Monday, February 11, 2013

Rakyat Hakim Negara..


Ini bukan budaya warga yang emosinya sihat..majoriti tidak menyukainya.
 


  

Masih ingatkah kita slogan di atas iaitu 'Rakyat Hakim Negara' yang diwar-warkan oleh puak pakatan khususnya PKR dalam PRU10 dan PRU11 dahulu? Mereka cuba mengheret emosi rakyat ketika itu.
 
Slogan tersebut terdapat di mana-mana seperti di cermin kereta, di dinding tandas, lebuh raya, di dinding restoren, di batang pokok, di tembok tepi longkang dan merata lagi. 
 
Malangnya setelah rakyat membuat keputusan dan menjadi hakim yang terbaik, keputusan rakyat tersebut telah diperlekehkan oleh puak pembangkang. Mereka membuat pelbagai tuduhan terutamanya kepada pihak SPR.
 
Kini slogan tersebut tidak lagi berani diwar-warkan oleh puak pakatan kerana apabila mereka mempersoalkan pilihan rakyat, maka rakyat berpendapat bahawa itu bukti kukuh yang puak pakatan menghina mereka secara tidak langsung.
 
 
 
 
 
 
 
 
Apabila keputusan rakayt dimomokkan dan dipertikaikan walaupun berselindung di sebalik kata-kata SPR menipu, ramai pengundi hantu dan tidak telus, maka rakyat rasa terhina dan dianggap diperbodohkan oleh puak pakatan. 
 
Dalam PRU13 yang bakal menjelang tiba, rakyat sekali lagi akan menjadi hakim yang akan mengadili segala apa yang dilakukan oleh kerajaan pada masa lalu. Rakyat akan berkuasa penuh. Segala petunjuk sekarang ini menyebelahi kerajaan kerana rakyat dapat melihat segala janji yang kerajaan buat pasti lambat laun akan ditepati dan ditunaikan.
 
Berbeza dengan puak pakatan, janji melangit sejak 22 tahun dahulu, namun janji hanya tinggal janji dan rakyat pasti menghukum mereka dalam PRU13 kelak. Rakyat akan menghakimi mereka dan rakyat akan mengzahirkannya di peti undi. Rakyat nampak, puak pakatan hanya bijak mengkritik dan kurang bijak dalam membela rakyat.
 
Rakyat begitu marah apabila diminta memberikan bukti tantang undi sulit mereka yang mereka memang mengundi pakatan, maka barulah berhak menuntut janji yang ditaburkan oleh mereka semasa berkempen dahulu. Apabila pembuktian ini diminta sekali lagi rakyat merasakan diri mereka tertipu dan harga diri mereka direndahkan dengan begitu hina oleh puak pakatan.
 
Lalu rakyat akan menghakimi mereka kelak dengan memberikan undi kepada UMNO/BN dan kerajaan yang sedia ada. Bila ini berlaku, pakatan yang perasan mereka kuat (kuat menipu) mereka diterima oleh rakyat, tetapi tetap kalah dalam PRU13 nanti sudah tentu tidak dapat menerimanya dan terpaksa mencari alasan untuk menutup kemaluan mereka. 
 
 
  
Oooomangaii romantis ea Nuar..
 
Alasan yang paling wajar, yang mudah mengusik emosi segelintir penyokong mereka ialah UMNO/BN main 'kotor' menipu dengan bantuan SPR. Harapan mereka ialah supaya segelintir rakyat yang merasa diri 'hebat' akan bangun menentang dan keluar ke jalan raya untuk melakukan huru hara.

Kemungkinan ini tidak boleh ditolak seratus peratus namun seperti yang Jokiden pernah sebut, jika ini berlaku pastinya 28 juta rakyat Malaysia akan bangun menentang puak pakatan ini kelak. Masa itu mereka akan tahu betapa langit ini tinggi rendahnya.

Puas sudah rakyat menahan ragam, segala getir dan karenah yang ditimbulkan oleh puak pakatan ini dan sekiranya kesabaran rakyat sudah hilang, akibatnya Nuar dan kuncu-kuncunya terpaksalah membawa diri berkelana di perantauan.

Oleh itu banyak pihak yang telah memberi ingatan bahawa hormatilah keputusan yang dibuat oleh rakyat kelak kerana rakyat telah menghakimi segala salah laku pemerintah dan pembangkang.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment