Thursday, June 14, 2012

Lebuh Raya Rakyat Ikut Jadual...?? Kontraktor Dah Dilantik..


Jurubahasa ke ni?? Boleh tahan!!
 

Cakap memang senang terutamanya dalam ceramah. Nuar selalu buat gimik dalam setiap ceramah dia, nak bongkar skandal orang itu, nak bongkar kisah orang ini.. tapi tak ada satupun yang dia bongkar.. Yang dia akhirnya buat ialah andaian dan cuba membentuk persepsi semata-mata. Dia guna kertas, angkat kertas, ada bukti kukuh, kata orang itu telefon dia, orang ini call dia..Tapi kertas yang dia goyang-goyang tu tulisan Cina, atau kertas bill tuntutan perbelanjaan majlis. Dia bukan pernah bagi tengokpun.

Kini Husam pulak nak tiru gaya Nuar ni. Nak buat lebuh Raya Rakyat. Tok Guru siap derma RM5,000.00 pada hari pelancaran. Kata kontraktor dah dilantik, kerja ikut jadual.. kerja apa?? Sudah ada orang nak sabotaj.. sabotaj pasal apa?? dah ada orang ugut kontraktor, pasal apa ugut?? Macam-macam hal dan gimik dengan Husam ni.

Dia kata dia nak buktikan semuanya dengan hasil kerja.. hah buatlah dulu, siapkan..lepas tu biar rakyat terlopong melihat lebuh raya tersebut. Jokiden sudah tentu salah seorang rakyat Malaysia yang akan menggunakannya kelak. Free ke, bayar ke, Jokiden akan lalu di situ jika ada rezeki.

Nampak sangat yang Husam ini cuba menyediakan alasan sekiranya 'projek' tersebut gagal kelak, seolah-olah dia hendak lepas tangan. Siang-siang lagi dia dah letak semua kegagalan terbut atas bahu orang lain terutamanya 'orang yang melakukan sabotaj' tersebut.

Realitinya bukan mudah hendak membina lebuh raya ini. Hendak membina jalan kampungpun satu kilometer susah inikan pulak nak membina lebuhraya sepanjang 73 kilometer. Jalan kampung tanah merah kosnya untuk satu kilometer boleh mencecah hingga setengah juta.

 
Mimpi Husam ini ibarat Malaysia buat kereta Prevee tetapi Kelantan nak buat kapal terbang A380. Bercakap biar berlapik, bertindak biar ada asasnya. Umum memang mudah, perbelanjaan sebanyak RM1.9 billion tu mana nak cari. Nak kutip derma hingga macam mana??. Atau memang Husam ni dah tau dah yang Kelantan akan kalah kepada BN dalam PRU13 kelak, sebab itu dia seweneang-wenangnya membuat janji yang tidak masuk akal.

 
Atau Husam sudah dapat kontraktor yang sanggup membuat amal jariah sebanyak itu. Kontraktor dari mana?? Dari China ke?, dari Arab ke? dari Brunie ke atau dari Malaysia. Teluslah sikit, rakyat nak tahu siapa penderma terbesar tersebut. Benda baik kena bagi tahu seperti yang Tok Guru kata dia menderma sebanyak RM5,000.00. Atau memang ada LKY arahkan syarikat Singapura nak bina lebuh raya tersebut??

 
Atau kontraktor yang dilantik tersebut cuma bertanggung-jawab untuk membersihkan kayu kayan di kri kanan 'lebuh raya tersebut'  Urusan pengambilan tanah sudah selesai ke belum?? pampasan sudah dibayar ke belum?? Atau pemilik tanah semua setuju untuk mengwakafkan tanah mereka??

 
Ish..ish banyak sangat jika hendak disebut. Elok jangan dilayan sahaja Husam ni. Dia juga mungkin nak jadi saudagar mimpi agaknya. Jadilah.. 

Tafsirkanlah sendiri gambar ini..
 

Related Post:

Bosan Dengan Mahpooozzz...


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment