Tuesday, June 12, 2012

Tamrin Minta Dipecat Dari UMNO...Dia Kata Tun M Suruh Anwar Lawan Ayah Dia..





 

 

 "Tunggu UMNO pecat saya dulu.."

Sejarah silam semua orang memang ada cacat celanya.. Jokiden pernah menulis bahawa jika masa usia muda seseorang itu jahat, namun apabila usia meningkat dewasa dan seterusnya menjadi tua, dia menjadi baik, maknanya dia mendapat hidayah. Tamrin Ghaffar mungkin berada dalam kelompok ini kerana mengikutnya dulu semasa dalam UMNO dia kuat menipu, kini tidak lagi. Dia sudah jadi baik sebab itu dia ikut PAS, DAP dan PKR.

Sebaliknya jika masa usia muda seseorang itu baik, warak, atau berpura-pura warak, tidak minum arak, tidak berjoget, tidak memaki hamun dan tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai agama, serta berakhlak mulia, tiba-tiba apabila usia berensot senja dia dipercayai melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang pernah dia lakukan dulu, bererti nasib dirinya bertambah malang.

Muda jahat, tua baik ok. Muda baik dah tua jahat jawabnya rosak binasa. Tamrin Ghaffar dulu seorang tokoh UMNO/BN. Benar seperti yang dia dakwa bahawa dia tahu banyak hal tentang UMNO/BN.  Dia berkawan rapat dengan semua pemimpin UMNO. KINI???? Dia membenci UMNO sepenuh hati.

Jika kita bersabar, layanlah video di atas, semua yang Jokiden tulis ini ada dalam video tersebut. Tamrin mengaku dia masih ahli UMNO. Dia tak mahu keluar. Dia hanya mahu bercerita ke seluruh negara tentang keburukan UMNO. Dia seronok sangat dengan tugas barunya ini. Jemputlah ke mana sahaja, dia akan datang dan akan cerita. Cerita beliau tentulah ramai yang percaya.

Pendengar percaya bukanlah sebab apa yang dia ceritakan itu benar belaka, tetapi pendengar percaya sebab dia lama dalam UMNO dan dia anak bekas pemimpin besar UMNO. Dia anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri. Dia banyak tahu tentang kerajaan, tentang UMNO dan tentang BN.

Bagi Tamrin segala-galanya yang Nuar Brahim hadapi hari ini ialah konspirasi UMNO/BN. Dia kenal Nuar luar dan dalam macam Wan Azizah juga. Dia percaya Nuar di anianya. Dia percaya Nuar bersih. Dia percaya TV3 pemfitnah. Dia percaya Tun Mahathir zalim. Dia percaya Utusan Malaysia kaki kelentong. Dia percaya pakatan akan memerintah.

Dia juga percaya PM menggunakan duit rakyat untuk majlis pertunangan anak PM. Dia percaya PM menerima komisyen dari urusan jual beli scorpene. Dia percaya rakyat dimomokan dengan harga yang murah sekadar RM500.00, sedangkan dia percaya PM 'menyapu' lebih daripada itu. Banyak lagi yang dia percaya. Tuan-tuan kliklah video tersebut dan nilaikan sendiri.

Kepada Presiden UMNO atau Majlis Kerja Tertinggi, rasanya sudah sampai masanya utuk memecat keahlian Tamrin daripada UMNO. Bukan untuk pengajaran kepada sesiapa, tetapi oleh kerana perbuatan beliau sudah melampau dan sudah tidak mencerminkan lagi semangat sebagai seorang ahli UMNO. Dia mensabotaj parti secara terang-terangan. Dia mengutuk parti sendiri. Dia minta sungguh-sungguh supaya dia segera dipecat kerana senang beliau untuk mebuat keputasan besar dalam hidupnya. Dia merayau merata tempat dah..

Kesetiaan beliau kepada parti sudah tamat, sudah berkubur dan parti tidak perlu lagi menyimpan beliau. Parti juga tidak memerlukan orang seperti beliau. Dia mensabotaj parti sebelumpun PRU13 bermula. Dia sudah berpatah arang dengan UMNO dan akan terus bersekongkol dengan Nuar. Jadi Jawatankuasa displin segera keluarkan surat tunjuk sebab, tengok dia nak jawab ke tidak. Jangan pula buat cara PAS terus sahaja pecat Datuk Hassan Ali tanpa memberi peluang terlebih dahulu kepadanya. Cara PAS adalah bobrok, kunu, jahil, tidak bertamadun dan zalim. UMNO tidak harus terikut-ikut cara PAS, namun Tamrin Ghaffar mesti dipecat segera.


 

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

1 comment:

  1. DERHAKA TAMRIN NIE..SANGGUP DIA BERSAMA DENGAN ORANG YG KHIANAT BAPAK DIA..SEMUA ORG TAHU ANWAR YG JATUHKAN BAPAK DIA DENGAN CARA KOTOR

    ReplyDelete