Friday, June 1, 2012

RAJA YANG TIDAK BERGAJI...NIZAR PATUT RASA MALU..

Inipun rakyat masih tidak lupa bagaimana Nizar pada mulanya tidak mahu memulangkannya kepada kerajaan Negeri setelah tidak menjadi MB lagi..

Dr Mohd Asri dalam twitter nya mengatakan bahawa golongan istana atau raja bukanlah golongan yang tidak boleh ditegur. PAS nampaknya seronok dengan kenyataan Dr Asri dan Harakah tidak segan silu memetiknya.

Soalnya bukan tidak boleh menegur raja, cuma cara berkomunikasi dengan Raja ataupun Sultan mestilah dengan lebih tertib. Apa yang Nizar lakukan dan hebahkan ke seluruh dunia, bukanlah menegur atau memberikan pandangan peribadi beliau terhadap Sultan Johor tetapi sebaliknya hendak memperlekehkan Sultan. Patutnya dia mohon untuk derhaka dahulu sebelum menulis di twitter nya seperti yang pernah dia pohon pada Sultan Perak suatu ketika dahulu.

Baginya tindakan Sultan Johor membeli nombor WWW 1 dengan harga tertinggi tersebut seolah-olah Sultan tidak tahu membelanjakan duit. Baginya apa faedah nombor tersebut dan duit yang besar jumlahnya itu lebih baik digunakan untuk perkara yang 'lebih penting' dan dalam hal ini dia mencadangkan alangkah baiknya duit itu digunakan untuk fakir miskin. 

Itu maksud sebenar Nizar ni. Dia mengharapkan agar orang ramai bersetuju dengan dia, malangnya reaksi yang beliau terima adalah sebaliknya dan dia mulalah mencari jalan keluar. Nak mengatakan akhbar tersalah lapor tak mungkin pulak. Nak kata tersalah petik tidak juga kerana apa yang dia tweet itu amat jelas dan nyata. Bukannya sekali, tetapi diulang semula.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tengku Makhota Johor ternyata murka dengan sindiran Nizar. Baginda sendiri tidak pernah mencampuri urusan peribadi dan kehidupan seharian Nizar selama ini. Apa hal pulak Nizar hendak mengajar baginda pula dalam hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan beliau.

Kalau seseorang sudah tidak boleh lagi membelanjakan duit sendiri dan semuanya kena tanya Nizar dahulu sebelum melakukan sesuatu susahlah jadinya. LGE lagi susah nanti setiap kali hendak menaiki pesawat mewah atau hendak melakukan rawatan muka dengan kos puluhan ribu, terpaksa pula merujuk kepada Nizar terlebih dahulu.

Itu nasib baik Baginda Sultan dan DYMM SPBYDA menyertai tender. Kalau Baginda menulis surat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan mohon nombor secara percuma, maka sudah tentulah Nizar akan lebih meroyan dengan mengatakan hasil kerajaan telah hilang akibat nombor-nombor tersebut tidak di tenderkan.

Mulalah Nizar akan mengatakan duit rakyat hilang berjuta-juta dan dia akan mengatakan nombor WWW 1 dan WWW 5 tersebut senang-senang boleh dijual dua tiga juta. Pasti dia akan pusing ke arah itu kerana dia memang suka mencari salah silap orang lain, kecuali salah silap diri dia...

Kalau rakyat masih ramai yang kais pagi makan pagi maka itu sebahagian daripada tanggung-jawab Nizar selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk menyelesaikannya. Jika rakyat masih tidak ada rumah kos rendah itu juga menjadi tanggung- jawab Nizar untuk memperjuangkannya. Itu amanah yang dia terpaksa pikul sebagai pemimpin yang dipilih.

Tinggal beberapa bulan lagi sebelum PRU, Nizar masih ada elaun ADUN dan elaun Parlimen yang dia terima setiap bulan. Apa salahnya kalau semua elaun tersebut di sedekah jariahkan kepada rakyat yang memerlukan. Kalau sudah melakukannya baguslah. Jika belum dan semua duit itu yang berjumlah berpuluh ribu sebulan habis dibelanjakan untuk kegunaan sendiri, maka elok sangatlah selepas ini diberikan pula kepada rakyat di kawasan dia.

Jika tidak berbuat demikian Nizar harus mengurung dirinya di rumah selama sebulan dan jangan bertemu dengan rakyat kerana dia wajar merasa malu apabila semua kerabat Diraja Johor tidak mengambil gaji sejak dahulu lagi.  Malah semasa Sultan Iskandar menjadi Yang Dipertuan Agong pada tahun 1984 dahulu, baginda juga tidak mengambil gaji. Semua gaji Baginda dijadikan biasiswa untuk rakyat Baginda. Benar seperti yang Tengku Makhota nyatakan tersebut.

Tan Sri Sanusi Junid pernah menulis pada 25/1/10. Nizar harap baca yang ini:

 
25/1/10
RAJA YANG TIDAK BERGAJI
14. Saya pernah bertanya KDYMM Tuanku atas sebabnya beliau mahu menjadi Agung sedangkan Sultan Johor sebelumnya telah mengelak dari menerima jawatan ini apabila sampai gilirannya. KDYMM Tuanku telah memberitahu saya bahawa 'aku bukan mahu pangkat ..... duit pun tak perlu .... semua gaji dan elaun YDP Agong aku tak ambil .... aku derma untuk biasiswa .... ' seterusnya beliau menyebut satu ayat, yang saya masih berteka-teki maksudnya, sampai ke hari, ini iatu 'jika aku boleh tunggu bertahun-tahun untuk dapat jawatan kenapa orang lain tak boleh tunggu?' Kerana kemangkatannya maka saya tidak mempunyai kesempatan untuk bertanya erti ayat ini.

GEMAR LAGU KERONCONG

19. Dalam perjalanan seterusnya, sambil memandu dengan penuh yakin, KDYMM Tuanku pun menyanyi sebuah lagu keroncong yang tidak begitu jelas senikatanya kepada saya. Saya komen 'Tuanku suka keroncong.' 'Favourite aku Julie Sudiro dan Yusni Hamid ...... macam mana suara aku?' Saya menjawab 'lebih baik Tuanku terus jadi Sultan sahaja dan jangan buat kerja lain.' 'Jadi tak sedaplah suara aku.' ' I did not say that Tuanku.' 'Aku pun tahu ...... aku suka kau jujur dan ikhlas ..... jangan macam Mat Bulat ... dia kata aku boleh jadi recording artis ... dia nak ampu aku....' Tidak hairanlah bila saya nampak Julie Sudiro terduduk letih di atas lantai di belakang barisan tempat duduk keluarga di Raja dalam dewan bersemayam di hari pengkebumian.

  

No comments:

Post a Comment