Monday, May 28, 2012

PAS Parti Ajaran Sesat..Cabutttttt!!!!!

Sudah ramai sangat yang sedar dan insaf kini bahawa PAS menyelewengkan pengikutnya. Yang paling orang tidak tahan dan orang tidak faham ialah RASUAH yang pemimpin PAS lakukan sepanjang masa dan lebih ketara lagi pada musim pilihanraya kian menjelma.

Seruan kepada ahli PAS keluarlah beramai-ramai, dan jika tidak mahu menyertai UMNO, join sahaja JATI. Tidak mahu JATI tubuhkan parti baru asalkan ada tempat ahli-ahli yang telah sedar tersebut untuk membawa diri.

Bukan sahaja di kalangan pemimpin UMNO, ahli biasa, rakyat biasa malah hinggakan orang bijak pandai agama dari luar negara juga apabila diminta pendapat mereka tanpa segan silu mengatakan PAS adalah menyeleweng.  Menyeleweng, lama kelamaan akan ditimpa musibah. 

Datuk Seri Ahmad Said sanggup hendak menjelajah  ke seluruh negara untuk menerangkan tentang penyelewengan PAS tersebut. Dia kata PAS parti ajaran sesat. Bila lagi PAS nak menyaman beliau agaknya.

Undi parti masuk syurga fatwa sesat


KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Rasuah yang dihulurkan oleh PAS bukannya calang-calang, ia tidak dapat dinilai oleh wang ringgit. Dalam setiap pilihanraya tanpa rasa takut berdosa PAS merasuah pengundi dengan mengatakan undi PAS masuk Syurga. Sebersih manapun seseorang itu jika dia percaya dengan ungkapan tersebut maka sudah tentulah rasuah PAS tadi akan mereka ambil dan undi akan diberikan kepada calon PAS.

Jika wang ringgit menjadi ukuran orang sanggup membayar apa sahaja sekiranya dengan mudah dapat masuk ke Syurga. Diulangi lagi, masuk ke Syurga ialah atas ihsan dan rahmat Allah swt. Bukan sebab dengan mengundi PAS sipolan-sipolan akan masuk ke Syurga.

Kenapa pemimpin PAS begitu berani melakukan penyelewengan ini. Ayuh ahli PAS yang telah insaf, jangan bersyubahat lagi. TINGGALKAN PAS hari ini juga..

2 comments:

  1. Kalau Pok Sheikh tersebut menyatakan PAS adalah sesat, saman lah kalau berani. Ada berani ke. Tapi berani ke atau tak berani ke, itu bukan masalah utama. Adakah pengikut PAS lebih yakin dengan kata2 POK NIK dan POK HADI ia itu "UNDI PAS MASUK SYURGA". Atau masih nak cuba spin sana sini bagi bagi mengelak pengakuan berkenaan. Apa yang POK SHEIKH ingin katakan adalah jangan main-main dengan agama dalam berpolitik.

    ReplyDelete
  2. Anon 1.17,

    Betul, kita yang tak berapa nak warak ni amat takut dengan cara PAS menggunakan agama untuk kepentingan mereka.

    ReplyDelete