Thursday, May 31, 2012

Durian Runtuh Lagi.. Mazlan Aliman Terus Meroyan


IPO kedua terbesar di dunia selepas Facebook..


Mazlan Aliman nak peneroka kekal begini ke selamanya..?

Tak habis lagi orang-orang PAS dan PKR ini nak meroyan dan menghasut peneroka FELDA supaya jangan bersetuju dengan Penyenaraian FGVB. Mereka tergamam apabila hari ini Perdana Menteri mengumumkan bahawa 'Durian' akan runtuh lagi pada 7 julai ini khas untuk para isteri peneroka pula. Mereka akan menerima sebanyak RM5,000.00 seorang.

Cemburu sangat mereka sekiranya peneroka menceburi bidang koperat. Sekarang inipun beribu-ribu peneroka yang dikejar oleh pihak bank atas pelbagai sebab seperti pinjaman peniaga kecil dan pinjaman kenderaan.

Berjual beli saham memanglah ada pasang surutnya, Harga saham boleh naik melambung dan boleh juga merudum mengikut harga pasaran. Saham FGVB IPO yang kedua terbesar di dunia selepas saham Face Book juga tidak terlepas daripada senario tersebut.

Namun pemilikan peneroka secara individu ini juga akan dipantau oleh pihak FELDA dan kerajaan. Walaupun ada risiko, namun jika pelabur berhati-hati mereka pasti untung. Lainlah jika pembangkang mengajak rakan sekongkol mereka daripada negara luar untuk turut menjahanamkan harga saham FELDA kelak. Mereka kan banyak dana yang boleh digunakan.

Mudah sahaja, peneroka boleh membeli beberpa lot saham dengan menggunakan duit Durian Runtuh mereka sekiranya tidak mahu terlibat dengan sebarang pinjaman. Pinjaman hanya bagi mereka yang berjiwa besar sekiranya ingin mempunyai pegangan saham yang lebih besar.

Jika harga tawaran sekitar RM4.10 seunit, apa akan terjadi dalam masa singkat saham Felda meningkat kepada RM21.10. Tidakkah masa itu orang yang tidak mempunyai saham akan gigit jari melihat rakan-rakan mereka yang telah membeli saham tersebut.

Berhentilah menghasut, biar peneroka membuat keputusan sendiri. Siapa berminat beli, siapa yang tidak berminat, jangan beli. Kan mudah begitu. Tanggung jawab pembangkang telah selesai dengan penjelasan yang tidak putus-putus sejak beberapa tahun lalu.

Mengatakan tanah 10 ekar dan tanah tapak rumah akan tergadai akibat pinjaman bank, banyak sangat ke peneroka nak membuat pinjaman tersebut??. Nilai tanah milik peneroka sekarang ini busuk-busukpun lebih RM setengah juta setiap orang.

Seperti juga dengan Skim Amanah Saham Nasional, bank menyahut saranan kerajaan supaya menyediakan kemudahan pinjaman kepada sesiapa yang ingin membelinya. Siapa nak ambil, siapa tak nak jangan ambil. Eloklah Mazlan Aliman mencari isu lain untuk berkempen di mana-mana Felda dalam negara ini. Peneroka juga ingin merubah hidup mereka.

Untuk makluman Mazlan Aliman, berjuta lagi yang akan rugi sekiranya saham FGVB ini merudum kelak, peneroka sedikit sangat yang terlibat. Yang besar ialah ahli KWSP, Tabung Haji, PNB, PUNB, LTAT, Ahli Koperasi, Khazanah dan juga kerajaan-kerajaan negeri.

FGVB ni samalah dengan syarikat milik kerajaan yang telah tersenarai di BSKL seperti Bank Islam, Petronas dan lain-lain. Berdoalah untuk kejayaannya. 

Penutupnya, peneroka nak percaya cakap ANAK dan Mazlan Aliman atau kata-kata kesungguhan Perdana Menteri..???

Saham rugi, tanah peneroka boleh tergadai
Khairil


TEMERLOH: Seorang peguam menegaskan, peneroka-peneroka Felda yang membeli saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) boleh kehilangan tanah ladang mereka kerana telah menandatangani borang tanggung rugi.

Harris Abdullah yang baru saja memenangi kes injunksi 154 peneroka daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang bank memproses dokumen pinjaman, berkata ia boleh dilakukan melalui pelaksanaan penghakiman.

“Kita tahu proses pembelian saham oleh peneroka ialah melalui pinjaman bank dan peneroka telahpun menandatangani borang tanggung rugi yang telah diedarkan melalui pejabat-pejabat Felda baru-baru ini.
 
 
“Semua faham bahawa mana-mana saham tidak akan berada di puncak selama-lamanya dan potensi untuk harganya menjunam pun ada juga. Jadi apabila harga saham jatuh peneroka kerugian dan bank tidak akan berdiam diri.
 
 
“Jadi lazimnya bank akan menjalankan empat peringkat tindakan bagi menuntut semula wang pinjaman iaitu saman pemiutang, bankrapsi, sita rumah serta jual asetnya dan perintah larangan pemilikan harta oleh insolvensi,” jelasnya.
 
 
Tambahnya, pada ketika itulah tanah 10 ekar ladang peneroka dalam tanah rancangan boleh tergadai akibat hutang pembelian saham yang tidak mampu dibayar.
 
 
Harris berkata demikian dalam program Taklimat dan Dialog Isu Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia & Borang Hutang Bank Peneroka di Kerdau, dekat sini.
 
 
Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada AJK, Perhubungan PAS Pahang, AJK PAS Kawasan-kawasan, Jentera Penerangan, aktivis peneroka dan pengamal-pengamal media baru hadir.
 
 
Selain Harris, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berucap.
 
 
Harris menjawap soalan daripada peneroka sebelum itu apakah risiko terhadap peneroka yang telah menandatangani borang tanggung rugi tersebut.
 
 
Sementara itu pada 23 Mei lalu seramai 154 orang peneroka berjaya mendapatkan injunksi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka.


 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

2 comments:

  1. org peneroka yg x sokong kerajaan ni mmng sepatutnya dikeluarkn je dr tanah peneroka tu..dh dibg tanah sepuluh ekar pn masih nk meroyan lg...

    ReplyDelete
  2. Jokiden bersetuju dengan cadangan anon di atas. Ada baiknya mereka dikeluarkan dari Felda kerana mereka kurang bersyukur. mereka ikut cakap pembangkang, janji tak tunai, budi tak yah dihargai dan hutang tak yah bayar..

    ReplyDelete