Sekarang musim musang king..amacam??
Kalaulah bukan disebabkan oleh Nizar meroyan mempertikaikan no plat WWW1, maka sudah tentu Jokiden tidak tahu menahu tentang kewujudan satu perkataan dalam kamus Bahasa Melayu iaitu 'TOKAK' Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor telah bertitah: "Kepada pemimpin seperti ini nasihat saya janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokok di kaki sendiri tidak mampu diubati"
Bukan tidak boleh mempersoalkan isu raja-raja tetapi mesti ada caranya. Adap sopan mesti dijaga. Ini tidak, suka hati dia saja nak menyindir ke bawah duli. Dia ingat Tuanku juga sama seperti orang-orang politik yang lain yang boleh sewenang-wenangnya diperli atau disindir.
Jika perkara tersebut benar tak apa juga. Hari ini Nizar nampak tertekan dan kesal, namun biasalah dia mana mahu mengaku kesilapan dia . Dia mencari ruang untuk menyalahkan orang lain.
Yang paling dekat untuk dihalakannya kesalahan tersebut ialah kepada Utusan Malaysia, kononnya Utusan Malaysia dan TV3 telah 'memutar belitkan' tweet dia sehingga menyebabkan baginda murka.
Nak putar dan belit macam mana kerana ayat dia pendek je, itu yang dia tulis itulah yang Utusan keluarkan. Mana ada putar. Mana ada belit. Sebenarnya Tengku Makhota murka sebelum akhbar dan TV siarkan lagi perkara tersebut. Tengku Makhota telah membidas tweet Nizar juga dalam twitter. Lupa ke Nizar ni?
Dalam kekesalan tersebut Nizar dikatakan ingin sangat mengadap tuanku untuk 'menjelaskan kenyataan saya' dan memohon maaf. Apa yang dia nak jelaskan. Bahasa yang mudah, ayat yang rengkas dan semua orang boleh faham apa maksud ayat dia tersebut.
Akhbar juga melaporkan bahawa Mahpooozzz Bean juga telah bersetuju supaya ahli PAS menagguhkan menunaikan ibadat haji sekiranya PRU13 diadakan pada musim haji. Pelik kita dengan perangai pemimpin PAS ini. Segala-galanya hendak dipolitikkan.
Di Kota Baru Nik Aziz dilaporkan berkata.. dia merasa hairan kenapa orang sibuk sangat nak menunaikan haji apabila nama sudah keluar atau naik, sedangkan ia boleh ditangguhkan. Memanglah orang teruja bila ditawarkan oleh Tabung Haji peluang untuk menunaikan haji kerana tempoh waktu menunggu sangat lama. Contohnya orang yang mendaftar hari ini kemungkinan peluang untuk dia mendapat tempat ialah pada tahun 2039 ke atas. Seperti kata Zaini Hassan tidak lama dulu, usia dia ketika itu hampir 100 tahun baru berpeluang untuk ke tanah suci sekiranya mengikut giliran.
Lainlah jika kita banyak duit, boleh ambil pakej atau ada kontraktor yang sudi membiayai kita ke sana dengan pakej bernilai RM60,000. Tahun depanpun kita boleh pergi.
Jokiden menimbulkan kembali perkara ini kerana pemimpin PAS ini menghalalkan semua cara untuk mencapai matalamat mereka. Katalah kenyataan supaya menangguhkan melakukan ibadat haji ini demi kerana pilihanraya dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria, tentu reaksi pemimpin PAS berlainan. Tentu senang-senang sahaja mereka akan mengatakan Tan Sri Harusssani gatal mulut.
Jika Presiden Perkasa pula yang berkata begitu pastilah mereka akan kata Presiden Perkasa tolak Isle.. Presiden Perkasa akan dituduh mementingkan hal dunia melebihi hal akhirat.. Pasti ke situ terjahan mereka. Segala yang mereka buat betul, segala yang orang lain buat semuanya salah. Inilah perangai pemimpin PAS. Nak ikut jugak kah??
No comments:
Post a Comment