Wednesday, June 13, 2012

Terkini Undi PAS Adalah Wajib...Biar Betul..Siapa Pulak Meroyan Ni..??

 

Kadang-kadang kita merasa geli geleman(betul ke ayat ni) apabila membaca rasional ahli pembangkang ini dalam hendak menghalalkan segala tindak tanduk mereka. Sekarang dah keluar pulak fatwa baru oleh orang baru, wajib undi PAS. Kalau kita tahu parti itu akan membawa kepada kesesatan biar 10 buah pondok pun dia buat, kita jangan sokong. Disamping itu kalau buat judi kita juga tidak menyokong.

Tidak berapa lama dahulu Khalid Samad dalam Harakah mengatakan bila orang tanya dia kenapa dia memilih PAS dia kata dia kena buat cerita untuk menjawab soalan itu. Maka berceritalah dia tentang seorang kafir mengajak dia minum kopi walaupun duit belanja tersebut dari hasil jualan judi atau babi, dia akan pergi.

Sebaliknya jika yang mengajak tersebut orang Melayu UMNO ajak pergi disko.. dia akan tolak. Itu je perbandingan dia. Kini si Azhar Idrus ini pulak nak mengwajib-wajibkan orang suruh undi PAS.. Ish..ish..ish..

Berlambak-lambak bukti yang PAS sebenarnya menolak Islam, tetapi dia kata UMNO/BN yang menolak Islam. Berlambak bukti yang menunjukan PAS menyelewengkan agama untuk kepentingan politik mereka nak sokong jugak?? Nak bersubahat juga..

Pemimpin PAS bila bercakap tentulah merupakan jurucakap parti. Kalau dia bercakap atas dasar peribadi, jangan pilih atau lantik dia sebagai pemimpin parti. Bila dia jadi pemimpin maka segala-galanya tentulah mewakili parti.

Bila pemimpin PAS kata Allah juga mencarut, dosa besar tu, ahli PAS nak bersekongkol ke?? nak tumpang dosa ke??, nak sokong ke??

Bila pemimpin PAS kata boleh bekerjasama dengan syaitan asalkan syaitan boleh bantu untuk PAS menang..haram tu, berdosa tu nak ikut ke.??. nak sokong ke?? sesat tu. Nak bersubahat ke??

Apa bezanya dengan 'satu kumpulan nak bekerjasama dengan syaitooooonnnnnn manakala satu kumpulan lagi nak buat tempat judi, jadi kita nak sokong yang mana?'  Eh sokong buat tempat judi belum tentu sesat wei.. tetapi ikut syaitooooonnnnnnn kompem sosek jang..

Di depan mata terlalu banyak tentang Islam yang UMNO lakukan, yang UMNO buat, yang UMNO pertahankan, yang UMNO perjuangkan sejak dulu, kini dan selamanya. Semua yang tentang Islam yang UMNO buat turut diguna pakai oleh ahli-ahli PAS.. Mana UMNO tolak Islamnya. 

PAS buek apo, cer citer..hebat bona Islam PAS ni, apo yang PAS dah buek. Bolambak bukti yang menunjukan PAS guno Islam untuk dapek kuaso politik yo.

Memandang buruk sesama umat Islam bermakna membawa atau menjurus kepada perpecahan. Ini yang PAS lakukan selama ini. Itupun sudah tidak tertanggung dosanya oleh pemimpin dan ahli PAS yang turut bersubahat. Namun anihnya kini mereka seolah-olah sudah tidak takut lagi dengan dosa-dosa ni.

Bersekongkol dengan kafir harbi untuk meruntuhkan sebuah kerajaan yang bertolerensi ini yang diketuai oleh orang Islam, amatlah besar dosanya. Cerdik pandai dan alim ulama' dalam PAS menyedari perkara ini, tahu tentang ini, maklum tentang ini.. Ahli PAS nak bersubahat ke.??

Dulu MCA dan MIC ni tidak berani sangat nak mempersoalkan tentang Islam ini. Mereka selesa dengan kontrak sosial yang sekian lama dipatuhi. Namun bila DAP cukup rasis sampai nak langkah-langkah mayat, dan DAP dapat sokongan kaum Cina, maka MCA dan MIC pun terikut-ikut rentak mereka dan selalu menyebut tentang Islam ini semata-mata nak menarik kembali sokongan kaum Cina. Jadi siapa yang menyebabkan MCA dan MIC berubah nada ini. Tidak lain dan tidak bukan ialah PASSSSSSSSSSSSS.     

“Satu kumpulan nak buat pondok pengajian Islam manakala satu kumpulan lagi nak buat tempat judi, jadi kita nak sokong yang mana? Sebagai seorang muslim tentulah kita sokong orang yang nak kembangkan agama.

“Begitu jugalah dengan politik dan pilihan raya... kita pilihlah parti yang mahu menegakkan Islam iaitu amar makruf nahi mungkar dan haram hukumnya sokong orang nak buat tempat judi atas luluskan lesen arak.

“Sebab itu dalam hal memilih pemerintah Islam ini tidak ada istilah pengundi atas pagar sebab akhirnya melibatkan hukum Islam yang kita kena buat keputusan menyokong Islam atau menolak Islam,” katanya menjawap soalan bertulis daripada ‘atas pagar’ MPP Online.

Menjamin keamanan negara, menjaga hubungan baik antara kaum, meningkatkan ekonomi, mengembangkan syair Islam tanpa rasa takut bukankah tuntutan agama. Ini yang selamanya UMNO lakukan. Mana tolak Islamnya.

Meningkatkan mutu pendidikan, menambahkan bilangan surau dan masjid, meningkatkan fungsi mahkamah syariah, meningkatkan taraf kesihatan penduduk, meningkatkan prasarana, meneliti halal haram sesuatu produk makanan, juga merupakan tuntutan agam yang selamanya UMNO lakukan. Mana tolak Islamnya.

Hukum hudud??? Bila pulak UMNO tolak hukum hudud. Yang UMNO tolak ialah hukum hudud PAS yang tak adil sama sekali. Lagipun yang menolak hudud ini ialah Hj Hadi Awang, Presiden PAS sendiri. Nik Aziz kena tanya dia, kenapa tolak hudud??? Dulu dia dah jaeab dah hudud ini 0.001% je dari hukum Islam.. Tetapi sekarang Nik Aziz tanyalah lagi Hj Hadi, mana tau Hj Hadi akan kata tak perlu langsung pulak. Jadi nak tipu sapa ni???

Yang menolak Islam ialah PASSSSSSSSSS. Rakyat dibiarkan kotor, rakyat dibiarkan miskin, rakyat dibiarkan minum air tanpa rawat, taraf kesihatan rakyat terbiar, masjid usang, surau usang, seksa rakyat dengan kutipan derma tetapi berselindung di sebalik amal jariah. Kemudahan untuk rakyat menjalani hidup sempurna terabai.

Rakyat dihasut supaya pecah belah. Sembahyang dengan orang UMNO tak sah. Makan sembelihan orang UMNO tak sah. Bercampur gaul antara sesama umat tidak boleh kerana itu maksiat kecuali berkerumun dalam ceramah PAS untuk mendengar pemimpinnya maki hamun dan carut marut dibenarkan.

Yang menolak Islam ialah PASSSSSSSSSSSS. Membaca Al-Quran oleh kaum wanita hingga ke hari ini tidak boleh. Tetapi Ngah Kor Ming boleh membaca Quran walaupun dalam junub.

PAS pun tahu, dia akan baca banyak hadis dan Quran untuk menunjukkan betapa Islam itu menjamin hak orang atau hak rakyat yang bukan Islam  dalam sesebuah negara berbilang kaum ini. Jika mereka memerintah, mereka juga akan buat apa yang UMNO buat ini.

DSN PM tidak pernah suruh rakyat dia makan babi, dia tak suruh rakyat dia berdoa pecah perut, dia tak suruh ahli UMNO pergi disko, dia tak suruh rakyat dia meliwat, dia tak suruh rakyat dia maki hamun, dia tak suruh kerajaan negeri buat rumah urut, buat rumah judi dan dia tak suruh rakyat dia atau ahli UMNO makan rasuah. Semua dia tak suruh, habis apa yang tak baiknya tentang beliau ini???

Yang banyak tumbuh rumah urut, rumah judi, nombor ekor ini di Penang, Kedah dan Selangor sebab di negeri itu PAS, DAP dan PKR berkuasa. Nak rampas botol arak pun Hassan Ali kena pecat. Ini yang Azhar Idrus ni suruh sokong PAS.. Biar betul.. Dia kata jika buat tempat judi jangan sokong..

Habis kenapa PAS sokong PKR dan DAP di Selangor sampaikan Khalid Samad mengherdik Hassan Ali dan Hadi Awang demi untuk PKR berkuasa di Selangor. Dah banyak sangat rumah urut sampai ke luar bandar pun banyak kenapa bersubahat, kenapa sokong?? 'Oh itu untuk kaum bukan Melayu, kita mesti jaga kepentingan dia..Islam tak tegah..' gitu Azhar???

Kalau gitu apa bezanya dengan yang UMNO lakukan bersama BN sekarang?? mana tolak Islamnya. Berhentilah hendak mengelirukan umat Islam di negara ini. Bandingkan kedudukan umat Islam Malaysia dengan umat Islam di sesetengah negara lain, macam bumi dengan langit. Ini PAS yang buat ke?? Tak ada, semua UMNO yang buat.

Selalu mereka ambil contoh umat Islam diseksa di Palestine, di Afghanistan, di Tunisia, di Somalia. Itu jauh sangat tu. Di Barat Daya Manyamar etnik Rohinga dibunuh. Di selatan Thailand sedang bersembahyang masjid diletupkan, di Filipina, di Singapura... kan dekat sikit.

Sebab apa mereka jadi begitu??????? sebab mereka tidak ada kuasa. Sebab itu jika PAS bersekongkol dengan DAP nak meruntuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam ini maka hukumnya haram.. Ada faham Utz Azhar Idrus. Jadi elok kembali ke pangkal jalan.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. DIA DAH JADI PENCERAMAH PAS DAH..BUKAN PENCERAMAH AGAMA LAGI...SIAPA TAHU DIA BELAJAR AGAMA KAT MANA?

    ReplyDelete