Thursday, February 14, 2013

Berambus Kamu.. Den Dah Ponek...

 
"Kalau tak bagi gondolkan bukit bagi aku RM100 juta.."
 

Segala permasalahan yang terdapat di KUIN sekarang ini bukanlah kerana ketidak-cekapan Pengurusan KUIN. Bukan juga kerana ketidakcekapan MB Kedah. Mereka semuanya cekap. Masalah di KUIN timbul kerana disebabkan oleh ejen-ejen UMNO..
 
Begitulah rumusan angkuh Menteri Besar Kedah ini yang juga tidak disenangi oleh ahli Pas sendiri terutamanya dari Kuala Kedah.
 
Bersikap angkuh, menghina orang dan menghalau orang memanglah mudah, tetapi itu bukan cara menyelsaikan masalah. Menuduh warga KUIN sebagai ejen UMNO juga bukannya jalan penyelesaian yang jitu.
 
Azizan janganlah mengikut cara Khalid Ibrahim di Selangor yang meminta ibu-ibu tunggal membuktikan undi mereka kepada PKR baru nak memberi bantuan yang dijanjikan sebanyak RM100 sebulan.
 
Kedua-dua MB ini mengamalkan  cara bertindak seperti budak-budak. Tidak berhemah dan kasar. Mesti ada sebab musabab kenapa isu-isu pentadbiran tersebut timbul. Mengkritik UMNO/BN pandai, tetapi tepi kain sendiri tidak terjaga.
 
Azizan juga begitu angkuh seperti yang di laporkan oleh akhbar hari ini dengan berkata bahawa balak-balak dan hutan di Kedah akan terus digondolkan selagi pampasan RM100 juta tidak diberikan oleh Kerajaan Pusat. Mak oii aai.. perangai dia.
 
Dalam sibuk-sibuk puak pakatan berkempen ke seluruh negara untuk memberikan pendidikan percuma, maka di dua buah negeri tadbiran mereka ini KUIN dan Unisel telah menaikkan kadar yuran yang amat menyusahkan para pelajarnya.
 
Cakap tak serupa bikin, cakap lain buat lain. UMNO/BN didesak menurunkan atau menghapuskan yuran pengajian dan memberikan pendidikan percuma, tetapi dipihak mereka sibuk pulak untuk menaikkan yurannya. Hipokrit betul puak pakatan ini.
 
"Mereka tak puas hati dengan Kuin, mereka ini orang pandai-pandai, kalau Kuin tak sesuai sila pergi ke tempat lain.." Begitulah angkuhnya Azizan Razak menghalau warga kuin.
 
"Kita tidak panggil dia, dia yang minta nak kerja dengan Kuin, jadi kalau mereka tak selesa, sila ke Universiti lain, saya penat dengan perangai mereka dan saya tahu mereka ini ejen-ejen UMNO" Katanya lagi.
 
Sudahlah warga Kuin dihalau dengan begitu hina sekali, mereka juga dituduh sebagai ejen-ejen UMNO. Nampaknya Azizan ni tidak ada bezanya dengan lain-lain pemimpin pakatan iaitu apabila gagal sahaja menyelesaikan masalah maka diapun menuding jari kepada UMNO.
 
Ingat dia seorang sahaja yang tahu 'penat' dengan perangai warga Kuin tersebut?? Penat orang terhadap dia, dia tidak sedar.  Rakyat Kedah, ahli UMNO, ahli DAP, ahli PKR dan ahli Pas sendiri juga sudah penat dengan gaya pentadbiran Azizan ini.
 
 
  
Ramainya melawat tanah gondol..
 
 
 
Bantahan rakyat.. ejen UMNO??
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

1 comment:

  1. dalam agama pas dibolehkan bersikap angkuh, sombong.. dan segala masaalah dalam agama pas mesti dijatuhkan kepada umno..
    segala keburukan dalam pemerintahan pas mesti umno yg dipertanggungjawapkan.... mudahnya kerajaan pas menyelesaikan masaalah... itu semua ejen2 umno.. dah selesai segala masaalah pas

    itulah ajaran agama pas... yg semakin songsang

    ReplyDelete