Tuesday, May 29, 2012

Akibat Mulut Celupar NIZAR.. Harapan Pakatan Di Johor Musnah..


Nampak tangan dia tu dah ready nak lambai tu..

Woii Nizar, sebelum nak meroyan tu buat research dulu, selidik dulu. Kau yang sibuk nak 'membela rakyat ni' banyak ke duit yang kau telah sumbangkan kepada rakyat atau kau sapu semua elaun ADUN dan elaun Parlimen tersebut. Berapa puluh Yayasan yang kau telah tubuhkan untuk membantu rakyat Perak ni. Kerja kau tak lebih daripada meroyan, gila talak dan menyruh orang PAS berbaring depan kereta Raja Muda Perak.

Hah, geram sikit Jokiden dengan Nizar ni. Sampaikan Sultan Johor pun hendak dilibatkannya dalam politik murahan dia. Dia ingat rakyat Johor akan bersimpati dengan dia dengan kenyataan tolol dia itu. Duit Baginda, suka hati Bagindalah nak beli kereta apapun. nak letak kat motor besar ke untuk Baginda menjelajah ke serata Johor, melihat nasib rakyat. Yang kau meroyan pasal apa Nizar oii..

Ingat lagi semasa merasmikan Pesta Mersing dan Pelan Pembangunan Mersing tempoh hari Baginda Sultan Johor bertitah, jangan dipolitikkan semua perkara termasuk soal pembangunan.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dalam usaha untuk memenangi hati rakyat Nizar nyata telah banyak kali tersilap langkah yang menyebabkan rakyat terus meluat dengan perangainya.


 



Sejak kehilangan jawatan Menteri Besar ini Nizar gagal mengawal perilakunya. Dia tidak reda dengan ketentuan Allah. Macam mana nak jadi ahli PAS kalau gagal memahami maksud reda?? Dia masih kata UMNO/BN  merampas takhtanya. Salahkan diri sendirilah sebab bercakaran sesama sendiri dalam pakatan, sebab itu ADUN pembangkang keluar parti. Tak masuk BN pun mereka tu, cuma menyokong BN sahaja untuk menubuhkan kerajaan negeri. As simple as that, yet you fail to understand Nizar oii..

Allah beri kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah tarik kuasa daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Itupun tak faham Nizar??? Asyik nak menyalahkan UMNO/BN. Ngeh dan Ngok tu memanglah tak faham, yang kau sama tak faham kenapa???? Kadak dan kadar dah sampai, kan itu rukun iman.

Elaun kau besar Nizar, bagilah pada rakyat Perak yang kais pagi makan pagi tu, atau benakan rakyat rumah kos rendah. Jangan nak kaitkan Sultan supaya bena rumah kos rendah. Sekarang mana muka nak taruk?? Nak minta ampun tak??



Chua Jui Meng dan Salehuddin Ayub sibuk nak memenangi hati rakyat Johor kerana nak menjadi Menteri Besar selepas PRU13 nanti, Nizar pulak sibuk nak menyakitkan hati rakyat Johor. Soheh tak dapat undi dari majoriti rakyat Johor kerana mereka tersinggung dengan bahasa biadap Nizar terhadap Raja mereka.

Siaplah lepas ini kena berjawab dengan Salehuddin dan silap haribulan kena pecat terus dari PAS kerana bukannya membawa keuntungan sebaliknya lebih banyak membawa keburukan dan kerosakan kepada parti.

Selepas ni nak salahkan siapa pulak ni, nak kata akhbar mana pulak yang putar belitkan kenyataan beliau. Berhemahlah sikit wahai Tuan Nizar Jamaluddin, baru layak menjadi pemimpin. 

Sematkan sedikit rasa malu dalam diri dahulu baru terbatas segala perbuatan, jangan main redah semacam je. Sekarang dah fahamkan setiap sen duit gaji Baginda dan Tengku Makhota Johor adalah untuk rakyat. Nizar berani ke buat seperti itu. Hilang Toyota Camry pun sudah meroyan sampai ke hari ini..Malu..malu..malu..

 

Ini dapat percuma kot??


Tengok Gambar Seterusnya Di eXception
 

3 comments:

  1. Jangan dibagi Nizar jahanam tu masuk johor..kalau datang gak halau jee..

    ReplyDelete
  2. aku rasa nizar ni mmg wayar putus dr dulu lg, sebab tu la dia dipilih jd MB pakatan masa tu. Senang nga-ngeh cucuk idung. Lepas jd mantan MB, meroyan menjadi-jadi, delusional.

    ReplyDelete
  3. YB "Yang Bolih" Nizar, silalah berundur! PAS cuma ada 6 kerusi, berangan jadi MB. Yeop & Yong, Singkirkan PR dari Perak!

    ReplyDelete