Rizab antarabangsa Malaysia RM416.3 billion
Genting ABPBH 8 April 2012. Malaysia ku permai.
Sehingga 30 Mac 2012, jumlah simpanan Bank Negara Malaysia adalah berjumlah RM416.3 billion dan ini merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan oleh negara. Jumlah tersebut cukup untuk menampung import tertangguh untuk selama 9.4 bulan.
Pembangkang tentu tidak gemar dengan perkembangan sihat ini, kerana ia melambangkan pentadbiran kerajaan UMNO/BN yang semakin cekap. Apabila kerajaan semakin cekap peluang pembangkang untuk mendapatkan sokongan rakyat akan merudum dan pembangkang terpaksa mencari isu lapuk, remeh dan penuh retorik untuk terus bernafas.
.
Sokongan Hj Hadi kepada Azmin Ali.
.
Jika semuanya masih ingat, suatu hari dulu, Dr Hassan Ali membuat kenyataan bahawa ahli PAS tidak sepatutnya berhimpun di perkarangan Mahkamah Jalan Duta untuk menunjukan sokongan kepada Nuar kerana isu tersebut adalah isu peribadi dan rakyat sepatutnya tidak diheret bersama.
.
Bebarapa jam selepas kenyataan itu keluar Timbalan Presiden PKR membuat bantahan dan mendesak Hassan Ali dipecat. Desakan beliau segera mendapat reaksi dan Hj Hadi bersama jawatankuasanya terus memecat Dr Hassan Ali dari parti PAS tanpa memberi ruang sedikitpun untuk Dr Hassan membela diri. Demi Azmin PAS sanggup kehilangan seorang tokoh yang berwibawa dan hari ini mereka jelas menyesal dengan tindakan terburu-buru tersebut.
.
Mutakhir ini ialah desakan daripada ahli akar umbi PKR sendiri yang mahukan Azmin Ali membuat penjelasan ke atas semua tuduhan serta dakwaan terhadap beliau, samada isu saham, isu DNA mahupun isu isteri beliau yang dikaitkan dengan Nuar. Sekali lagi Hj Hadi muncul untuk membela Azmin dengan mengatakan semua itu adalah dakyah UMNO/BN menjelangnya pilihanraya umum, yang sengaja mahu mejatuhkan Azmin. Katanya isu tersebut akan senyap begitu sahaja selepas PRU13 nanti sama seperti isu Eric Chia dulu. Hahaha...Hj Hadi..Haj Hadi... sendiri mahu ingatlah..Ini menjijikan.
Program PM dan TPM yang terus mendapat sambutan
PM dan TPM terus gigih memikul tanggug-jawab untuk menjelaskan kepada rakyat kemana hala tuju negera ini hendak mereka bawa. Rakyat semakin menerima mereka dan kita ada kalanya bersimpati dengan usaha gigih dua orang pemimpin ini.
.
Kemana sahaja mereka pergi sambutan adalah amat menggalakan dan ini mampu untuk membuatkan pemimpin pembangkang sakit hati, sakit perut dan sakit mata. Puluhan ribu menyambut kedatangan mereka dalam setiap program jelajah serta program turun padang. Setakat hari ini boleh dikatakan PM dan TPM telah melawat ke setiap negeri sekurang-kurangnya 2 atau tiga kali.
.
Pada masa yang sama kehadiran orang ramai di program pembangkang telah semakin berkurangan, semakin merosot dan semakin tidak dipedulikan kecuali program yang diadakan di Kelantan dan Pulau Pinang. Tanpa isu besar menjelang PRU13, pastilah UMNO/BN akan berjaya dengan cemerlangnya. Senario pilihanraya 1974 iaitu selepas peristiwa 13 Mie 1969 mungkin berulang semula dimana BN kembali menguasai kerajaan dengan lebih mantap.
.
PTPTN dijadikan modal politik.
Daripada pemimpin kecil, separuh kecil sehinggalah ke pemimpin besar pembangkang telah cuba memainkan isu PTPTN ini. Pelajar juga cuba diheret bersama. Akhirnya isu ini kelihatan tidak releven apabila pakatan pembangkang dicabar untuk melaksanakannya serta merta di negeri-negeri yang mereka perintah sekarang. Di Selangor, Kedah, Kelantan dan PP semuanya ada Yayasan Negeri masing-masing dan mengeluarkan pinjaman. Hapuskan segera dan tanggunglah secara percuma segala perbelanjaan pelajar yang mereka sendiri kendalikan. Nampaknya semua mereka kembali bisu.
.
Isu PTPTN ini yang Nuar juga terlibat secara langsung menggubalnya dahulu telah menjadi isu yang makan tuan. Bayangkan hampir RM50 billion jumlah PTPTN ini dan jumlah tersebut adalah amat besar dan tidak ada kerajaan negeri yang mampu menghapus kira pinjaman tersebut. Para pelajar juga memahami isu ini dan tidak teruja dengan momokan serta janji-janji kosong pembangkang.
Lawatan pemimpin PAP ke atas pemimpin DAP
Secara sembunyi dikhabarkan sebanyak 30 pemimpin PAP dari Singapura melawat pemimpin DAP di Pulau Pinang. Kenapa harus bersembunyi?? Ada agenda yang tidak baik kah?? Ada perjanjian sulit kah atau ada muslihat tertentu sehinggakan pihak mediapun tidak mengetahui tentang kunjungan tersebut. Jika terjadi sesuatu ke atas para pemimpin tersebut siapa yang akan bertanggung-jawab?? bukankah kerajaan Malaysia.
Umum mengetahui betapa terujanya pemimpin PAP di Singapura tentang kejayaan kerajaan DAP di Pulau Pinang, namun semua pihak harus ingat bahawa Malaysia dan Singapura adalah dua buah negara yang berdaulat. Sebarang kerjasama secara tidak beretika dan tidak mengikut norma-norma perundangan antarabangsa adalah dilihat sebagai campur tangan anasir luar dan harus dibendung seak awal lagi.
Suara akar umbi PKR
Ibarat bom jangka, bila-bila masa sahaja ia boleh meletup dan membawa kepada kemusnahan. Begitulah senario kebelakangan ini dimana ahli akar umbi PKR telah berani bersuara secara terbuka mempersoalkan kredibiliti pemimpin mereka yang dilihat selalu berdolak dalih dalam menangani pelbagai isu.
Ahli sudah tidak dapat membendung lagi kesabaran mereka apabila terus cuba diperbodohkan oleh para pemimpin mereka mengenai isu-isu yang berlengkar di sekeliling pemimpin. Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang Mohd Isa Saidi telah mengorak langkah dengan membuat kenyataan akhbar dan meminta secara tegas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya menjawab segala tuduhan terhadap beliau. Mungkin lebih banyak lagi suara akar umbi akan kedengaran selepas ini nanti.
Penganjuran Bersih 3.
Pembangkang nampaknya terus terdesak dalam meraih sokongan rakyat. laporan PSC yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa bahas akibat daripada keadaan ahli-ahli Dewan yang tidak terkawal, memberikan pembangkang modal terbaik untuk menganjurkan perhimpunan haram bersih 3 pada 28 April nanti.
Terdapat tiga wakil pembangkang yang dianggap 'tolol' dalam jawatankuasa penilaian dan penambahbaikan perjalanan pilihanraya di negara ini iaitu, Azmin Ali, Dr Hatta dan seorang lagi wakil dari DAP telah pada awalnya bersetuju dengan isi kandungan laporan tersebut. Tambahan 7 daripada 8 saranan serta kehendak mereka telah dipenuhi. Tidak punya alasan lain, maka mereka membawa laporan minoriti untuk dilampirkan bersama dan ini sudah tentulah tidak dapat diterima. Ada pihak mengatakan puluhan ribu dibelanjakan untuk Jawatankuasa ini berfungsi dan menjalankan tugasnya hanya akhirnya 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dengan penemuan Jawatankuasa ini.
Penganjuran Bersih 3 ini seperti yang digembar gemburkan oleh Pak Samad Janggut Susahterawan Negara, kerana membantah SPR yang kononnya tidak telus, juga secara sembunyinya akan digunakan oleh pembangkang untuk mendapatkan dana daripada pertubuhan luar negara. Dana tersebut sudah pastilah berjumlah jutaan ringgit dan ada orang akan gemuk poketnya kelak.
Mereka akan dapat dana, sementara peniaga besar, pemandu teksi dan peniaga kecil di kawasan sekitar akan kehilangan punca pendapatan pada hari tersebut. Yang susah pula ialah polis, sudahlah akan dicemuh dan dimaki, juga akan terpaksa berhadapan dengan kesukaran mengawal lalu lintas pada hari kejadian itu. Pelancong juga akan susah. Pelawat yang ingin membawa keluarga juga akan susah. Akhirnya rakyat akan menyampah, rakyat akan marah dan rakyat akan terus memusuhi pembangkang.
Nizar lilin terkantoi
Pelanduk selalu lupakan jerat, namun jerat sepanjang masa tidak akan menlepaskan peluang untuk menjerut kaki pelanduk. Dalam keghairahan untuk mengutuk BN, Nizar terlupa bahawa dia sebenarnya yang menyokong dan meluluskan projek Vale di Teluk Rubiah. Sebab itu orang selalu mengingatkan bahawa dalam menuduh orang lain satu jari menunjuk ke arah orang, 4 jari menuding ke arah diri sendiri. Nizar ni contoh seorang yang gila talak dan asyik meroyan sahaja dan perbuatan beliau sebenarnya tidak disukai oleh PAS sebaliknya amat disukai oleh DAP. Nizar mesti ingat jika Perak jatuh ke tangan pembangkang semula, MB adalah dari calon DAP berbangsa Melayu. PAS akan disuruh oleh DAP balik kampung. Itupun tak sedar.
Presiden MCA mula mendapat rentak
Sejak kebelakangan ini akhbar sudah mula melaporkan tentang sanggahan ataupun kritikan pedas Presiden MCA terhadap DAP.
Dr Chua Soi Lek telah mula membesarkan isu bahawa DAP mengamalkan politik perkauman yang dashyat. Tanpa semangat rasis yang tebal, DAP tidak akan kemana katanya. MCA sudah berpuluh tahun berbakti kepada masyarakat Cina, sedangkan DAP baru 4 tahun berkuasa sudah mula mendabik dada mengatakan MCA menghalang orang Cina daripada terus berkuasa dalam negara ini.
Samada kita suka atau tidak yang lebih relevan untuk mengutuk DAP ini ialah MCA, Gerakan dan PPP. Kita UMNO sepatutnya memberikan sokongan kepada pemimpin MCA dan Gerakan untuk mengkritik DAP. Jika kritikan datang daripada UMNO, orang Cina di bawah DAP semakin bersatu, namun jika kritikan datang daripada bangsa mereka sendiri, kaum Cina akan lebih membuka mata. jadi Tuan Presiden MCA, teruskan kerja baik tuan dan kembalikan sokongan kaum Cina kepada BN. Dapat peningkatan sekadar 35% sokongan pun sudah memadai untuk BN menang besar dan melumpuhkan semua aktiviti parti pembangkang.
Ceramah Dr Hassan Ali terus mendapat sambutan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Walupun Dr Rani dan Khalid Samad terguling-guling sekarang ini, kerana kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap setiap ceramah Dr Hassan Ali, mereka berdua sebenarnya sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. nasi sudah menjadi bubur, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang kemaraan Dr Hassan Ali, nampaknya masih gagal. Ceramah terakhir beliau di Permatang Pasir, kubu kuat Nuar, juga mampu menghimpunkan lebih 3,000 orang dalam hujan lebat.
Tindakan terakhir dan cara paling beradap untuk menyekat pengaruh Dr Hassan ialah Dr Rani ataupun Khalid Samad bertemu Dr Hassan dalam mana-mana kawasan dan bertanding satu lawan satu atau tiga penjuru pada PRU13. Jokiden yakin Dr Hassan akan menang mudah dan kedua mereka akan hilang wang pertaruhan. Ada berani???
No comments:
Post a Comment