Dia ni mulanya menang, tetapi setelah lampu padam tetiba je undi Nurul Izzzah melonjak naik, entah dari mana datangnya. Mungkin dengan kerjasama SPR, mereka telah bersedia dengan 5 kotak undi yang telah dipangkah awal-awal lagi.
Beberapa hari ini di warung-warung kopi perbualan berkisar tentang keputusan PRU13. Bagi penyokong BN walaupun BN menang dan masih membentuk kerajaan namun kegembiraan sedikit luntur. Mereka juga tegar membantah tindakan provokasi oleh pakatan khususnya Nuar Brahim yang mempertikaikan keputusan tersebut.
Sementara penyokong pakatan nampaknya perbualan adalah berkisar keatas isu penipuan oleh SPR untuk memenangkan calon-calon UMNO/BN. Rata-rata mereka mempercayai tentang kisah pengundi hantu, lampu padam, pengundi mengundi dua kali atau SPR menambah undi BN.
Agak menghairankan yang mempercayai kisah dongeng tersebut bukannya terdiri daripada warga muda, sebaliknya otai politik yang berpendidikan tinggi seperti guru besar, pesara kanan kerajaan dan penjawat di sektor swasta. Mereka mempercayai kata-kata Nuar Brahim.
Ini merupakan ulasan
Jokiden terhadap komen-komen yang terdapat di dalam media sosial selepas PRU13. Ada
ribuan komen sebegini dan puak pakatan amat teruja dengan komen-komen tersebut.
Samada pemberi komen ini benar-benar yakin dengan apa yang mereka komen dan 'share'kan atau
sengaja membuat komen demi untuk menambah persepsi dikalangan mereka. Jokiden mengulasnya di sini kerana tidak mahu rakan-rakan fb Jokiden tersinggung sedangkan mereka berpendidikan tinggi dan memegang jawatan tinggi pula.
Eddy Eng: You still can not understand
the feelings of the Chinese community towards the MCA and why we hated MCA so
much!UMNO has rubbish the Chinese community for so long with the help of MCA
against the Chinese community.The corruption and abuse of power of all
component parties of BN is beyond tolerance any more.It is not that the Chinese
need to depend on the representation of the MCA.We never did need your
representation.The Chinese community have suffered under the rule of BN and we
still persevere and struggle to make a living in Malaysia depict the
discrimination and abuse of BN.MCA has never been able to protect the interest
of the Chinese community.You and other MCA leaders' statement against the
opposition parties amounts to bad taste and intimidation to the Chinese
community.We never need MCA's help or representation at all.We have survived
the discrimination and abuse of BN since Tun Razak's era.We will continue to
survive in Malaysia without MCA
ANGKUH BETUL KENYATAAN DI ATAS. Inilah luahan rasa rakyat
yang tidak tahu mengenang budi. UMNO/BN telah melayan rakyatnya begitu adil
sekali. Pemimpin UMNO begitu bertolak ansur sehinggakan ahli parti sendiri
diketepikan kerana ingin memberi lebih tumpuan kepada komuniti Cina.
Mengatakan kaum Cina di pinggirkan oleh UMNO/MCA dan
terseksa di bawah pemerintahan UMNO/MCA/BN adalah satu kenyataan yang kurang
cerdik dan penuh dengan provokasi. Cuba senaraikan sendiri segala apa yang
terbuku dihati dalam semua bidang sekiranya benar kaum Cina terseksa di bawah
BN. Kemudian senaraikan pula segala kenikmatan yang kaum Cina nikmati di bawah
UMNO/BN.
Menuduh MCA gagal melindungi kepentingan kaum Cina
merupakan perbuatan yang sengaja menolak fakta, membutakan mata dan memekakkan
telinga. Bahasa kasarnya ialah pekak dan tuli. Tidak mendengar dan tidak
melihat.
Kisah rasuah di dalam DAP sebenarnya lebih besar jika
dibandingkan dengan rasuah di dalam MCA. Pemilihan CEC DAP menjadi bukti kepada
betapa buruk dan tidak demokratiknya parti tersebut. Jokiden suka mengulang
ayat iaitu DAP tidak akan mampu memenangi sebarang kerusi dalam PRU sekiranya
tidak memainkan sensitiviti kaum dan membesar-besarkan isu perkauman.
Fb Pencinta Kebenaran 6/5/13
Berikut adalah antara sebab2 PR tidak berpuashati pada
PRU 13:
a) Begitu banyak kes pengundi hantu yang berjaya
dibongkar.
Di mana pembongkaran ini. Mana buktinya?? Kenapa bodoh
sangat untuk mempercayai wujud pengundi hantu ini seperti yang selalu
digembar-gemburkan oleh Nuar. Jelas Nuar menipu dan berjaya menipu pengikutnya.
Bertahun-tahun SPR mempamirkan daftar pemilih, beratus kali SPR mengwar-warkan jumlah
pengundi ialah sebanyak 13.3 juta. Ada sesiapa yang peka untuk menyemak???
Hanya 1,000 orang lebih sikit yang mengambil inisiatif untuk menyemaknya.
Mana perginya 135,000, 70,000, kemudian 40,000 dan akhir
sekali 27,000 yang didakwa diangkut dengan penerbangan kelas pertama seperti
yang Nuar tipu tersebut. Mana mereka itu pergi mengundi?? Mana pergerakan luar biasa
di KLIA sepanjang tempoh PRU ini??? Kalau bukti setakat air liur basi, tak
perlulah menjerit, nanti dunia luar mengketawakan Nuar Brahim.
b) Dakwat kekal yang dijanjikan langsung TIDAK KEKAL!
Padahal berjuta2 habis untuk beli.
Ini lagi bukti betapa tidak cerdiknya pembangkang.
Menyusahkan rakyat, mengambil masa yang lama untuk beratur dan dicalit. Ingin kembali ke
zaman purba sedangkan SPR telah jauh maju ke hadapan. Nasiblah jika ada yang
dakwatnya cepat hilang dan ada juga yang masih kekal hingga kini.
Bila dakwat tidak kekal mana buktinya yang mereka yang
sudah mengundi itu dapat mengundi lagi sekali??? Di tempat mana pula mereka
pergi mengundi. Jika di tempat yang sama tentulah tidak mungkin kerana nama
mereka telah diptong oleh wakil-wakil parti yang ada di pusat mengundi itu.
Kecualilah wakil parti itu telah di rasuah oleh wakil BN atau SPR dan mereka buat buta je, atau buat
pekak je. Jika itupun berlaku, kertas undi sudah pasti tidak tally. Lagi sekali
mungkin wakil calon pakatan yang berada di situ telah menerima rasuah RM10 juta yang
memungkinkan perkara itu terjadi.
c) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat
dalam sejarah Malaysia!
Ini tidak menghairankan kerana jumlah undi yang banyak untuk
dikira dengan teliti. Mat Sapu bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dengan
Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man hanya melibatkan 1200 undi namun
keputusan hanya dapat diumumkan pada jam 4 pagi. Inikan pula melibatkan 11 juta
kertas undi. Tentulah mengambil masa.
Namun keputusan pastinya dapat diumumkan jika Pakatan
tidak buat hal seawal jam 9 malam. Ini tidak berlaku kerana Nuar mengarahkan supaya undi
dikira berkali-kali semata-mata untuk melewatkan pengumuman oleh SPR bagi
mengwujudkan syak wasangka. Bagi 826
calon yang bertanding mereka sebenarnya sudah tahu samada menang atau kalah
sebelum jam 7 mlm lagi kerana balaci mereka telahpun terlebih dahulu
menjumlahkan semua undi yang dihantar melalui SMS oleh wakil masing-masing dari
bilik mengundi. Kita mesti ingat, selagi undi tidak habis dikira di situ dan wakil
tidak menanda tangani borang 13 atau 14, kotak undi tidak dibenarkan diangkut
ke Dewan atau Pusat Penjumlahan undi.
d) Setelah DSAI
umum PR menang banyak negeri, serta merta banyak pusat kiraan tiba2 blackout
dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
Nuar ini pun satu hal, sudahlah bangang, meroyan pulak,
apa kuasa dia nak umumkan keputusan PRU. Kuasa itu ada ditangan SPR. Oklah
lampu padam selama 10 jam atau 20 jam di pusat2 penjumlahan undi, apa masalahnya??? Di situ ada beratus atau
mungkin beribu orang memerhatikan dan memantau situasi termasuk wakil2 pakatan
yang mudah dibayar berjuta ringgit tadi oleh SPR dan wakil BN untuk membolehkan undi ditambah. Boleh ke???
TNB mengesahkan tidak ada berlaku blackout, kecualilah
yang dirancang oleh puak pakatan sendiri yang memotong bekalan. Lagipun di
dalam gelap macam mana nak kira undi yang baru di bawa masuk tu. Dari mana
datangnya undi tersebut?? Bagaimana pula jumlah undi itu tally atau sama dengan
apa yang ditanda tangani oleh wakil yang mengira di pusat mengundi siang
tadi.?? Tidak masuk akal dan kurang akal bagi sesiapa yang mempercayainya. Namun
apa kita nak hairan ye tak, lagi kuat pakatan menipu lagi ramai yang
mempercayainya.
Nuar Berjaya dengan rancangannya supaya calon-calon
pakatan diminta mendesak SPR mengira undi berulang kali supaya terjadi
kelewatan dan timbul keraguan, supaya penyokong tolol mereka mempunyai asas
untuk percaya dan membuat bantahan.
Bagaimanpula kes di Marang, kita melihat di dalam TV
betapa Hj Hadi ketinggalan dan calon BN mendahului. Mungkin selepas ‘blackout’
itulah agaknya berguni-guni undi hantu masuk untuk memenangkan Hj Hadi. Di Lembah Pantai dari awal hingga akhir Datuk
Raja Nong Chik mendahului, tetiba sahaja selepas berlaku ‘blackout’ undi Nurul Izzah bertambah-tambah
dan dia akhirnya menang. Dikedua-dua
tempat ini sahlah Hj Hadi dan Nurul Izzah menang dengan undi hantu yang
disekongkolkan oleh wakil BN, wakil pakatan dan petugas SPR. Pastinya mereka
telah dibayar berjuta ringgit untuk melakukan penipuan itu dan memenangkan
calon pakatan. Duit, siapa yang tak mahu beb!!!
e) Berjaya
dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen Putrajaya.
Kalau sudah dibongkar dan ditemui 3 peti undi tersebut tidak
adakah yang mengambilnya dan membawanya ke balai polis dan membuat laporan,
siap dengan rakaman video untuk dinaik turun ke laman youtube. Peti undi itu di
sorok untuk buat apa??? Dari jam 7.30 pagi wakil pakatan di dalam setiap bilik
mengundi itu buat apa??? Mereka tidak periksa ke apa yang ada dalam bilik2
tersebut??? Berapa kertas undi yang dikeluarkan dan apakah mereka
menanda-tangani borang kosong dalam mengesahkan jumlah undi di situ???
Kenapa Pakatan melantik semua wakil yang tolol dan mudah
dibeli oleh pihak lain dan meletakkan mereka sebagai pemerhati di 8,500 pusat
mengundi tersebut. Memanglah pakatan ini tidak cerdik dan dapat ditipu oleh
wakil2 yang mereka sendiri lantik. Apapun jika bukti sudah cukup kemukakanlah
petisyen PRU, apa perlunya pergi berarak ke Stadium Kelana Jaya????
Buat petisyen supaya Husam Musa boleh menang. Kesian kat dia, sudahlah ditolak oleh pengundi Putrajaya, di Kelantan dia ditolak pula oleh Istana dan otai-otai PAS. Kesian, eloklah undi di Putrajaya, di Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Marang dikira semula memandangkan ada keraguan di situ.
Buat petisyen supaya Husam Musa boleh menang. Kesian kat dia, sudahlah ditolak oleh pengundi Putrajaya, di Kelantan dia ditolak pula oleh Istana dan otai-otai PAS. Kesian, eloklah undi di Putrajaya, di Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Marang dikira semula memandangkan ada keraguan di situ.
f) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk
ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah
tempoh 3 jam tidak cukup untuk proses kira undi di buat.
Ini apa bendanya ini, faham ke tidak proses PRU wahai
‘Pencinta Kebenaran’ atau sengaja nak buat posting kerana anda telah dibayar
sebagai jentera The Red Bean Army’??? Apa yang direpekkan ini??
Pusat mengundi memang ditutup pada pukul 5 petang dan
peti diseal di depan mata wakil-wakil parti di situ. Pintu tempat mengundi juga
dikunci, tiada sesiapa boleh masuk dan boleh keluar. Seal peti undi adalah
preraturan SPR. Beberapa minit kemudian di depan mata wakil yang celik tersebut
peti undi akan dibuka kembali dan undi mula di kira.
Di peti undi kampong Jokiden jumlah undi tidak banyak
hanya dalam 240 sahaja. Sekejap sahaja sudah selesai dan sudah tahu berapa BN
dapat dan berapa pakatan dapat. Bantahan tidak ada. Perbezaan undi jauh, jadi
tidak ada keributan. 6.30 petugas SPR dan termasuk wakil parti yang bermata
buntang sudah keluar dan membawa peti undi ke Kuala Pilah untuk dihantar ke
Dewan Pengumpulan undi. Wakil parti membawa salinan borang 13 di tangan
masing-masing.
Di tempat yang ramai pengundi proses mengira undi tentulah
mengambil masa yang lama. Jika ada bantahan dan kiraan semula, lagi lama proses
di situ berjalan. Akhirnya borang 13 hanya boleh ditanda tangani oleh wakil calon
setelah undi berkali-kali dikira sehingga pada jam 10 malam. Kenderaan yang
membawa peti undi bersama petugas SPR dan wakil parti serta borang 13 di tangan
masing-masing menuju ke Dewan penjumlahan undi dalam keadaan letih litak. Jalan
pula sesak kerana kenderaan banyak.
Tiba berhampiran dewan penjumlahan undi, maka disekat
pula oleh puak pakatan kerana disyaki membawa undi tambahan. Setelah campur
tangan polis barulah mereka dapat menyerahkan peti undi kepada Pengurus PRU di
dewan berkenaan. Masa sudah lewat jam 11.30 malam. Jika jumlah undi
dipertikaikan oleh calon, maka kertas undi terpaksa dikira semula. Akhirnya
mengambil masa berjam-jam dan sehingga jam 2 pagi barulah semua pihak berpuas
hati dan pemenang boleh diumumkan.
g) Negeri
Perlis, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan semua BN menang majoriti mudah.
Untuk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan
negeri2 tersebutlah yang tiba2 mengalami blackout!!
Nuar kata UMNO/BN sudah tidak dapat lagi memperbodohkan
rakyat. Tetapi dalam hal ini Nuar ternyata berjaya memperbodohkan penyokongnya
dan penyokongnya dengan bebal mempercayainya. Sepatutnya penyokong
berpendirian, biar kita bodoh tetapi jangan diperbodohkan. Sebelum mempercayai
kata-kata Nuar ada eloknya jika disiasat terlebih dahulu apa yang keluar dari
mulutnya kerana dia kan selalu menipu dan putar belit.
Dalam (g) di atas penghantar posting fb ini beberapa kali
dibodohkan oleh Nuar. Pertama kerana mempercayai bahawa berlaku ‘blackout’
sehinggakan Hj Hadi yang pada mulanya kalah kemudian setelah blackout, dia tiba-tiba
menang.
Keduanya kerana tidak dapat membaca muslihat Nuar yang
mendahului SPR dengan mengumumkan bahawa di Negeri-negeri tersebut pakatan
sudah ‘menang’, sedangkan penyokong BN sudah mengetahui BN yang sebenarnya menang
walaupun tipis. Di NSDK tidak berlaku tension kerana sejak jam 9 lagi kita sudah
tahu BN menang, Cuma nak tunggu pengumuman SPR pada jam 1 pagi sahaja. Itu
proses undang-undang. Kalau adapun yang murung di rumah MB ialah kerana NSDK
tidak Berjaya memperolehi majority dua pertiga. Selain daripada itu kita
sebenarnya sudah merayakan kemenangan sejak awal lagi.
Samada Nuar mendapat maklumat yang salah daripada wakil
dia di setiap peti undi di NSDK atau dia sengaja mencipta berita palsu itu
sebagai persediaan untuk menyalahkan SPR nanti dan memperbodohkan penyokongnya.
h) Ada pengundi
hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
Ini lagi syok, Jokiden berharap sangat agar bukti ini
dapat di bawa ke muka pengadilan dan jika betul kawasan yang di menangi itu
tidak kira oleh parti mana mahkamah mestilah membatalkannya. Jika terbukti
pengundi hantu itu mengundi dua kali untuk memenagkan Hj Hadi, maka keputusan
Parlimen Marang mestilah dibatalkan dan PRK diadakan. Begitu juga jika terbukti
pengundi hantu itu mengundi dua kali di Parlimen Jempol, walaupun majority Tan
Sri Mohd Isa melebihi 8,000 maka kemenangan dia haruslah dibatalkan oleh
mahkamah dan pengundian semula mesti dijalankan. Kita juga ragu kerana mungkin
juga pakatan telah merancang beberapa orang untuk menjadi hantu dan cuba untuk mengundi dua kali
semata-mata untuk memerangkap SPR.
i) Kertas undi yang dibawa dari luar oleh petugas SPR!!
berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar
dan ia satu kesalahan yang besar ! Rakyat yang waras pasti akan menuntut
keadilan !
Ini akan menjadi bahan lawak antarabangsa. Mungkin
petugas SPR ini telah dibayar berjuta ringgit untuk tujuan ini. Sikit-sikit tak
mainlah beb.. Juta-juta ok, kalau masuk penjara juga ok. Jika kertas undi dari
luar di bawa sekalipun ia tidak akan diterima oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya
sekiranya jumlah undi tersebut akan membezakan dengan jumlah undi yang telah
ditanda tangani oleh wakil parti siang tadi. Ini perkara besar, jangan main-main. Jika
isu calit dakwat yang tidak betulpun wakil pakatan sanggup bertegang leher,
inikan pula jumlah undi yang berpuluh ribu ditambah… Hahahaha… lucu betul. Mari
kita gelak.
Orang Cina terlalu bencikan UMNO, kerana sudah lama
berkuasa dan diapi-apikan oleh Kit Siang dan kuncu-kuncunya. Kaum Cina digambarkan sebagai kaum yang tertindas di Malaysia ini dan MCA telah gagal menjaga kepentingan kaum Cina. Orang Cina mestilah memberikan undi kepada DAP kerana hanya DAP yang dapat membela nasib kaum Cina. Lagi lucu. kah..kah..kah..kah..
Pencinta kebenaran ni mungkin tak reti pasal pilihanraya kut? ataupun dia nak yakinkan orang2 yg jugak sama2 tak reti pasal pilihanraya. Dah la sebelum mengundi kena tipu, lepas mengundi pun kena tipu lagi! Inilah golongan yg dikatakan betul bendul, apa org kata semua angguk kepala, last2 kalau tak kena pijak kena langkah. Ada akai tapi tak reti nak pakai!
ReplyDelete