Friday, April 13, 2012

DASYAT WEH!!!...HABISLAH PAS SELEPAS INI..DATUK SERI AHMAD SAID AKAN JELAJAH NEGARA.

MB bakal jutawan



MB sedang berenang bersama ikan!!
 

Program P:PAS diteruskan di seluruh negara

12/04/2012 7:36pm

KUALA TERENGGANU 12 April – Program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Katanya, program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini hari ini.

Semalam, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam. - BERNAMA

Jokiden:

UMNO memerlukan pemimpin berani seperti datuk Seri Ahmad Said ini. Selama ini PAS sesuka hati pemimpin dia je nak membuat fatwa-fatwa songsang, demi untuk menjamin keuntungan politik sempit mereka. Pelbagai hujah dikeluarkan oleh PAs dari semasa kesemasa tanpa sanggahan secara serious daripada pemimpin dan ulama' UMNO.

Kini muncul wira baru yang berani mencabar fatwa songsang PAS. Yakinlah akan lebih ramai yang muncul selepas ini dan mempertikaikan sesuatu yang tidak betul yang dikelirukan oleh pemimpin PAS.

Banyak sangat jika hendak disebutkan dan semuanya dianggap benar dan betul oleh pengikut taksub mereka, lalu UMNO berhadapan dengan masalah besar untuk memperbetulkan tanggapan serong yang selalunya menguntungkan PAS. Bayangkan slogan mengundi PAS dijamin syurga.. gila ke apa?? Namun tidak ada yang berani sangat mempertikaikannya, lalu pengikut jumud PAS beranggapan itulah anutan yang terbaik iaitu undi PAS masuk syurga.

Masa untuk mengalah dan berlembut dengan PAS sebenarnya sudah lama berakhir. Pemimpin PAS suatu ketika demi untuk undi Melayu, tidak sanggup berpeluk dengan Dr Mahathir, kerana haram. Kini selamba je mereka berpelukan dengan kafir harbi seperti LGE dan LKS. Tunggulah sikit hari lagi pemimpin PAS terpaksa juga memikul segala dosa yang mereka buat dulu dalam memusingkan pemikiran pengikut tegar mereka. Syabas Datuk Seri, langkah tuan akan diikuti oleh ramai orang selepas ini.

Ps: Selepas posting baru jokiden perasan ada satu blog lagi yang membawa tajuk yang sama dan lebih detail Baca di sini.

No comments:

Post a Comment