atas, tetapi dalam bahasa kasarnya ialah Kapal Sinki seolah-olah berkata "Tak reti bahasakah, nak saya ulang-ulangkah.. jangan sebut pasal hudud..jangan sebut..jangan sebut.."

Apalah maknanya perjuangan, apalah maknanya kehidupan sekiranya menyebut pun tidak boleh dan tidak dibenarkan, apa lagi hendak melaksanakan. Cukup menghinakan apabila DAP menganggap apa sahaja yang Hj Hadi sebut semuanya merupakan retoriiiiiiiiikkkkk. Cabut Tuan Hj, cabutttttt!!!

Hassan Ali pernah berkata "Apalah gunanya Putra Jaya, jika air mata berjurai-jurai, Islam entah kemana, raja-raja entah kemana..."


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"

No comments:

Post a Comment