Apalah gunanya Putra Jaya sekiranya air mata berjurai-jurai...
Malam tadi Jokiden sempat menghadiri Ceramah pakatan pembangkang di Sg Jai, Lenggeng sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Semua parti dalam pakatan menghantar wakil. Dua orang penceramah pula tidak diketahui mewakili parti mana.
Kehadiran sekitar 150 orang jika mengikut kiraan block Bernama terdiri daripada orang PAS, PKR, DAP dan BN. Jika mengikut kiraan pakatan haram sudah tentu mereka akan kata dalam 700 hingga 800 orang hadir. Kereta ada sekitar 30 buah, motor dalam 18 buah. Gerai air + gerai kaset + gerai soup + gerai baju ada 9 buah.
Berdasarkan jumlah kenderaan, maka pastilah orang yang datang dari luar lebih ramai dari penduduk setempat. Golongan muda hanya sekitar 15 orang sahaja.
Di pintu masuk Jokiden dihulurkan dengan resit derma untuk 'tabung piliharaya' PAS. Jokiden ambil, tetapi bila dia tanya derma, Jokiden pulangkan semula resit itu, terkebil-kebil dia. Biasalah semasa ceramah berjalan petugas-petugas mereka akan membawa karung mengutip derma. Jokiden tolak juga. Derma kepada PAS tidak tahu kemana perginya duit tersebut. Dulu Mat Sabu pernah kata, 40% kutipan dia punya.. 40% lagi tuan rumah punya. Lagi 20% tak tahu??? Dah perintah dua negeri masih guna cara lama... puak depa suruh UMNO berubah, mereka tidak juga berubah..
Di pintu masuk Jokiden dihulurkan dengan resit derma untuk 'tabung piliharaya' PAS. Jokiden ambil, tetapi bila dia tanya derma, Jokiden pulangkan semula resit itu, terkebil-kebil dia. Biasalah semasa ceramah berjalan petugas-petugas mereka akan membawa karung mengutip derma. Jokiden tolak juga. Derma kepada PAS tidak tahu kemana perginya duit tersebut. Dulu Mat Sabu pernah kata, 40% kutipan dia punya.. 40% lagi tuan rumah punya. Lagi 20% tak tahu??? Dah perintah dua negeri masih guna cara lama... puak depa suruh UMNO berubah, mereka tidak juga berubah..
Penceramah terdiri daripada Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Khalid Samad, Tengku Harmy, Khairul Azhar, Utz Zulkifli Omar dan Anthony Loke.
Menghayati kesemua isi ceramah mereka dapat dirumuskan bahawa mereka sememangnya mengikut skrip iaitu mengulangi apa yang selalu disampaikan dan meniru apa yang pemimpin mereka laung-laungkan.
Kesemua penceramah tidak lari daripada isu rasuah, zalim, menyeleweng, merompak duit rakyat, SPR, Bersih, menipu, konspirasi, tidak ada kebebasan media, TV/akhbar dikawal, tidak ada kebebasan bersuara dan kroni. Tidak ada fakta yang soheh dan boleh disanggah oleh sesiapa sahaja. Fokus serangan mereka ialah kepada UMNO.
Penceramah terus spin isu-isu yang telah dijelaskan berpuluh kali. Justru itu, mereka tetap mengajak rakyat untuk mempercayai kenyataan mereka dengan menolak segala penjelasan yang diberikan oleh BN. Mereka sedar mereka menipu fakta namun mereka juga tahu bahawa isu tersebut amat menyeronokan pendengar.
Sambutan pendengar amat-amat dingin, takbeerrrrrrr hanya sesekali dan seolah-olah hadiran dapat merasakan mereka cuba diperbodohkan oleh penceramah pakatan. Khalid Samad turut mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan haram hukumnya melakukan demontrasi jalanan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Bagi Khalid Majlis Fatwa harus memanggil penganjur perhimpunan iaitu A Samad Said terlebih dahulu.
Khalid juga menceritakan sebab musabab kenapa Dr hassan Ali begitu marah kepadanya. Kata Khalid dalam perundingan bersama Pak Lah dan Khir Toyo telah dipersetujui bahawa kerajaan campuran akan dibentuk dan Dr Hassan Ali akan menjadi Menteri Besar. Hj Hadi bersetuju, Utz Nasharuddin bersetuju, Hassan Ali bersetuju, namun Khalid Samad tidak bersetuju. Khalid mahukan Tan Sri Khalid menjadi MB dan muka Hassan Ali berubah serta merta.
Tak dapat jadi MB itu sebab Hassan Ali hangin sampai sekarang.. Hujah Khalid Samad mudah sahaja, PAS ada Kelantan dan Kedah, DAP ada Penang, PAS + DAP ada Perak, apa salahnya bagi Selangor kepada PKR kerana mereka menang 13 kerusi.
Penampilan Kadiaq masih UMNO, siap dengan baju Melayu, sanpin dan songkok. Bergaya dia. Sanpinpun jenis yang RM5,000 atau RM8,000 punya.
Kehebatan Kadiaq ialah dia berjaya membuatkan penyokong tegar pakatan TERPAKSA mendengar dia menceritakan segala kebaikan UMNO sejak ditubuhkan, mempertabatkan Melayu, Islam, menuntut Kemerdekaan dan membangunkan negara. Pujian melangit terhadap pemimpin UMNO yang dulu membuatkan penyokong pakatan resah gelisah.
Kadiaq keluar UMNO sebab UMNO akhirnya telah menjadi busuk. Dia dah puas berkhidmat dengan UMNO sejak 1956 lagi. Dia merasai segala-galanya. Bila tidak menjadi Menteri dia cuba nak berniaga, namun tidak mendapat bantuan sepatutnya.. Itu je alasan dia meninggalkan UMNO.
Baginya UMNO sudah busuk, politik wang bermaharaja lela, kroni, GLC menyebat duit berbillion-billion. Jika tidak disebat oleh UMNO pasti negara telah maju, seperti Singapura yang tak ada apa-apa pun tetapi telah menjadi negara maju. Kadiaq menyebut berbillion-billion berkali-kali, namun dia tidak memberikan bukti.
Dia seperti pemimpin pakatan haram yang lain hanya mengwujudkan persepsi supaya rakyat membenci UMNO dan menolak UMNO dalam pilihanraya akan datang serta memilih pakatan. Segala-galanya akan baik selepas pakatan memerintah kelak. Semua GLC akan diganti dengan kroni pakatan dan kroni UMNO/BN akan dihumbankan.
UMNO mula busuk sejak Dr Mahathir, kroni merata-rata, politik wang menguasai pentas politik negara. Dia tak boleh tahan, seolah-olah roh Tengku berkata.. "Kadiaq..buatlah sesuatu..buatlah sesuatu." Roh Datuk Senu juga seolah-olah menggesa dia "Kadiaq..buatlah sesuatu..buatlah sesuatu.." Mungkin roh-roh tersebut menyuruh dia 'menyelamatkan' UMNO, tetapi dia memilih untuk keluar UMNO kerana dengan cara itu dia mungkin akan menyelamatkan UMNO.
Dia tidak jelaskan perananan Nuar Brahim dalam pengguanaan wang untuk membeli undi. Dia tidak sebut budaya kroni menjadi tidak terkawal sejak Nuar Brahim masuk UMNO. Dia tidak cakap UMNO menjadi busuk sebab Nuar Brahim dan dia tidak cakap PAS juga menjadi busuk sebab Nuar Brahim.
Kadiaq akhirnya bercakap seolah-olah dia tidak pernah menjadi Menteri, tidak pernah menjadi pemimpin kerajaan dan mempertikaikan segala yang baik tentang UMNO dan BN. Kadiaq juga terpaksa percaya bahawa UMNO menguasai Kehakiman, AG, Polis, SPR, Mahkamah dan SPRM.
Related Story:
Tulisan yang baik...
ReplyDeleteHebat Kadiaq ni skrg. Dah boleh berkomunikasi dgn ROH pulak. Biasanya kalau ROH dah bercakap kita kena la MUHASABAH diri. Manalah tau dah termasuk dalam tempoh yang "40 hari" sblum ajal tu...Ni tak, dia kluar parti pulak...
ReplyDelete