Thursday, May 31, 2012

Bukan Anwar Ibrahim, Bukan Khalid Ibrahim..Tetapi Zaid Ibrahim..

"You nak jadi PM??..kan I dah suruh you bertaubat..?"


"Kito..tigo-tigo angkeh sumpah jadi PM, solosai.."

   

Sibuk juga kedengaran sejak kebelakangan ini isu tentang siapa yang akan menjadi Perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai Putra Jaya. Ianya semakin menarik apabila Tengku Aziz membuat kenyataan akhbar semalam tentang kemungkinan yang akan berlaku.

Pemimpin UMNO/BN dan bloger juga ada menimbulkan perkara ini sepintas lalu. Sebaiknya isu kabinet bayangan ini tidak usah ditimbulkan sama sekali. Biarkan isu tersebut menghantui mereka dan jangan memberi mereka peluang untuk menyelesaikan isu tersebut sehingga PRU13 tiba kelak. Tidak ada kabinet bayangan pakatan, lagi bagus untuk BN. Jika ada susah pulak nak mencari pro dan kontranya nanti.

Namun untuk bahan perbincangan Jokiden juga ingin tompang semangkuk dalam isu ini. Pertamanya doa Jokiden sumuga semua itu tidak berlaku. Mintak disiahkan daripada berlaku. Andainya berlaku juga maka beberapa senario mungkin terjadi.

Dalam percaturan DAP, secara halus dan tersembunyi, apa yang mereka suratkan adalah tidak sama dengan apa yang tersirat di sanubari mereka. Agenda kempen mereka sudah tentu PM dari DAP, ini adalah 200%. Samada keadaan mengizinkan atau pun tidak adalah soal kedua.

Dalam percaturan PKR pula PM adalah Nuar Brahim, tidak akan ada orang lain. Cuma dalam semangat bekerjasama mereka tidak boleh meminggirkan DAP atau PAS.

Bagi PAS pula PM ialah Hj Hadi Awang, tidak ada yang lebih layak. Namun untuk menjaga keharmonian sesama mereka, kata sepakat seolah-olah merujuk Nuar Brahim sebagai Perdana Menteri. PAS kini buat bodoh je..macam mereka bersetuju Nuar Brahim menjadi Ketua Pembangkang walaupun jumlah kerusi sudah berkurangan.

Pembangkang akan memenangi 112 kerusi Parlimen dalam PRU13 akan datang. Itu sudah maksimum. Kalau mahu lebih kenalah beli dari BN.  DAP 38, PKR 37 dan PAS 37. Dalam negara demokrasi berpalimen, parti mana yang memperolehi kerusi yang lebih pemimpinnya akan dijemput oleh Presiden untuk mengangkat sumpah jawatan. Dalam kes Malaysia DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agonglah yang akan membuat jemputan.

Logiknya jika angka atau jumlah di atas diambil kira maka Perdana Menteri ialah dari DAP. LGE akan mengangkat sumpah memegang jawatan. Nuar dan Hj Hadi setuju ke?? soheh tak setuju. Mereka akan mula membangkitkan isu Melayu, penduduk Melayu. Ahli parlimen PKR bukan semuanya Melayu, sebaliknya Cina ada, Indiapun ada. Jika dicampurkan jumlahnya mungkin juga akan sama banyak antara Melayu dan bukan Melayu.

Apa pilihan yang mereka ada??. Semua tiga orang ketua parti tadi, pakai songkok dan tiga-tiga sekali angkat sumpah. Maknanya Malaysia akan ada 3 orang Perdana Menteri, Perdana Menteri 1, jaga FELDA dan Pertronas, Perdana Menteri 2 jaga JAKIM dan Tabung Haji, Perdana Menteri 3 jaga JKR dan KDN. boleh ke??

Kemudian Timbalan Perdana Menteri akan ada 3 orang juga, ini tidak menjadi masalah, 6 orang pun boleh. Jika DAP berkeras ingin jadi PM, PKR dan PAS akan tarik diri. Mampus pakatan. Jika Nuar berkeras nak jadi PM, PAS dan DAP pulak membawa diri. Mampus juga pakatan. Jika PAS pulak berkeras nak jadi PM, DAP pulak menarik diri.. lagi sekali mampus pakatan.   


Di sinilah secara tiba-tiba muncul Zaid Ibrahim dengan Parti Kita nya. Dia menang di Kota Baru dan 4 lagi di tempat lain. Dia setuju bergabung dengan syarat DIA mesti jadi Perdana Menteri. Kira-kira macam syarat Puteri Gunung Ledanglah tu.

Apapun sebelum semua itu menjadi kenyataan, kena langkah dulu mayat ayah mereka iaitu IBRAHIM ALI.. ada berani?? 

Posting ini untuk berlawak bolehlah, secara seriousnya, mood rakyat sekarang ialah menyokong BN. Pada PRU13 dulu rakyat beralih angin sekejap kerana rasa marah pada kerajaan Pak Lah yang tak boleh langsung ditegur. Semua pihak ingin 'mengajar' BN ketika itu sebab mantan Perdana Menteri Tun Mahathir berkata, jika tak boleh tegur dari dalam rakyat kena tegur melalui peti undi.

Itulah yang berlaku, sehinggakan pegawai kerajaan yang tidak mendapat bonus pada saat akhir hendak membuang undi, harga minyak naik dan Robert Kuak menaikan harga gula, lalu rakyat melepaskan geram di peti undi. Yang masih bersama BN ketika itu ialah penyokong tegar BN.

UMNO/BN sedar tentang perkara itu. PKR, PAS dan DAP juga sedar. Jika bukan sebab rakyat berasa marah, masakan budak vidoe klip itu boleh menang di Kelana Jaya. Kini situasi sudah kembali pulih. Mana-mana pemimpin parti komponen BN yang kembali bertanding di kawasan Melayu, mereka juga akan menang kelak. tengoklah.

Contohnya jika Presiden MIC bertanding di Sungai Siput kali ini, dia akan menang. Jika Dr Mahathir bertanding di Permatang Pauh, Dr Mahathir juga akan menang.

Siapa PM mengikut pandangan Brojinggo Baca sini

No comments:

Post a Comment