Yang ini tidak boleh
Yang ini boleh kot..?? 99.99% tulin..
Yang ini takkan tak boleh.. rakyat kena bagi tahu, kalau pakatan memerintah beginilah nasib polis trafik.
SPR telah membuat peraturan baru bahawa gambar-gambar berbentuk karikatur tidak dibenarkan sebagai bahan kempen. Habislah salah satu modal pembangkang. Mereka ada Zunar yang selalu melukis watak-watak tokoh UMNO/BN dan memperlekehkan mereka dengan pelbagai sindiran yang tidak masuk akal. Banyaklah pakatan rugi kerana mereka telah banyak menempah poster dan baner dari luar negara ni.
Bila kartunis UMNO/BN pula yang melakukannya, maka sepantas kilat mereka menuduh itu sebagai satu penghinaan. Kadang-kadang kita merasa loya dengan perangai pembangkang yang tidak tahu diuntung ini.
Video atau VCD tidak pasti pulak, samada boleh atau tidak boleh. Video yang tulinlah, bukan video yang di cetak rompak.
PRU-13 larang kempen karikatur
JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.
Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.
"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kita tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.
"Jadi, SPR akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan kempen yang melanggar seksyen itu pada pilihan raya umum nanti," katanya selepas taklimat kepada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) peringkat negeri Johor di Senai di sini hari ini. - UTUSAN
Dengar tu wahai pakatan haram, esok jangan kata SPR tidak bagi tahu. Pilihanraya ini sesuatu yang serious. Bertandinglah secara sihat dan tonjolkan kebaikan pembangkang lebih daripada BN, jika mahu menang. Bukan dengan propaganda tidak sihat, tidak senonoh dan fitnah sokmo. Soalnya mampukah pembangkang menunjukan program yang baik dan contoh teladan yang baik dan mampukah mereka mengatasi BN.
Kalau tidak yakin, daripada asyik menyalahkan SPR sahaja, daripada asyik dengan menyalahkan pengundi hantu sahaja, lebih baik awal-awal lagi tarik diri..
Ini sudah tentu boleh.. rugilah kalau tak boleh guna dalam PRU13.
"Tuan/tuan dan puan/puan, sepetang bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.. pada 1 Jun 2012, bertempat di Desa Rhu, Sikamat jam 8.30 malam..datanglah beramai-ramai" hah baru sahaja sebuah kereta dengan pembesar suara melalui depan rumah Jokiden sambil berulang kali membuat hebahan tersebut.
Dengar khabarnya Datuk Dr Hassan Ali juga akan datang pada 1 Jun di Taman Kobena, Senawang. meriah pulak tompek Jokiden sehari dua ni..
No comments:
Post a Comment