Tak sanggup tengok gambar ni..
Hahaha..akhirnya muzakarah menemui titik nokhtah. Rasa seronok lah pulak Jokiden dengan pembatalan muzakarah antara UMNO dengan PAS ini. Nik Aziz seperti orang merajuk je bunyinya. Dia kata UMNO nak bermuzakarah dengan NGO sahaja, biarkanlah. Lagipun kita patuh kepada Presiden parti kita yang tidak mahukan muzakarah.
Bukanlah Jokiden menentang perpaduan sesama umat ini, namun seperti orang lain isu muzakarah ini yang timbul setiap 4 atau 5 tahun sekali, kita sudah tahu motifnya. Untuk kebaikan semua pihak ke? tidak ia untuk tujuan politik PAS. Hujahlah dari sudut mana sekalipun, apa sahaja yang PAS lakukan ialah bermotifkan politik.
Kiri kanan dan siang malam orang membicarakan tentang muzakarah ini tidak kira dari parti mana sekalipun. Yang bernada positif hanya dari UMNO. Lain-lain semuanya negatif. Paling memedihkan hati pencacai pakatan haram ini mengatakan UMNO sudah terdesak sangat sebab itu ingin bermuzakarah.. Jika sudah bertali arus tohmahan terhadap UMNO maka memang sewajarnya lah muzakarah ini dibatalkan.
Muzakarah Pas-UMNO temui titik noktah
KOTA BHARU 25 Mei - 'Drama' muzakarah yang ditimbulkan oleh Pas akhirnya tiba di penghujungnya apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menarik balik cadangannya untuk bermuzakarah dengan UMNO.
Beliau yang ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya di sini memberi alasan bahawa ia perlu ditarik balik kerana ia bertentangan dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, beliau harus mengikut pendirian Abdul Hadi serta isu itu tidak harus dipanjangkan lagi.
"Muzakarah Datuk Presiden sudah tarik, tidak mahu kerana terlalu banyak manipulasi, dia hendak muzakarah dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahaja, jadi saya pun terpaksa tariklah," katanya. - UTUSAN
Terkatup bibir atas dan bawah Nik Aziz maka selesailah isu muzakarah ini. Semudah itu. Semasa dia menimbulkan perkara tersebut tempoh hari dia juga tidak merujuk kepada sesiapa dan semasa dia menarik brake inipun dia tidak merujuk kepada sesiapa agaknya, sekadar mengatakan Presiden PAS tidak bersetuju.
Menjemput orang datang ke rumah kita untuk dijamu, kemudian memberikan pelbagai syarat kepada tetamu yang dijemput sebelum tetamu tersebut dibenarkan menjamah makanan tentulah tidak masuk akal.
Kepada penasihat-penasihat tuan guru, lain kali berhati-hatilah sebelum memberikan nasihat dan sebelum tuan guru membuka mulut. Di ulangi semula mungkin Nik Aziz ingin memberikan signal kepada Karpal Sinki, "kau banyak cakap..aku geng dengan UMNO, aku keluar pakatan.." biasalah ayat power Nik Aziz ni.. "orang lain dia punya pasallah.."
Mungkin Jokiden terlepas pandang, namun tidak kedengaran komen daripada Timbalan Presiden PAS Mat Sapu. Dia ni betul ke tidak menjadi Timbalan Presiden PAS, kitapun tak tahu. Kenyataan dia yang lebih rela bersama dengan Cina yang makan babi, memedihkan hati ramai ahli PAS.
Komen dari Nuar juga tidak kedengaran dalam isu muzakarah ini. Mungkin di hati kecil masing-masing merasa kecut juga sekiranya muzakarah ini benar-benar terjadi, maka mereka mungkin kehilangan sedikit modal untuk mengutuk UMNO.
Kepada Khalid Samad yang terus-terusan mengatakan Pengerusi SPR dan Timbalan Pengerusi SPR dalam setiap ceramah beliau sebagai ahli UMNO, eloklah diberhentikan jika tidak mahu di saman seperti yang terpaksa dihadapi oleh Saifuddin Nasauoooooooootion. Ceritalah yang benar walaupun pahit.
Dalam setiap ceramah, jika menuduh pemimpin UMNO/BN rasuah, berjuta-juta tolonglah bawak bukti-bukti dan edarkan sekali. Jangan ikut perangai Nuar yang suka mengangkat-angkat kertas sambil mengatakan saya ada bukti kukuh, namun kertas tersebut sebenarnya kosong. bawak bukti, biar rakyat selidiki sendiri dengan pelbagai cara.
Kalau tuduh pemimpin UMNO tolak Islam, bawa buktinya sekali, jangan buat andaian serta mewujudkan persepsi semata-mata, lepas tu pulang dan meninggalkan penyokong terus berbahas perkara-perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran mereka.
Kalau tuduh Utusan Melayu membuat fitnah, sila gunting keratan akhbar tersebut buat photo copy dan edarkan semasa ceramah, biar penyokong bawa pulang dan membahaskannya bersama anak isteri atau keluarga.
Kalau tuduh Utusan Melayu membuat fitnah, sila gunting keratan akhbar tersebut buat photo copy dan edarkan semasa ceramah, biar penyokong bawa pulang dan membahaskannya bersama anak isteri atau keluarga.
Kira-kira 15 tahun dahulu seorang kawan Jokiden dengan jelas mengatakan Dr Mahathir adalah kafir. Dia berani berkata demikian kerana taksub dengan pemimpin pembangkang. Jika Dr Mahathir tidak kafir, maka tuduhan tersebut kembali kepada si penuduh. Jokiden tidak tahu apakah beliau telah bertaubat atau tidak. Selalu juga kami bertemu sekarang ini, namun Jokiden tidak berani pula untuk bertanyakan tentang perkara tersebut kerana nampaknya dia masih tegar menyokong PAS.
Mat Sapu dia sengap sebab dia sibuk dok sapu cat kat ***** .... dia suka bau ***** Mah yg melekat kat muka dia ....
ReplyDelete