Sunday, February 10, 2013

Ini Bukti Pas Hanya Pencacai PKR.. Tapi Tak Mengaku Jugak Tu..


Sekarang ni nak sama-sama ke neraka ke??
 

Banyak lagi peranan yang PAS boleh mainkan dalam gabungan pakatan pembangkang ini. Banyak perkara penting yang boleh PAS lakukan yang boleh menguntungkan rakyat dan bukannya menjadi pencacai murahan kepada PKR dan DAP semata-mata.
 
Harakah melaporkan TG Hj Hadi Presiden Pas segera melenting dan menyanggah saranan Perdana Menteri supaya pakatan tidak menghuru-harakan negara melalui protes jalanan sekiranya kalah TERUK dalam PRU13 kelak.
 
Perdana Menteri mengulas kenyataan mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa Nuar berkemampuan untuk mengheret rakyat ke jalan raya tanda protes dengan kekalahan dalam PRU13 kelak.
 
Tun Mahathir membuat kenyataan itu selepas Nuar ke Australia dan memberitahu bahawa pakatan akan 'menang besar' sekiranya pakatan kalah itu adalah sebab manipulasi SPR dan penipuan BN. Ish..ish.. ish masih tidak dapat merasai denyut nadi rakyat rupanya pakatan ni.
 
Belum apa-apa lagi Hj Hadi dan Mahpooozzz Bean telah bersuara, kelihatan berebut-rebut untuk membela Nuar. Mereka berdua berebut-rebut untuk mengambil hati Nuar. Bukankah banyak urusan lain yang Hj Hadi dan Mahpooozz boleh lakukan demi untuk mengsejahterakan rakyat terutamanya di kawasan yang mereka wakili.
 
 
 
Harakahdaily, 09 Feb 2013

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan PAS tidak pernah tidak menerima keputusan rakyat tetapi sikap itu selalu ditunjukkan BN.

"Semasa rakyat Perak menolak BN melalui pru 12, BN bertindak merampas Perak melalui pembelian wakil rakyat untuk merampas Perak kembali.

"Semasa rakyat Terengganu memilih PAS dalam pilihan raya 1999, BN yang rampas royalti minyak dari rakyat Terengganu.

"Jadi sebenarnya siapa yang tidak terima keputusan rakyat. BN atau PAS?" soal TG Abdul Hadi dalam kenyataannya kepada
Harakahdaily.
 
 
Ini tidak, pantang Nuar terusik sikit atau diusik sikit, wah mereka segera ingin menjadi juara mempertahankan Nuar. Biarkanlah orang-orang PKR yang mempertahankan Nuar. Biarlah Tian Chua yang telah mendapat latihan di Korea itu mempertahankan Nuar. Biarlah tugas tersebut dipikul oleh Assmin Ali, Fauziah dan Khalid Ibrahim.
 
Tak perlulah Hj Hadi dan Mahpooozzz hendak terkehadapan dalam soal ini. Tak perlulah tersorong-sorong pipi. Atau Hj Hadi dan Mahpooozzz ni memang termakan cili dan terasa pedasnya.

PM dan mantan PM mengingatkan Nuar, bukan mengingatkan PAS. Yang PAS terasa sangat ni kenapa?? Yang dua orang ni meroyan sangat kenapa?? PAS memanglah tidak ada rekod merusuh dijalanan sebelum berkawan dengan PKR.

Namun kini PAS juga terikut-ikut cara politik murahan PKR yang mengheret rakyat ke jalanan dalam apa juga isu, sehingga isu peribadi juga mereka sanggup menyusahkan rakyat. Pemimpin Pas sanggup pula mengeluarkan duit untuk penyokongnya pergi ke KL dan tidur di hotel semata-mata untuk menyuruh penyokongnya menyertai demontrasi. Betul ke tingkah laku dan tindakan Pas ini. "Salah apo bagi duit ni..?"

 Untuk mengetahui Kroni DAP jangan lupa klik di sini.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment