"Nampak penumbuk aku ni..??"
"Den tinju budak Ummi ni kang kok lobam mato eaa.." Eh!! Tian Chua bulih golak2 plak..Nuar tengah hot tu..Tangan dia gemgam penumbuk dlm poket..
Wajah orang tewas berhujah!!!
Ceramah di Pantai Dalam minggu lepas, di tempat Nurul Izzah untuk kesekian kalinya berlaku pertembungan antara kumpulan Nuar dan Ummi Hafilda. Penganjur mana yang sengaja memilih pertembungan tarikh tersebut samada pihak PKR atau Ummi, tidaklah Jokiden pasti.
Selalunya apabila bertembung dengan Ummi, Nuar hanya berucap 5 atau 6 minit kemudian cabut, malas nak 'melayan' sergahan Ummi. Namun di Lembah Pantai takkan dia nak cabut juga kerana itu kawasan Naib Presiden PKR@Nurul Izzah@anak sulong ibu ayah PKR. Mahu tidak mahu dia terpaksa mendengar segala 'pembongkaran' Ummi.
Biasalah Nuar ni bukannya boleh tahan dengan provokasi. Kadang-kadang dia provok orang, dia pulak yang akhirnya meroyan. Wartawan provok, wartawan kena halau.
Nurul Izzah selalu juga meroyan macam Nizar Jamaluddin tu. Tetapi Nizar tu meroyah sebab gila talak. Kadang-kadang fitnah Nurul ni lebih hebat mengalahkan fitnah bapak dia. Tanggung-jawab sebagai Ahli Parlimen di situ tidak tertunai juga. Bertembung dengan Ummi, Nurul terpaksa gigit gigi menahan geram, lama-lama dia menjerit juga sampai nampak anak tekak, tak tahan apabila Ummi londeh sampai ke seluar dalam.
Nuar dalam usaha untuk mempertahankan Nurul terpaksalah buat mimik muka yang berlebih-lebihan. Sampai terkeluar perkataan SIAL dari mulutnya. Bila dia tewas maka semua maki hamun keluar dari mulutnya macam berih digoreng. Mulalah dia tuduh pemuda di flat itu di upah oleh Pemuda UMNO untuk menjadi samseng.
"Dia sapu berjuta-juta.. kamu dapat upah RM20.00 je.." Itu antara ayat penghinaan dia terhadap sesiapa sahaja golongan muda yang tidak menyokong dia. Berdasarkan kata-kata, tingkah laku dan perangai Nuar ni jelas dan soheh dia tidak sesuai untuk menjadi pemimpin negara Malaysia. Habis kenapa Nik Aziz, Hadi Awang, Karpal Sinki, Mat Sapu, LKS, Mahpoozzz Bean, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, LGE, Singapore dan Amerika menyokong dia??
Hahaha.. dia jadi alat untuk mereka mencapai cita-cita politik dan cita-cita kekayaan mereka.. Itu sahaja.
Yang sudah tidak sanggup lagi melihat penipuan Nuar walaupun sebagai Pengasas PKR dulu akhirnya meninggalkan beliau. Bukan sedikit jumlahnya.. Antaranya Zul Kulim, Zainur Zakaria, Roslan Kassim, Ezam Md Nor, Zahrain Hashim, 6 MP, Woo Chee Keong, Mursyidul TIBAI, ah ramai lagi lebih 40 orang, termasuk Dr Chandra Muzaffar yang mempunyai ungkapan maut apabila membawa diri iaitu "malapetaka jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kesimpulannya jika gagal berhujah, Nuar sanggup pula bertumbuh dengan pencabarnya. Malangnya di Flat Lembah Pantai ini orang yang dia nak berlawan tinju ialah Ummi Hafilda, mana boleh kot.. malulah Nuar, jadi gemgam aje lah penumbuk tu. Kan dulu dia pernah sifatkan Ummi ni hanya seekor nyamuk.. maksudnya cikai je.. macam mana nak tumbuk nyamuk..?? Hahaha.. kena kau Nuar.
A broken man....
ReplyDelete