Thursday, May 24, 2012

Bila Perasaan Malu Sudah Berkubur...

Masih adakah rasa malu??
 

Malu adalah sebahagian daripada iman. Mempunyai rasa malu menghindarkan manusia daripada terjerumus melakukan sesuatu yang tidak baik. Itu basis nya.

Seorang pelajar yang berasa malu untuk gagal dalam peperiksaan akan belajar dengan tekun, gigih tanpa mengira waktu semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang baik. Jika gagal dia mungkin akan berasa malu kepada jirannya, kepada ayah dan ibunya, kepada adik beradiknya, kepada guru-gurunya, kepada girlfriend atau kepada boyfriendnya. Baguslah jika ada perasaan malu yang membawa kesan positif dalam mencipta kejayaan. Jika seseorang pelajar tersebut tidak mempunyai sedikitpun rasa malu. dia akan ala kadar sahaja belajar. Lulus oklah, tak luluspun tak apa. Tokey Facebook juga tak tamat belajar, namun berjaya menjadi billionaire.

Ada orang gagal menjadikan rasa malu kepada sesiapa juga sebagai perisai atau pendinding dirinya atau perwatakanya dalam menjalani kehidupan hariannya. Perasaan malu sudah lama berkubur, lalu perbuatannya seolah-olah sudah tidak membawa kesan apa-apa. Sudah mali kata orang.

Bila sudah tidak mempunyai rasa malu lagi maka dia seolah-olah bebas, sebebas-bebasnya dalam semua tindak tanduk beliau. Moral, rasa harga diri, maruah diri, maruah keluarga, maruah kawan, maruah penyokong, maruah negara sudah tidak menjadi perhitungan lagi. Semuanya menjadi selamba sahaja.

Jika zaman dahulu seseorang tersebut akan sanggup menghukum diri sendiri sekiranya melakukan kesilapan, semata-mata untuk menutup rasa malu diri ataupun keluarga. Ada yang sanggup membunuh diri. Hari ini dunia sudah terlalu maju. Malu boleh sahaja digunakan untuk tujuan lain. Ada orang pada hari ini suka dan gembira bila dia diaibkan jika itu boleh menaikan popularitinya atau boleh memberikan keuntungan lain terhadap cita-citanya.

Panjang berjela nanti jika nak diulas tentang perkara ini dan jika nak disertakan dengan contoh-contoh sejak zaman Sang Rajuna Tapa hingga ke zaman teknologi ini. Baik kita tumpukan kepada kisah benar yang berlaku pada hari ini dan di depan mata kita.

Kadang-kadang orag sanggup mencipta fitnah kepada diri sendiri semata-mata untuk mendapat perhatian. Rasa malu apabila terkantoi, sudah tidak menjadi penghalang lagi. 

Ada orang seolah-olah suka dan minta di aibkan supaya segala salah laku tersebut berjaya menaikan popularitinya. Apabila dimalukan dengan segala salah laku, maka dia akan menjadikannya pula sebagai bahan lawak jenaka dengan harapan orang akan melupakan perkara pokok iaitu kesalahan yang dia telah lakukan. Ada berjuta manusia jenis ini, namun rasanya orang yang paling tak tahu malu yang pernah kita temui ialah Nuar Brahim.

Dia ini sudah terlalu tebal muka. Dia tidak malu berbohong, dia tidak malu menipu, dia tidak malu bersenda gurau, dia tidak malu mencipta fitnah, dia tidak malu mengurat bini orang, dia tidak malu memburukan nama negara sendiri di luar negara, dia tidak malu berjoget, dia tidak malu menghina sesiapa sahaja yang dia suka, dia tidak malu turun naik mahkamah, dia tidak malu memaki hamun dan apa sahaja dia sudah tidak ada lagi perasaan malu. Sebab itu dia dianggap sebagai anugerah tuhan oleh isterinya sendiri.

Mungkin ada benarnya kenyataan isteri beliau, sekiranya bukan Nuar, orang yang menerima nasib seperti beliau sudah lama hilang dari arus perdana politik Malaysia. Namun Nuar seolah-olah tidak terusik dengan segala macam masalah tersebut. Ini mengkagumkan. dia tetap selamba menghadapi itu semua kerana setakat ini dia berjaya menterbalikan segala isu tadi kepada pihak lain. Orang lain belum tentu sanggup untuk bersikap selamba dan berlawak jenaka dengan semua tingkah laku sedemikian rupa.

Tidak ada orang boleh membayangkan Nuar sanggup mengambil Karpal Singki menjadi peguam belanya dalam kes liwat Saiful, memandangkan Karpal Sinki merupakan peguam pertama yang mempersoalkan kisah liwat beliau pada tahun 1997. Tetapi Nuar melakukannya.

Tidak ada orang boleh membayangkan Nuar bersekongkol dengan Karpal Sinki walau atas nama profesyenal sekalipun apabila Karpal menyuruh dia bertaubat apabila isu 16 September tidak menjadi kenyataan. tetapi Nuar melakukannya.

Tidak ada orang boleh membayangkan yang Nuar akan bersama dalam satu pasukan dengan Mat Sabu apabila pada tahun 1997/1998 Mat Sabu juga tanpa rasa malu menggelarkan dia sebagai Al-Juburi, iaitu satu gelaran yang amat menyakitkan hati dan telinga di atas muka bumi ini.

Yang terkini tidak ada orang boleh membayangkan bagaimana Nuar begitu selamba menelipon Datuk Yusof pada malam sebelum ke Mahkamah meminta Datuk Yusof menjadi peguam belanya dalam kes Bersih3. Walau atas nama apa sekalipun, walau atas nama profesyen sekalipun Nuar nyata tidak malu untuk meminta khidmat Datuk Yusof, orang yang beberapa bulan dahulu di cemohnya tanpa belas ihsan. Pastilah ada tujuan lain di sebalik semua itu. Seluruh dunia mengetahui tentang kes liwat tersebut, mudah sahaja.. terbalikkan semua itu sebagai konspirasi UMNO/BN untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri. Habis cerita.

Hari ini masyarakat Malaysia seolah-olah sudah mendapat budaya baru iaitu untuk dilihat sebagai tidak bersalah dalam apa juga kes, hilangkan segala rasa malu kepada sesiapa sahaja. Anda akan selamat. Kita lihat sudah menjadi trend dikalangan pemimpin pembangkang hari ini, jika hendak popular jangan fikirkan tentang perasaan malu. Selamba je..

Namun semua makhluk atas muka bumi ini percaya, kebenaran akhirnya akan menjelma jua, cuma, cepat atau lambat..

2 comments:

  1. ... ke + MALU + an = keMALUan.

    nuar mana tau malu.... kemaluan ada lah!...

    ReplyDelete
  2. Yalah, takjub kita dengan muka selambanya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.. sedangkan semuanya kes beratttttttttt...

    ReplyDelete