Monday, May 28, 2012

Gempar!!!..Tak Puas Hati.. 112,000 Peneroka Saman Felda..

.

Kelam kabut, kecoh dan tidak terkawal. Begitulah gambaran yang dapat disimpulkan apabila keseluruhan warga Felda memenuhi semua mahkamah di seluruh negara untuk mengemukakan saman terhadap kerajaan dan Felda. Mereka menuntut pihak kerajaan segera menunaikan janji yang dibuat dan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 8 April yang lalu bertempat di Felda Jengka 8, Pahang.

Mereka diwakili oleh sekumpulan peguam yang berpengaruh dan terkenal dan diketuai oleh Datuk Muhammad Shafie Abdullah.


Wakil peneroka tersebut apabila ditemui oleh media telah menyatakan kerajaan telah memungkiri janji tentang pembahagian saham FGVB serta bonus, serta durian runtuh yang dijanjikan. Setakat hari ini hanya bayaran pertama sahaja yang telah mereka terima iaitu sebanyak RM5,000.00. Baki sebanyak RM5,000 lagi untuk isteri dan RM5,000 lagi untuk anak-anak generasi kedua telah tidak dibayar.

Lalu kebanyakan yang hadir di mahkamah seluruh Malaysia ialah kaum wanita dan orang-orang muda.

"Kami menuntut janji kerajaan, kami telah memberikan sokongan kepada kerajaan dalam PRU13 yang lalu.." Kedengaran seorang wakil peneroka berteriak nyaring di luar bangunan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

"Kerajaan zalim, Felda menipu.. susah payah kita undi mereka..kalau macam ini lebih baik kita undi pembangkang dalam PRU akan datang.

"Dulu kerajaan janji macam-macam masa menagih undi kami.. dah dapat undi.. dah menang.. kami dipinggirkan..tak adil.. penipu..!!!" Jerit yang lain pula.

Untuk tujuan rekod, dulu pernah juga warga Felda sebanyak 8 orang telah membawa kes FGVB ini ke mahkamah, namun injunksi tersebut berjaya dibatalkan oleh Felda dan urusan penyenaraian FGVB terus berjalan. Masa itu keadaan tidak sekecoh hari ini kerana jumlah yang terlibat tidak ramai. Dan itu adalah kehendak minoriti.

Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya, dimana 99.93 % warga Felda menagih janji Felda dan kerajaan kerana gagal menjelaskan baki bonus yang telah dijanjikan dulu. Mereka melahirkan rasa kekecewaan mereka dengan berkumpul di sekitar bangunan Mahkamah sambil membawa poster Perdana Menteri dan mencontengnya.

"Perdana Menteri zalim..kata nak membela rakyat, tetapi akhirnya rakyat tertipu dengan janji-janji manis kerajaan." Kedengaran satu suara yang biasa di dengar dahulu iaitu suara Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR yang kalah dalam pilihanraya PRU13 lalu. Kenapa dia berada di situ???       

Pihak pengawal Mahkamah terpaksa berhempas pulas nak mengawal peneroka yang datang terlalu ramai. Polis tak ada seorang pun untuk membantu kerana semua polis sudah meletakkan jawatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung-jawab terhadap Felda telah tidak dapat dihubungi oleh pihak media untuk mendapatkan penjelasan.

Perdana Menteri yang sedang melakukan lawatan tidak rasmi ke Turki terpaksa muncul di TV untuk membuat penjelasan begini:

"Rakyat mesti bertenang, beri Felda peluang untuk meneliti kes tersebut, kita akan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk warga Felda" katanya seperti yang dipetik oleh CNN.

Apabila didesak terus oleh wartawan, Perdana Menteri dengan muka mencuka menjawab,

  'Perdana Menteri' sedang menjelaskan isu FELDA..

"Ini soalan UMNO ke, you dari UMNO??? Ini semua salah UMNO, peneroka kena pergi jumpa UMNOlah, kita tak terlibat. Janji bonus dulu adalah janji kerajaan UMNO yang rakus, yang tak berpijak di bumi nyata.. Kerajaan hari ini tidak tertakluk kepada apa-apa janji yang dibuat oleh kerajaan BN dulu.." tegas Perdana menteri.

Apabila didesak terus dan wartawan bertanyakan tentang janji Pakatan untuk terus membela warga Felda jika mendapat kuasa ini jawapan Perdana Menteri.

"Siapa suruh undi kita..." sambil menghalau wartawan tersebut keluar dari sidang medianya.

Moral cerita: JANGAN SALAH PILIH WAHAI WARGA FELDA..PILIHLAH BN

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna."
"Jangan mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan"
"Jangan yang dikejar tidak dapat yang dikendung pula berciciran"

No comments:

Post a Comment