Tuesday, April 10, 2012

MESTI BACA.. YB DAP KATA .... UMNO, MCA DAN MIC PALING RASIS.



Malam tadi Jokiden berpeluang menghadiri 2 ceramah secara serentak. Serentak maksudnya di seberang jalan sebelah kiri sedang berlangsung ceramah UMNO, sementara di seberang jalan sebelah kanan berhadapan dengan ceramah UMNO sedang berlangsung juga ceramah pembangkang. Penyokong kedua-dua pihak ada yang duduk bercampur-campur di tengah jalan. harmonis nampaknya kerana kebanyakan datang dari luar kampung tersebut.

Di bawah khemah pembangkang terdapat lebih kurang 20 orang pendengar, namun di kedai kopi di luar pagar terdapat lebih kurang 30 orang lagi terdiri daripada orang UMNO/BN dan juga penyokong pembangkang. Dua kereta peronda polis sedia berada di situ untuk mengawal keadaan.

Di bawah khemah UMNO pula terdapat lebih kurang 120 orang, dan di tengah jalan bersama dengan penyokong pembangkang adalah kira-kira 40 orang. Jadi dua ceramah penerangan tersebut dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pendengar.

Penceramah UMNO terdiri daripada 3 orang bergelar Datuk, seorang Setiausaha Politik, seorang dari KL bekas orang kuat PKR dan seorang pemimpin biasa Bahagian. Sementara di ceramah pembangkang terdapat seorang Timbalan Menteri Besar, seorang YB dari DAP, bekas pesuruhjaya PAS dan seorang lagi penceramah bebas.

Kedua-dua ceramah menggunakan pembesar suara yang amat kuat dan jelas. Bayangkanlah suasana bingit dan bising yang wujud ketika itu. Setiap penceramah berusaha seboleh mungkin untuk tidak berhenti bercakap walaupun sesaat dan tersasul-sasul kerana tidak mahu memberi peluang kepada pendengar mendengar hujah pihak lawan.

Kesimpulannya kedua-dua ceramah gagal meninggalkan impak yang mendalam kerana 'gangguan' konsentrasi. Apalah salahnya satu pihak mengadakan ceramah bersilih ganti. Maksudnya malam ini pembangkang dan malam esok BN atau sebaliknya. Kan ke bagus begitu dan dapat membalas hujah pihak lawan dengan secara terbuka atau mengedarkan risalah.

Isi ceramah??, hanya seorang penceramah BN yang menyintuh sedikit tentang isu semasa iaitu keuntungan Petronas. Selebihnya kisah yang biasa-biasa sahaja. Samada penceramah BN tidak peka dengan isu semasa yang berjela-jela di depan mata, ataupun tidak memahami isu ataupun juga tidak tahu mengulas. Tidak ada isu FGVB, isu Lynas, isu Bersih, isu SPRM, isu SPR, isu Monggolia, isu PTPTN, isu minyak petrol, isu PSC, isu AUKU, isu ISA dan isu kegagalan pemerintahan pakatan pembangkang. Kisah NKRA usah sebutlah memang hilang dari kamus mereka.

Lebih teruk lagi seorang penceramah BN asyik bercerita perkara yang sama yang telah beliau ulang-ulang sejak 25 tahun dulu. Jokiden dan juga orang lain sudah boleh menghafal isi ceramah beliau. Samada dia tidak ada modal lain, atau tidak sedar apa yang dia sampaikan ataupun pengiring-pengiring beliau tidak memberitahunya tentang perkara tersebut. Perkara yang sama dia sebut di mana-mana sahaja, di Kuantan, di Sabah, di Johor, di Selangor malah dalam Perhimpunan Agung UMNO juga cerita yang sama dia sampaikan.

Isi ceramah pembangkang juga tidak lari daripada retorik lama yang mereka ulang cerita, namun dengan sedikit sebanyak penambah baikan. Penceramah DAP yang bergelar YB tersebut menginsafi dia berada di dalam kolompok komuniti Melayu desa, telah cuba sedaya mungkin menggambarkan bahawa DAP bukanlah parti rasis. DAP tidak perkauman, yang perkauman ialah UMNO/MCA/MIC. Pecah dan perintah katanya.

Dalam perhimpunan DAP pusat dua hari lepas katanya keputusan  telah dicapai dan DAP berikrar bahawa Perdana Menteri  dan Menteri Besar mestilah dari kalangan Melayu dan beragama Islam. Selebihnya dia bercerita kebaikan DAP, PKR dan PAS, lalu menggambarkan bahawa UMNO/BN adalah paling tidak berguna dalam dunia ini. Tidak ada seorangpun penceramah UMNO di seberang jalan mengulas isu tersebut.

Turut disentuh dan dimainkan secara halus ialah pakatan pembangkang amat ditekan, dizalimi dan tidak diberi ruang serta peluang yang samarata dalam semua hal. Utusan dan RTM, TV3 dan Berita Harian merupakan media arus perdana yang dikawal oleh BN dan digunakan sepenuhnya untuk melanyak pembangkang. Mereka sesungguhnya parti kecil, miskin dan tidak berupaya menentang BN kecuali dengan sokongan rakyat.. hahaha..

Majlis penerangan secara berdepan di tempat terbuka rasanya tidak sesuai. Elok diadakan selang sehari, supaya segala hujah dapat disanggah dengan fakta yang tepat. Pembangkang masih dengan taktik lama merayu simpati daripada pendengar dengan menggambarkan mereka di pihak yang ditindas dulu, kini dan selamanya. Penceramah UMNO/BN jangan lagi syok sendiri, bila orang ketawa dan bertepuk tangan. Lawak jenaka perlu, namun jangan lupa kepada matlamat akhir iaitu menarik pengundi kepada BN. Pencapaian silam perlu ditonjolkan namun isu terkini juga perlu dijelaskan.
 

No comments:

Post a Comment