Monday, June 11, 2012

Lagi Cubaan Nak Salahkan Polis Dalam Isu Bersih3..

  Perlukah ini semua...??

Di Dewan Rakyat Nuar masih hendak mengwujudkan persepsi bahawa Polis sebenarnya yang memulakan provokasi yang menyebabkan penyokong bersih bertindak seperti orang hilang ingatan, berterbangan atas kereta polis, memecahkan cermin, menterbalikkan kereta peronda dan memukul tanpa belas kasihan terhadap anggota keselamatan tersebut.

Cubaan Nuar tersebut jelas melalui pertanyaan apakah kerajaan bercadang hendak menubuhkan Suruhanjaya Bebas. Ini samalah helah zaman kuno. Baling batu sembunyi tangan. Nak sembunyikan kesalahan diri sendiri, rekalah, ciptalah  kesalahan orang lain. 

Tak yahlah nak mengada-ngada Nuar, memang itu kehendak kau.. kalau boleh biar seluruh KL terbakar pada hari tersebut. Tetapi sebelum apa-apa terjadi dia siang-siang sudah masuk kereta dan lenyap entah ke mana. Hanya kelihatan Sam Ketot yang mundar mandir di Dataran Merdeka.

Yang hairannya semua benda dia nakkan Suruhanjaya, tetapi bab video lucah yang 99.99% macam dia tak pulak dia minta tubuhkan Suruhanjaya..

Begitu jelas apa yang dipaparkan oleh TV1, TV3 dan akhbar Utusan Malaysia, tetapi penyokong tegar puak pakatan haram ini senang-senang je nak tuduh itu semua fitnah UMNO/BN, sampai tak mahu menontong TV lagi.

Tiada cadangan tubuh suruhanjaya bebas aduan salah laku polis


KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana telah wujud Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bagi menyiasat salah laku anggota penguatkuasaan di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, semua pihak boleh menghalakan aduan salah laku anggota penguatkuasaan kepada suruhanjaya itu, yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas.

"Apa sahaja aduan akan disiasat rapi, tindakan akan dilakukan terhadap penguatkuasa, tidak kira siapa jika terbukti ada salah laku," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh). - BERNAMA



 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment