Ese cuci pinggan yolah aa..
Siti berkorban demi jaga suami tercinta
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Demi menjaga suami tercinta, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, sanggup berkorban dengan meninggalkan dunia nyanyian buat seketika bagi menjaga suaminya.
Menurut Siti, beliau mengambil keputusan tersebut untuk memberikan tumpuan kepada tahap kesihatan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ,53, yang terlibat dengan kemalangan Disember lalu.
"Buat masa sekarang, dia (Datuk K) sihat sahaja, cuma kena selalu menjalani rawatan fisioterapi bagi memulihkan kembali bahagian tangannya yang tercedera akibat kemalangan lalu.
"Kiranya ketika ini saya lebih mengutamakan keadaan suami daripada kerjaya.
"Jika semuanya berjalan lancar, saya akan kembali aktif bermula April ini," katanya ketika ditemui di sidang akhbar pada Minggu Setiausaha Memorable Moments with Datuk Siti Nurhaliza, di sini hari ini.
Beberapa orang artis kita telah terjun ke dunia politik dengan membuat pusingan U atau pusingan 360 darjah daripada dunia glamour mereka. Hanya segelintir daripada mereka yang memilih untuk bersama dengan parti pembangkang. Ribuan masih lagi bersama parti pemerintah ataupun UMNO/BN.
Sebenarnya pilihan parti untuk disokong adalah merupakan hak individu sendiri. Ada yang masuk politik sebab peribadi, ada yang masuk politik sebab nak meningkatkan ekonomi. Ada yang masuk politik sebab nak mengubah cara hidup. Golongan artis juga mempunyai sebab musabab kenapa sesuatu parti tersebut mereka pilih.
Yang kurang menyeronokkan ialah apabila hari ini masuk politik esoknya segelintir artis ini sudah bertindak melampaui batas. Selalunya yang berubah 360 darjah ini ialah mereka yang menyertai Pas.
Kelakuan Hairei Othman, Aishah, Abby Abadi dan Bob Lokman sebaik sahaja menyertai Pas adalah seperti langit dengan bumi. Tetiba sahaja segala yang baik-baik yang pernah mereka nikmati dulu kini sudah menjadi najis kepada mereka.
Hari ini masuk Pas, esok menaiki pentas mereka telah seolah-olah lebih Pas daripada ahli seumur hidup Pas. Jokiden pernah menulis iaitu pra syarat untuk kekal lama dalam dalam Pas ialah mesti pandai mengutuk dan mencaci atau memaki hamun.
Pra syarat untuk terus popular dalam Pas mestilah pandai membuat fitnah dan mesti pandai menyebut perkataan 'rakussssss', 'merompak' dan 'zalim'. Artis seperti mereka juga tidak mampu untuk berhemah dalam tindakan politik mereka.
Ini yang berlaku sehinggakan UMNO/BN terpaksa membalas kutukan yang melampau yang mereka hamburkan. Mereka seolah-olah lupa diri dan lupa kepada hakikat hidup zaman lampau mereka. Segala-galanya sudah terbalik dan menjadi tidak betul.
Perbuatan mereka bukan sahaja memperlekehkan dunia terdahulu mereka, tetapi juga turut menyinggung perasaan teman-teman lama, perasaan pemimpin negara dan perasaan ahli UMNO/BN. Ada ubi ada batas. Bila mereka asyik siang malam mengutuk orang lain maka bersedialah untuk dikutuk pulak. Jika duduk dalam rumah kaca, jangan sesekali membaling batu ke rumah orang, nanti bila orang baling batu ke rumah awak, maka rumah awak mungkin akan hancur berkecai. Masuk politik pembangkang cubalah menjadi lebih baik. Kata nak berubah.
Gelaran Ustazah atau ustaz mee maggie segera tersebut tidak menghalalkan mereka untuk mengutuk sesiapa sahaja dengan sesuka hati mereka. Gelaran tersebut bukannya merupakan lesen mutlak untuk mereka mencari permusuhan dengan teman lama dalam artis atau dengan masyarakat luar yang lain. Mencermin diri adalah tindakan yang amat wajar sebelum membuka mulut.
Tahniah dan syabas Siti kerana sanggup berkorban untuk suami...
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
Yo lah Siti.., jagolah dio elok-elok. kalau buleh, bagi dio 'sup kambing campur madu' resepi P.Ramlee tiap-tiap pagi untuk memulihkan bahagian-bahagian yang motan tu!! He..he.. Ese kosian tengok kau ni Siti.
ReplyDeleteSamolah.. ese kosian yo kek dio aaa..
Delete