Tuesday, May 29, 2012

Dato' Seri Najib Tidak Berselindung Lagi.. PRU13 16 September 2012


Sorry Tun, ramalan you kali ini jauh meleset..BN Monang Bosa..
 

Usaha tingkat taraf hidup bergantung kepada mandat rakyat


KUALA LUMPUR 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bagi membolehkan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat serta menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dapat diteruskan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar bahawa kejayaan setiap program transformasi dalam menuju ke arah negara maju pada 2020 amat bergantung kepada mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang akan diadakan kelak.

Seperkara lagi beliau berkata, rakyat juga perlu bijak menilai terutama melibatkan rancangan-rancangan yang telah dirangka oleh pihak pembangkang yang disifatkan sebagai populis serta tidak realistik. - UTUSAN

Belanjawan 2012 dibentang 28 September-PM


PUTRAJAYA 29 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Belanjawan 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.

"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib pada Majlis Konsultasi Belanjawan2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan, di sini hari ini.

Perdana Menteri yang mempengerusikan sessi itu berkata, tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju. - BERNAMA

Dalam sessi soal jawab di TV siang tadi Perdana Menteri sudah tidak berselindung lagi.. Beliau perlukan mandat yang besar daripada rakyat dalam PRU13 demi untuk mempastikan segala pelan Transformasi yang beliau perkenalkan sejak kebelakangan ini dapat diteruskan.
.
Fokus beliau amat jelas untuk menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi agar impian untuk menjadi negara maju tercapai lebih awal. Tanpa mandat yang besar sukar bagi beliau untuk bertindak selanjutnya. Rasa-rasanya rakyat memahami hasrat beliau dan Insyaallah rakyat akan memberikan kemenangan besar kepada BN kelak.

Melihat kepada tarikh pembentangan bajet 2013 tahun depan jatuh pada 28 September, maka ada kemungkinan PRU13 akan diadakan dua minggu sebelumnya iaitu mungkin 16 September 2012. Atau 28 September bubar, 13 Oktober hari mengundi.

Bulan September dan tarikh 16 September banyak istimewanya. Hari Pembentukan Malaysia jatuh pada 16 September. hari itu juga sudah menjadi hari cuti Umum. Peristiwa hitam dan rancangan jahat Nuar Brahim juga adalah pada 16 September. Jadi rakyat mudah mengingati tarikh tersebut dimana politikus rakus cuba menjatuhkan kerjaan melalui pintu belakang setelah rakyat gagal memberikan mereka kuasa dengan cara yang sah. Lagi bukti tak tahu malu.

Bulan September juga Dr Mahathir telah memecat Nuar Brahim kerana tidak sesuai lagi menjadi pemimpin nombor dua negara dan tidak sesuai lagi menjadi ahli parti keramat Orang Melayu iaitu UMNO. Tindakan nekad tersebut diambil oleh Dr Mahathir setelah beliau amat berpuas hati tentang perilaku dan moral Nuar yang rendah. Terima kasih rakyat kepada Tun Mahathir kerana menyelamatkan Malaysia daripada berketuakan Nuar.

Melihat kepada pengumuman demi pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam Pelan Transformasi Negara (GTP) Jokiden tertanya-tanya apakah Nuar sebenarnya faham dengan apa yang DSN cuba lakukan untuk rakyat dan negara ini. Bukanlah Jokiden hendak merendah-rendahkan kemampuan Ketua Pembangkang ini, cuma Jokiden ragu-ragu sedikit dengan tahap pemahaman beliau.

Terlalu banyak yang PM umumkan. Gagasan 1 Malaysia rupanya sangat banyak pengisiannya. Berpuluh-puluh program terdapat dalam 1 Malaysia ini. Tidak ada pihak yang ketinggalan. Hebat PM kita. Nuar bukanlah tidak faham, jika dia duduk menghayati satu persatu perancangan DSN, dia juga akhirnya akan faham. Jika beliau buat-buat tak faham, tak tahulah.

Mat Sapu dan Mahpooozzz memang diragui tahap pemahaman beliau, sampaikan urus niaga FELDA dengan Pelabuhan Israel juga siap dia panggil PC untuk mempertikaikan invoice berkenaan. Namun sebagai Ahli Parlimen yang bertaraf otai, Mahpooozzz sepatutnya kini telah mula faham dengan dasar serta perjalanan pentadbiran negara. 

Jika rakyat tidak mahu segala perancangan hebat DSN ini terbantut dan terbengkalai, maka sewajarnyalah rakyat memberikan mandat yang besar kepada BN dalam PRU13 kelak. Buat masa ini Dato' Seri Mohd Najib  adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia.    

Mandat Besar.. kalau Datuk Hj Ahmad Maslan berucap dia akan tanya.. "mandat besar.. boleh ke tak boleh..??? boleh!!!" 

3 comments:

  1. cuti sekolah hujung tahaun lepas tiga orang anak aku dapat RM 100 untuk pusingan kedua

    ReplyDelete
  2. bubar parlimen 11hb Jun 2012...tak cayo sok tengoklah.

    ReplyDelete
  3. Bubar 11 Jun, hari mengundi bila pulak?? Bulih jadi jugak tu..

    ReplyDelete